![]() |
Sudan, beberapa thn yg lalu |
“Visa utk Kashmir masih kekal, masih sama harga mcm sebelum ni.”
“Tahun ni kita akan hantar satu kumpulan ke Uganda.”
Begitulah bunyi pesanan ringkas yg dihantar oleh Pengerusi YAMCP melalui aplikasi whatsapp group.
Ceritanya berkenaan ibadah korban dan aqiqah bg thn ini. Biarpun lambat lagi masanya, tetapi begitulah tindakan prihatin dan tanggungjawab yg ditunjukkan oleh ketua kami itu. Sentiasa mendahului dlm apa jua perkara. Selayaknya bg seorang pemimpin (senyum)
Saban thn YAMCP dan YAM negeri-negeri lain mengendalikan pelaksanaan ibadah korban. YAMCP sendiri sudah pun masuk thn yg ke 14 pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah bg thn 2019. Sepanjang masa tersebut byk asam garam yg dilalui sbg pengalaman hidup yg amat berguna.
Kebanyakan lokasi yg dipilih adalah lokasi minoriti umat Islam yg sangat dhaif di sesebuah negara. Tetapi tidak semua negara yg blh dilakukan ibadah korban, melainkan negara yg mudah dr sudut birokrasi, termasuk juga tahap keselamatan para sukarelawan.
Teringat satu peristiwa yg dialami oleh sahabat saya dr YAM negeri lain sewaktu pelaksanaan di sebuah negara benua afrika. Bagaimana dia dan sukarelawan yg lain berdepan dgn detik cemas apabila dirompak di pertengahan jalan. Bukan duit yg dirompak tetapi lembu yg mahu dibawa ke lokasi korban. Mahu tak mahu kenalah menggantikan semula lembu yg telah dilarikan. Pd hari kedua dan seterusnya terpaksalah menggunakan khidmat pihak tentera sbg ‘escort’, alhamdulillah.
Bagi YAMCP, lokasi yg amat sinonim ialah di pedalaman Sabah, perkampungan orang asal Semenanjung, Indonesia, Filipina, Bangladesh, Sri Lanka dan India. Insya-Allah, thn ini bakal mengorak langkah baru iaitu di Uganda, sbgmana saranan (keputusan) pengerusi kami. Entahlah siapa pula yg akan ditugaskan ke sana.
Pihak YAM Pusat sendiri amat menggalakkan pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah di negara-negara sebelah afrika. Namun, sebilangan negara-negara tersebut, agak ‘longgar’ tahap keselamatannya selain karenah birokrasi yg agak menguji tahap kesabaran.
Apa pun, setiap yg berlaku dpt dihadapi dgn sebaiknya. Semuanya menjadi dugaan dan pengalaman dlm misi-misi kebajikan dan kemanusiaan yg dilakukan. Kepada Allah jua dipanjatkan doa agar setiap yg dilakukan berjalan dgn lancar.
“Anta nak ke mana thn ni?” Tanya seorang sahabat.
“Entahlah, belum fikir lagi..”
Kemana ya?
Tags: #Cerita #Korban #LAGI #lambat