Chef Aminudin Kongsi 8 Sajian Utama Lauk Arab, Di Aroma Hijrah.

untitled design 6 25 31 482283 1 - Chef Aminudin Kongsi 8 Sajian Utama Lauk Arab, Di Aroma Hijrah.

Menjejak kaki ke restoran Aroma Hijrah di Taman TTDI Jaya, aroma wangi rempah ratus sudah menusuk ke hidung. Sajian utama berdasarkan daging kambing, dan ayam menjadi menu tarikan ke sini. Pemilik dan Chefnya , Tn Hj Aminudin Resad bermurah hati utk kongsi resepi rempah ratus sajian Arab bersama RASA.

RAS 20180401 3 38TO40 HJ AMINUDDIN RESAD NY21021824 - Chef Aminudin Kongsi 8 Sajian Utama Lauk Arab, Di Aroma Hijrah.

1. Nasi Maqlubah Kambing

RAS 20180401 3 38TO40 NASI MAQLUBAH KAMBING NY21021815 - Chef Aminudin Kongsi 8 Sajian Utama Lauk Arab, Di Aroma Hijrah.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg beras basmathi /basuh dan rendam setengah jam
  • 2 kg daging kambing /dipotong kiub 2 [email protected] 5 sm
  • 4 sudu mkn rempah Maqlubah
  • 1 sudu mkn serbuk lada hitam
  • 2 liter air stok daging
  • 2 biji bawang besar /dimayang
  • 10 ulas bawang putih/ diketuk
  • 2 batang kayu manis
  • 10 biji bunga cengkih
  • 10 biji buah pelaga
  • 5 biji cili hijau / potong 1 [email protected] 2.5 sm
  • 3 biji lobak merah /dihiris dan goreng kuning keemasan
  • 3 biji terung panjang /dipotong bulat 1 sm, digoreng kuning keemasan
  • 6 biji kentang / dipotong bulat 1 sm , digoreng kuning keemasan
  • 300 gm kubis bunga/ dipotong, digoreng kuning keemasan
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 4 sudu mkn minyak sapi
  • 1 sudu mkn garam halus

BAHAN HIASAN:

  • Beberapa hiris tomato
  • Beberapa helai daun pudina
  • Beberapa hiris lemon

CARA MEMASAK :

  1. Daging kambing direbus selama 30 minit, dan ambil air stoknya.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dlm periuk.
  3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
  4. Masukkan cili hijau bersama rempah ratus kayu manis, cengkih, pelaga, tumis sehingga naik bau.
  5. Masukkan rempah maqlubah dan serbuk lada hitam . Tumis sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan air rebusan daging kambing dan masukkan garam halus
  7. Didih dgn api perlahan selama 45 minit. Angkat asingkan kambing dan masukkan pula beras.
  8. Kacau dan ratakan beras, laraskan sukatan air kira-kira 40 mm melebihi paras beras.
  9. Biarkan mendidih dgn api sederhana dan tutup api sebelum kering.
  10. Sediakan periuk lain, masukkan satu sudu mkn minyak masak.
  11. Masukkan satu senduk daging kambing, masukkan satu lapisan sayuran yg telah digoreng tadi diikuti satu lapisan beras. Lapiskan sayur, daging dan beras secara berselang seli.
  12. Setelah semua dimasukkan keringkan nasi menggunakan api paling kecil selama 20 minit.
  13. Setelah masak ambil dulang dan tutup periuk menggunakan dulang. Angkat periuk dan terbalikkan atas dulang tadi dan ketuk perlahan-lahan bahagian luar periuk.
  14. Tarik periuk keluar perlahan-lahan dan hiaskan nasi dgn hirisan lemon, daun pudina dan tomato.

Saiz hidangan : 8 -10 orang

Waktu memasak : 1 jam 45 minit

Cara memasak : Tumis dan reneh

Jenis hidangan : Nasi Arab

Keistimewaan : Berbeza dgn nasi Arab yg lain, nasi Maqlubah menggunakan sayur goreng sbg ramuan.

