Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Cuba Sajian Sedap Ni

Loading...

Untitled design 13 3 - Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Cuba Sajian Sedap Ni

Cendawan shiitake mempunyai beberapa kebaikan sejak berkurun dahulu. Malahan ia dianggap sbg simbol panjang umur di Asia Timur. Di Jepun cendawan ini memang sangat popular. Tidak hairan lah warga Jepun ramai warga emas di sana kelihatan sihat dan dikatakan mempunyai jangka hayat yg panjang.

Di kalangan masyarakat bangsawan Jepun meyakini memakan cendawan ini akan melambatkan proses penuaan. Di dlm erti kata lain, anti-penuaan.

Untitled design 11 2 - Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Cuba Sajian Sedap Ni

foto : www.mygrocer.my

Shiitake iaitu istilah asli dlm bahasa Jepun berrmaksud cendawan dr pokok Shii( Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yg sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.

Dari segi perubatan ia didapati berupaya menjadi sumber yg bertindak sbg antivirus. Kemampuan Shiitake disebabkan ia menghasilkan sejenis bahan yg dipanggil interferon. Penyelidik juga melaporkan pengambilan cendawan jenis Shiitake blh merendahkan paras kolesterol dlm darah sehingga 40 ke 50 peratus.

Untitled design 14 1 - Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Cuba Sajian Sedap Ni

Sebagai mknan berkhasiat, Shiitake juga mengandungi jumlah asid amino lebih baik berbanding kacang soya, daging, susu atau telur. Ia juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yg baik seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niacin.

Paling menarik, Shiitake dikatakan menghasilkan sejenis bahan yg menyerap lemak dlm tubuh. Beritaa baik utk mereka yg ingin mengamalkan diet sihat dan mengurangkan lebihan berat badan.

Jom kita cuba 3 resepi dr Cendawan Shiitake dr yg lazat dan mudah ini.

1.CENDAWAN & BROKOLI MASAK SOS TIRAM

Untitled design 12 1 - Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Cuba Sajian Sedap Ni

BAHAN-BAHAN :

  • 200 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam semalaman
  • 200 gm brokoli

Bahan sos:

  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu mkn kicap manis
  • 2 sudu mkn sos tiram
  • 1 biji bawang besar /dihiris
  • Minyak utk menumis
  • Sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
  • Garam secukup rasa /sedikit sahaja kerana sos tiram sudah masin

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata.


3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli.
5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia utk dihidang

Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sayur-sayuran
Keistimewaan : Enak dgn brokoli, sajian yg sungguh menyihatkan
Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF : Anda blh juga merebus sebentar sayur-sayuran, dan menuang sos kemudian ke atas sayur-sayuran.

2. AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN

Untitled design 9 2 - Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Cuba Sajian Sedap Ni

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg dada ayam
  • 50 gm serbuk lada hitam
  • 30 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam dgn air, dihiris nipis
  • 30 ml kicap manis
  • 10 gm serbuk kunyit

Bahan dikisar :
100 gm bawang putih
150 gm bawang merah
50 gm halia

CARA MEMASAK :
1. Perap ayam dgn serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
2. Kemudian goreng ayam separuh masak
3. Pijarkan minyak di dlm kuali dan tumiskan bahan -bahan yg dikisar sehingga naik bau dan garing.
4. Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati.
5. Setelah ayam masak , sajian sedia utk dihidang.

Saiz hidangan : 10 orang mkn
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Ramuan lada hitam dan cendawan sungguh melazatkan
Anggaran kos : RM 18

INFO CHEF : Usah memasukkan garam kerana sudah terdapat kicap di dlmnya.

2.TOFU KUKUS DENGAN CENDAWAN & BROKOLI

Untitled design 10 1 - Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Cuba Sajian Sedap Ni

BAHAN-BAHAN :

  • 350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
  • 50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
  • 50 gm brokoli
  • 1/2 biji bawang besar | dihiris
  • 4 ulas bawang putih | dihiris
  • 4 sm halia | dihiris
  • 500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
  • 4 sudu mkn sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit tepung jagung yg dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dlm kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’
3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak sehingga lembut.
5. Perisakan dgn sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Pekatkan kuah dgn menggunakan air yg dibancuh tepung jagung (opsyen )
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Tuangkan di atas tofu yg telah dikukus terlebih dahulu. Siap utk dihidangkan.

Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yg sihat dan enak
Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dr tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai utk masakan tumis bergoreng.

Komen anda

Loading...

Tags: #Asia #Cendawan #Cuba #Panjang #Sajian #Sedap #Shiitake #SIMBOL #Timur #umur

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Jom Cuba Sajian Sedap Ni"