Cepat Betul Renew Lesen Memandu Kat UTC

Loading...

renewBlesenBmemanduBdiBjpjButc - Cepat Betul Renew Lesen Memandu Kat UTC


Assalamualaikum & hello!


Nak story sikit nie. Petang tadi tengah syok bawa motorsikal dr Jinjang menuju Shah Alam, ikut highway LDP. Dekat sikit je lg nak sampai stesen LRT Kelana Jaya tu ada abam polis peronda suruh BBL ke tepi jalan. Mungkin regular check up sebab confident saya ada lesen motor yg sah, road tax masih hidup & tak bawa laju pun. KONFIDENT ye

Okay bila dah berhenti terus cari wallet bg dokumen biasa polis minta bila tahan kan. Sekali dia check lesen motor BBL dah mati – 10 Ogos 2019 time birthday. Aduh masak cuak kena saman on the spot kah aku ni. Sekali buat muka seposen & bgtau saya tak perasan tarikh expired. Nasib baik hati abam polis baik hari ni, so dia lpskan BBL. Siap pesan suruh renew lesen cepat-cepat. Baik abam polis!.. noted

Lepas tu bawak motor sambil tengah pikir kat mana nak renew lesen. Dah pukul 5.15 petang mana ada office JPJ buka lg. Terus berhenti motor kat petrol station. Benda pertama orang akan buat mestilah tanya pak cik Google. Hahaha taip “cara renew lesen motor paling cepat’. Keluar result renew kat Pejabat Pos tapi ambil masa pulak. Second is renew kat UTC centre. 

Ingat nak renew besok tapi cuak kan tetiba kena tahan lg, ada roadblock ke..tak pasal-pasal kena saman sebab lesen mati. Blh tahan mahal saman penalti sehingga RM300 sebab memandu dgn lesen tamat tempoh. BBL sendiri dah overdue 18 hari.

saman lesen - Cepat Betul Renew Lesen Memandu Kat UTC


Waallah..tak fikir panjang keluar duit kat ATM, terus bergegas pergi UTC Anggerik Shah Alam. Lega UTC buka sampai 10 malam

Renew Lesen Di UTC
Sampai je UTC Shah Alam, terus naik level 3 sebab kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan kat level 3 bangunan UTC tu. Aduh gigih naik tangga. Sampai je terus pergi kaunter no giliran utk ambil number giliran. Lega pukul 6 petang orang berurusan tak ramai sangat. Tak sampai 15 orang je. Kaunter pun buka semua. Good JPJ!

renewBlesenBmemanduBdiButc - Cepat Betul Renew Lesen Memandu Kat UTC


Sementara tunggu turn, elok sediakan dulu
1. Kad pengenalan
2. Lesen memandu 
3. Duit secukupnya

Bila sampai turn, terus pergi kaunter pastu serah IC & lesen memandu lama. Bgtau nak renew lesen. Kemudian pegawai akan tanya nak renew berapa thn.. bgtau je nak berapa lama sampai limit 5 thn. 

photo 2019 08 28 22 30 54 - Cepat Betul Renew Lesen Memandu Kat UTC


Harga Renew Lesen Motorsikal & Kereta
Setahun – RM 30
Dua thn – RM 60
Tiga thn – RM 90
Empat thn – RM 120
Lima thn – RM 150

Harga Renew Lesen Motorsikal SAHAJA
Setahun – RM 20
Dua thn – RM 40
Tiga thn – RM 60
Empat thn – RM 80
Lima thn – RM 100
Oh ya, BBL ni ada lesen memandu motorsikal je – B3. So bayaran renew cuma RM20 setahun. Kalu lesen memandu kedua-kedua jenis kerenderaan ni RM30 setahun. Tak silap waktu renew di JPJ Petaling Jaya thn 2017, pegawai caj RM30 setahun. Lamp some ingat BBL ada lesen motor & kereta. Aduh.. nasib baik pegawai tu bgtau tadi. Jimat RM20..

Dah siap bayar, bawa slip pembayaran ke Kaunter 6 (sebelah kaunter no giliran tadi). Serah pd pegawai kaunter tu & tunggu no giliran di panggil. Kat UTC Shah Alam, BBL terus dpt lesen memandu yg baru on the spot. Fuh cepat giler. Tunggu tak sampai 5 minit dah siap lesen baru.

caraBrenewBlesenBmotorsikalBkeretaBdiBjpj - Cepat Betul Renew Lesen Memandu Kat UTC
pukul 5.55 sampai ambil nombor

Overal BBL cuma ambil masa 10 minit nak renew lesen memandu. Pantas amat sangat. Memang suggest korang datang ke UTC berdekatan. Contoh BBL ni, orang Shah Alam, Puchong, Subang, Sunway atau sekitar nya blh pergi UTC Shah Alam. Saya suggest datang lps 6 petang sebab tak ramai pun orang berurusan kat kaunter JPJ.

renewBlesenBmemandu - Cepat Betul Renew Lesen Memandu Kat UTC
tada..dah siap lesen memandu baru (pukul 6.01 pm siap bayar di kaunter)
Waktu Operasi UTC

waktuBoperasiBUTCBterbaru - Cepat Betul Renew Lesen Memandu Kat UTC


So kad lesen lama tu blh simpan buat kenangan. Btw gambar BBL masih sama spt kad pengenalan & lesen sebelum ni. Yg penting lesen dah hidup. Kena tahan polis/JPJ tak ada hal lah! Wah cakap besar ye…

Ha korang tu blh la check tarikh expired lesen bila. Walaupun sekarang tarikh tamat lesen sama dgn tarikh hari lahir kekadang kita kompius thn ni atau thn depan expired. Better check & buat reminder kat calendar awal-awal.

Terima kasih kerajaan dulu perkenal UTC ni. Memang sangat membantu dlm kes kecemasan mcm BBL alami hari ni. Mudah utk rakyat Malaysia setel urusan dgn perkhidmatan kerajaan lps waktu bekerja kan. Tambah lg pekerja private sector ni bila habis waktu kerja 6 petang baru free nak renew lesen bagai ni. Betul tak..

Okay tu je nak cerita. Bye
Loading...

Tags: #Betul #Cepat #Lesen #Memandu #Renew

author
Author: 
    Cantik dan Sukses, Ternyata Ariel Tatum Pernah Alami Gangguan Mental Sampai Ingin Bunuh Diri!
    slidegossip.com – Siapa sangka, artis cantik yg sering berpenampilan seksi Ariel Tatum ternyata
    Keluarganya Dibilang Sombong, Begini Balasan Menohok Ussy Sulistiawaty!
    slidegossip.com – Keluarga Ussy Sulistiawaty kembali jadi korban kenyinyiran netizen. Seperti dilansir dr
    Is Malaysian education system ready for streamless schools?
    In theory, while there is merit behind the idea of no streaming, making
    Harga Tiket Masuk Terengganu Draw Bridge
    Assalamualaikum semua, BBL sbg anak jati Terengganu memang bangga sangat jambatan angkat pertama

    Comments are closed.