INFO CHEF : Nasi Maqlubah adalah sajian Arab yg terkenal di Palestin dan Syria. Campuran daging dan sayur menjadikan ia sajian nutrisi lengkap berempah dan lazat.

2. Ayam Masywi @ Bakar

RAS 20180401 3 38TO40 ROASTED MASYWI CHICKEN NY21021819 - Chef Aminudin Kongsi 8 Sajian Utama Lauk Arab, Di Aroma Hijrah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam/ seberat 1.8 kg dipotong empat
  • 1 sudu mkn serbuk jintan manis
  • 1 sudu mkn serbuk jintan putih
  • 2.5 sm lengkuas
  • 1/2 sudu mkn serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu mkn serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu mkn serbuk buah pelaga
  • 1 biji bawang besar /dikisar
  • 5 ulas bawang putih /dikisar
  • 2.5 sm halia /dikisar
  • 3 sudu mkn minyak zaitun
  • 1 sudu mkn cuka kurma @ epal
  • 2 sudu mkn yogurt
  • 1 sudu garam halus
  • 5 sudu mkn madu /yang dicairkan

CARA MEMASAK :

  1. Kesemua bahan dimasukkan dlm pengisar dan tambah 1 cawan air, dan dikisar.
  2. Lumurkan bahan perapan ini pd ketulan ayam dan simpan dan peti sejuk sekurang-kurangnya empat jam.
  3. Bakar ayam dlm oven selama 1 setengah jam pd suhu 250 celcius.
  4. Selepas dikeluarkan dr , biarkan sejuk selama 30 minit.
  5. Sediakan pemanggang, dan bakar ayam atas bara arang selama lima minit.
  6. Sapu madu pd ayam, dan ia siap dihidangkan.

Saiz hidangan : 8-10 orang

Waktu memasak : 1 jam 40 minit

Cara memasak : Bakar dan panggang

Jenis hidangan : Lauk utama Arab

Keistimewaan : Rencah perapan ayam yg lama menyebabkan rasanya meresap ke daging ayam

INFO CHEF : Anda blh juga memerap ayam semalaman . Campuran yogurt, rempah, madu mencipta kelazatan yg membangkit selera.

3. Sup Kambing Arab

RAS 20180401 3 38TO40 ARABIC LAMB SOUP NY21021814 - Chef Aminudin Kongsi 8 Sajian Utama Lauk Arab, Di Aroma Hijrah.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg daging kambing /dipotong kiub 5 sm
  • 1 sudu mkn serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu mkn serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu mkn serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu mkn serbuk lada hitam
  • 1 sudu mkn rempah kurma
  • 2 biji bawang besar /dimayang
  • 10 ulas bawang putih/ dikisar
  • 5 sm halia /dikisar
  • 1.5 liter air stok rebusan daging
  • 10 biji bunga cengkih
  • 1 sudu mkn cuka
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 2 batang saderi
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Masukkan semua rempah yg telah dikisar dan segala rempah ratus.
  3. Setelah wangi dan pecah minyak, masukkan air stok dan daging kambing.
  4. Didih atas api perlahan selama satu jam dan masukan garam secukup rasa dan cuka.
  5. Setelah daging hampir empuk, masukkan potongan tomato dan hirisan saderi.
  6. Biar kira-kira lima minit mereneh, dan sup sedia dihidang.

Saiz hidangan : 4 orang

Waktu memasak : 1 jam 20 minit

Cara memasak : Didih dan reneh

Jenis hidangan : Lauk utama Arab

Keistimewaan : Sup berempah lazat dan menghangatkan tubuh

INFO CHEF: Daging kambing tinggi nilai protin di dlmnya dgn nisbah kandungan lemak yg sihat. Buang buih yg terbentuk ketika merebus daging agar ia tidak berbau.

