Cendol Santan Gula Melaka

Loading...

BESTB2528432529 - Cendol Santan Gula Melaka

Semalam sempat sediakan cendol utk berbuka puasa. Suami ita yg beli cendol ni.. bila dah beli tu faham-faham ajelah kan.. mesti suruh buat cendol.
Buat cendol ni tak lah susah sangat, mudah dan ringkas je.. ianya enak di hidangkan dingin dgn ketulan ais atau ais yg di parut halus.

Ita dan keluarga memang suka mkn cendol. Kalau biasanya terasa nak mkn cendol ita mkn di Cendol House di Kampung Melayu. Tapi kalau bulan puasa ni baik kita buat sendiri.. muai sikit dan dapat di nikmati seisi keluarga.

Untuk membuat cendol ni tak susah sangat, cendol tu blh buat sendiri atau pun kalau nak cepat beli aje yg dah siap jual kat pasar. Kita cuma sediakan air gula Melaka dan air santan. Ada orang tak suka guna santan.. kalau yg tak suka santan blh guna susu cair.  Ita lebih suka guna santan sebab terasa lemaknya.. Santan kalau rajin blh beli santan segar.. kalau macam malas je.. guna santan kotak pun blh.

3Y2A1991 - Cendol Santan Gula Melaka

CENDOL SANTAN GULA MELAKA

1 peket cendol ~ cuci bessih dan toskan
1 buku gula melaka
1 biji santan kelapa
garam secukup rasa
2 helai daun pandan di simpul
air secukupnya
ketulan ais

Mula-mula sediakan air gula Melaka
Gula Melaka masukkan dlm periuk bersama daun pandan dan air, kemudian masak sehingga gula Melaka larut.
Tapis dan biarkan sejuk

Santan masukkan dlm periuk tambah air ( jangan pekat sangat dan jangan cair sangat ) tambahkan secubit garam dan daun pandan.
Masak atas dapur sambil sentiasa di kacau sehingga didih
Sejukkan

Masukkan cendol dlm jug
Masukkan santan dan gula melaka
akhir sekali masukkan ketulan ais
Sedia di hidangkan

3Y2A1951 - Cendol Santan Gula Melaka

Loading...

Tags: #Cendol #Gula #Melaka #Santan

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cendol Santan Gula Melaka"