Cherry Almond Tart

Loading...

aIMG 0345 1 - Cherry Almond Tart

Cherry Almond Tart
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Kulit Pastri
240 gm tepung gandum
40 gm cornflakes kisar halus
20 gm serbuk almond
170 gm mentega sejuk, potong kecil
2 sudu mkn gula aising
2 sudu mkn air ais

Cara-cara :

  1. Satukan tepung, cornflakes dan serbuk almond.
  2. Masukkan mentega dan gaul dgn hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.
  3. Masukkan gula aising dan gaul sebati.
  4. Masukkan air ais dan uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  5. Bungkus doh dgn plastik wrap dan simpan 30 minit dlm peti sejuk.
  6. Canai doh kulit tart sederhana nipis.
  7. Masukkan ke dlm acuan tart yg di sapu mentega.
  8. Tekan doh ke dlm acuan dgn kemas supaya melekat dgn sempurna.
  9. Trim lebihan doh di bahagian atas, cucuk dasarnya dgn garpu.
  10. Bakar di dlm oven pd suhu 175C selama 15 minit.
  11. Angkat dan sejukkan sebentar.
aIMG 0263 - Cherry Almond Tart


Bahan Kek
125 gm mentega, suhu bilik
60 gm gula kaster
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
1 cawan serbuk almond
60 gm tepung gandum
1 packet cherry segar atau pitted cherry
gula aising utk deco

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pd suhu 160C.
  2. Putar mentega dan gula sehingga kembang dan putih.
  3. Masukkan telur satu persatu, putar sebati.
  4. Masukkan serbuk almond dan tepung, gaul sebati.
  5. Isi adunan ke dlm kulit tart hampir penuh, ratakan dgn spatula.
  6. Tekan buah cherry ke dlm adunan sehingga penuh.
  7. Bakar semula pd suhu 160C selama 25 minit atau sehingga adunan kek keperangan.
  8. Setelah masak tabur dgn gula aising.

aIMG 0287 - Cherry Almond Tart
Cherry Almond Tart
Loading...

Tags: #Almond #Cherry #Tart

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cherry Almond Tart"