4. AYAM HANITH PANGGANG

RAS 20180401 3 38TO40 ROASTED HANITH CHICKEN NY21021820 - Chef Aminudin Kongsi 8 Sajian Utama Lauk Arab, Di Aroma Hijrah.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam (2 kg) / dipotong empat
  • 2 sudu rempah hanith
  • 1/2 sudu mkn garam halus
  • 1/2 sudu pewarna saffron
  • 2 biji bawang holland /dimayang
  • 1 biji lemoh /dihiris bulat

CARA MEMASAK :

  1. Campurkan dan gaul rata rempah hanith, garam dan pewarna saffron.
  2. Ayam yg telah dibersihkan ditabur rata dgn rempah
  3. Lapik lapisan aluminium di atas dulang, dan susun ayam di dlm dulang pembakar.
  4. Taburkan bawang holland dan susun hirisan lemon di atas ayam.
  5. Bakar dlm oven yg dipanaskan dgn suhu 250 darjah celcius selama 2 jam
  6. Ayam masywi sedia dihidang

Saiz hidangan : 4-5 orang

Waktu memasak : 2 jam

Cara memasak : Bakar

Jenis hidangan : Lauk utama Arab

Keistimewaan : Jus ayam yg terhasil bercampur rempah sungguh lazat

INFO CHEF : Ayam biar diperap dgn bahan-bahan ramuan agar rasanya lebih sebati dan meresap ke dlm daging

6. KAMBING HANITH TUMIS RENEH (BRAISED)

RAS 20180401 3 38TO40 BRAISED HANITH LAMB NY21021813 - Chef Aminudin Kongsi 8 Sajian Utama Lauk Arab, Di Aroma Hijrah.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg daging kambing rusuk @bahu/ dipotong kiub 4”
  • 100 gm rempah hanith
  • 2 biji bawang besar /dikisar
  • 5 ulas bawang putih /dikisar
  • 2.5 sm halia /dikisar
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga lawang
  • 10 biji bunga cengkih
  • 5 sudu mkn minyak zaitun
  • 30 gm daun ketumbar /dihiris
  • 30 gm daun pudina /dihiris
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu mkn yogurt
  • Hirisan lemon dan daun pudina sbg hiasan

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dlm kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Masukkan rempah empat sekawan. Tumis sehingga wangi.
  3. Campurkan rempah hanith dgn sedikit air, dikacau dan ditumis
  4. Masukkan yogurt dan daging kambing
  5. Gaul perlahan-lahan selama tiga minit dan pindahkan kesemua bahan dlm dulang pembakar.
  6. Tutup dulang dgn kertas aluminium dan masukkan dlm oven yg sudah dipanaskan dgn suhu 200 celcius.
  7. Bakar selama dua setengah jam
  8. Setelah siap hidangkan dgn hirisan lemon dan daun pudina.

Saiz hidangan : 4-5 orang

Waktu memasak : 2 jam 30 minit

Cara memasak : Tumis, reneh dan bakar

Jenis hidangan : Lauk utama Arab

Keistimewaan : Campuran rempah Arab dan rempah ratus lain, melazatkan sajian.  

INFO CHEF: Sedap dimakan bersama nasi Arab hanith, mandy dan kabsah, bakar dlm kertas alumuninium agar daging lebih berjus dan tidak kering.

6. Lamb Skewer

RAS 20180401 3 38TO40 LAMB SKEWER NY21021818 - Chef Aminudin Kongsi 8 Sajian Utama Lauk Arab, Di Aroma Hijrah.

BAHAN -BAHAN :

  • 1 kg daging kambing tanpa tulang /dipotong kiub 2”
  • 1/2 sudu mkn serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu mkn serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu mkn serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu mkn serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu mkn buah pelaga
  • 5 ulas bawang putih /dikisar
  • 2 sm halia /dikisar
  • 3 sudu mkn minyak zaitun
  • 1 sudu mkn cuka kurma atau epal
  • 2 sudu mkn yogurt
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Basuh daging dan toskan.
  2. Gaul rata semua bahan/rempah pd daging kambing dan diperap selama lima jam.
  3. Setelah diperap, cucuk daging pd besi ‘skewer’ atau lidi buluh.
  4. Bakar sehingga masak di atas bara api, balik-balikkan sehingga masak menyeluruh
  5. Lamb skewer siap dihidang

Saiz hidangan : 7- 8 orang

Waktu memasak : 15 minit

Cara memasak : Panggang

Jenis hidangan : Lauk utama Arab

Keistimewaan : Rasa rempah yg kuat dan rencah lain sungguh sedap dgn tambahan yogurt dan cuka epal

INFO CHEF : Usah panggang terlalu lama ia akan menyebabkan daging kering dan hilang jus. Perapan yg lebih lama, adalah lebih sedap dan sebati rasanya.

