CHILI CRAB…. LEKANYA MERATAH

008 1 - CHILI CRAB.... LEKANYA MERATAH

Assalamualaikum….

Salam sejahtera buat semua teman…Okey..kali ni Uj nak kongsikan satu resepi ” bile dah mkn pasti menggaru “…hehe..iaitu ketam bercili,dalam bahasa omputihnya chili crab…kalau mkn chili crab ni nasi kena mkn sikit jer tau yg selebihnya agenda meratah..huhu..memang asyikkkk.Dek kerana kesedapan chil crab ni sampaikan Uj tidur pun nk hisap jari gak huhu…Memang Uj bagi kredit lah kepada yg empunya resepi..Haaaa..sapa lagi kalau tak chef tersohor kita iaitu “chef Wan”

026 - CHILI CRAB.... LEKANYA MERATAH

        Uj memang dah lama mengintai resepi chili crab dr chef wan ni,tapi diatas kengkangan masa Uj tangguhkan dulu.Tapi semalam bila Uj ternampak ketam kat pasar besar-besar..Uj teruja sangat nak nerai chili crab versi chef wan ni,dan Uj pun rembatlah ketam tu 3 ekor…rasanya berbaloi sangat-sangat sebab isinya besar dan pdt.Tentu puas mkn…
Ok la.. jom tinjau resepi chili crab ni…Biasalah Uj ada membuat sedikit perubahan.Jika chef wan letak nenas ..Uj  tak letak sebab maunya x mkn nenas tu kang..dan Uj pun ada membuat sedikit tokok tambah keatas sukatan bahannya,memandangkan Uj lebihkan bilangan ketamnya…okey jer kan….

011 1 - CHILI CRAB.... LEKANYA MERATAH

Resepi:   Best Wan AFC

Bahannya:

Bahan A:

3 ekor ketam
3 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
1 biji telur dipukul

Cara:

1.     Ketam dibersihkan dan dibelah 2.Lap ketam mengguna kan kitchen towel,untuk keringkan
        airnya agar mudah disalut dgn bahan salutan.
2.     Addkan sedikit garam,telur yg telah dipukul sedikit serta tepung jagung.
3.     Gaul rata keatas ketam.Ketepikan.

Bahan B: ( bahan kisar )

7 tangkai cili besar
2 sudu besar serbuk cili
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit air utk mengisar bahan

Bahan C:

1 tin kecil tomato puree
4 sudu besar cili sos
sedikit cuka masakan putih
sedikit garam
sedikit gula
1 biji telur yg dipukul sedikit
sedikit perasa(optional)
minyak utk menggoreng

Caranya:

1.     Panaskan minyak.Bila minyak dah panas goreng ketam yg telah diperap tadi sehingga
        setengah masak.Angkat
2.     Dgn minyak yg berbaki didalam kuali, goreng bahan kisar sehingga masak dan pecah
        minyak.
3.     Bila cili dah pecah minyak addkan tomato puree,sos cili,sedikit cuka putih dan gaul rata.
4.     Biarkan kesemua bahan masak sebati.
5.     Bila kesemua bahan dah sebati addkan gula garam serta perasa.Gaul rata.
6.     Masukan ketam.Gaul rata.Pecahkan sebji telur yg telah dipukul sedikit tadi kedalam kuali.
7.     Gaul cepat-cepat ketam dgn telur sehingga rata.Biar kesemua bahan dah sebati,angkat
        dan sedia utk dihidangkan….

014 3 - CHILI CRAB.... LEKANYA MERATAH

*Boleh jer kalau nak diletakan daun limau purut sedikit kedalam bahan tumis..lagi wangi ader aroma bau daun limau purut dan ala-ala chili crab ala thai…

*   Blh jer dilebihkan sukatan kuahnya jika suka cili  crab ni berkuah sedikit.Terpulang kepada kesukaan memasing.

*Bagi Uj ..Uj suka sambal cilinya yg berkuah sedikit ala-ala sambal gitew, sebab senang nak meratah..yumyum….

030 - CHILI CRAB.... LEKANYA MERATAH

   Rasanya yg pedas-pedas cili sedikit diikuti pula dgn rasa manis-manis gula..masin-masin garam serta masam-masam tomato puree..aduh asikkkk  sekali..makan sambil menjilat jari…

            Okey..Enjoy…

BC0AB89BF17C02E91A0D7295C3BA4747 6 - CHILI CRAB.... LEKANYA MERATAH


Loading...

Tags: #CHILI #CRAB #LEKANYA #MERATAH

author
Author: 
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam
    Tutorial memasak – telur crispy nyammi
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "CHILI CRAB…. LEKANYA MERATAH"