7. Puyuh gril dgn madu

RAS 20180401 3 38TO40 GRILLED QUAIL WITH HONEY NY21021822 - Chef Aminudin Kongsi 8 Sajian Utama Lauk Arab, Di Aroma Hijrah.

BAHAN-BAHAN :

  • 10 ekor burung puyuh
  • 1 sudu mkn serbuk jintan manis
  • 1 sudu mkn serbuk jintan putih
  • 2.5 sm halia /dikisar
  • 1/2 sudu mkn serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu mkn serbuk lada hitam
  • Sedikit perahan lemon
  • Sedikit garam lemon (lemon salt)
  • Sedikit serbuk kunyit atau saffron
  • Sedikit serbuk cili
  • 5 sudu mkn madu /dicairkan sedikit dgn air panas

CARA MEMASAK :

  1. Kesemua bahan dan rempah di atas digaul rata bersama daging puyuh dan diperap sekurang-kurangnya lima jam.
  2. Daging puyuh yg telah diperap disusun atas jaring pemanggang dan dipanggan atas bara api dgn kepanasan sederhana.
  3. Sentiasa balik balikkan agar tidak hangus.
  4. Selepas 10 minit angkat dan sapu dgn madu yg telah dicairkan.
  5. Daging puyuh sedia dihidang

Saiz hidangan : 10 orang

Waktu memasak : 10 minit

Cara memasak : Panggang

Jenis hidangan : Lauk utama Arab

Keistimewaan : Daging puyuh lembut dimakan. Sapuan madu melazatkan ramuan

INFO CHEF : Semasa memanggang, tuangkan air lebihan perapan di atas daging. Daging puyuh ini juga dihidangkan bersama nasi Arab atau dimakan begitu sahaja

8. Lamb Shank Bukhary

RAS 20180401 3 38TO40 LAMB SHANK BUKHARY NY21021817 - Chef Aminudin Kongsi 8 Sajian Utama Lauk Arab, Di Aroma Hijrah.
BAHAN-BAHAN :

  • 4 ketul daging kambing shank (bahagian kaki bawah lutut /betis)
  • 4 sudu mkn rempah bukhary
  • 3 sudu mkn puri tomato
  • 1.5 liter air stok rebusan daging
  • 2 biji bawang besar /dikisar
  • 10 ulas bawang putih/ diketuk
  • 5 sm halia
  • 2 batang kayu manis
  • 50 gm daun ketumbar /dihiris halus
  • 5 biji bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga lawang
  • 5 biji cili hijau /dipotong 2.5 sm
  • 2 biji tomato dipotong empat
  • 2 sudu mkn minyak masak
  • 2 sudu mkn minyak sapi
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit pewarna saffron

CARA MEMASAK :

  1. Rebus daging sehingga 30 minit
  2. Angkat dan keluarkan daging, ketepikan.
  3. Panaskan oven pd suhu 250 celcius selama 10 minit.
  4. Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi.
  5. Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan.
  6. Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato
  8. Masukkan air rebusan kambing
  9. Masukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dlm dulang pembakar dan tutup dgn kertas aluminium
  10. Bakar di dlm oven selama 1 setengah jam pd suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.

Saiz hidangan : 4 – 6 orang

Waktu memasak : 1jam 40 minit

Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar

Jenis hidangan : Lauk utama Arab

Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab

INFO CHEF : Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.

RESEPI : HJ AMINUDIN RESAD

Terima kasih : RESTORAN AROMA HIJRAH, Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor


Loading...

Tags: #Aminudin #Arab #Aroma #Chef #Hijrah #Kongsi #Lauk #Sajian #Utama

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.