Cara Solat Jamak & Qasar Yg Betul dr JAKIM

x 91 - Cara Solat Jamak & Qasar Yg Betul dr JAKIM

Di dlm artikel ini, admin ingin berkongsi maklumat tentang solat jamak dan qasar berlandaskan maklumat-maklumat yg diperoleh drpada sumber-sumber arus perdana di Malaysia tentang hal-ehwal agama Islam. Tujuan artikel ini ditulis adalah utk membantu sahabat-sahabat di luar sana mendapatkan maklumat am berkenaan kelonggaran di dlm ibadah ini. Marilah kita mendalami perihal ini satu-persatu.

I. Solat Jamak
Solat jamak adalah salah satu drpada rukhsah solat (kelonggaran atau keringanan) yg diberikan oleh Allah S.W.T. kepada umat Islam yg bermusafir. Perbuatan menjamakkan solat bererti menghimpunkan dua solat (Zohor dgn Asar, atau Maghrib dgn Isyak) ke dlm satu waktu yg sama. Terdapat 2 kaedah menjamakkan solat, iaitu:

  • Jamak Taqdim – dilakukan di dlm waktu solat pertama (Zohor atau Maghrib); manakala
  • Jamak Ta’khir – dilakukan di dlm waktu solat kedua (Asar atau Isyak).

Penerangan berkenaan jenis-henis solat jamak ini adalah seperti berikut:

A. Jamak Taqdim
Terdapat beberapa perkara yg perlu dititik beratkan utk jamak taqdim, iaitu:

1. Niat
Niat jamak perlu dilakukan di dlm waktu solat pertama (Zohor atau Maghrib) ketika mengangkat takbir. Walau bagaimanapun, dibolehkan juga niat semasa solat yg pertama sekalipun semasa memberi salam. Jika niat diberikan hanya selepas salam, maka barulah ianya tidak sah.

2. Tertib
Cara yg betul adalah dgn melakukan solat pertama terlebih dahulu, diikuti dgn solat kedua sejurus selepas selesai yg pertama.

Contoh:

  • Sekiranya anda ingin menjamakkan solat Zohor & Asar; solatlah Zohor dahulu, diikuti dgn Asar; atau
  • Sekiranya anda ingin menjamakkan solat Maghrib & Isyak; solat Maghrib dahulu, diikuti dgn Isyak.

Rasional di sebalik tertib ini adalah kerana solat pertama telah pun masuk waktu, manakala solat kedua hanyalah sbg penumpangnya.

Selain itu, harus diingatkan bahawa jika solat pertama terbatal kerana tidak sempurna syarat mahupun rukun, maka solat kedua juga akan ikut sama terbatal.

3. Berturut-Turut
Kedua-dua solat perlu dilakukan secara berturut-turut tanpa ada pemisah, seperti, pitam, terlupa, ataupun anda pergi mengerjakan perkara-perkara lain terlebih dahulu sebelum memulakan solat kedua, seperti berborak-borak mahupun mkn.

Rasionalnya adalah kerana dgn perbuatan menjamak telah pun menjadikan dua solat ini sbg satu. Sekiranya terdapat aktiviti atau perbuatan lain di antara kedua-dua solat, maka secara automatik juga solat jamak akan menjadi tidak sah.

Namun begitu, pemisahan yg sekejap seperti azan, iqamah, dan berwuduk adalah dibolehkan.

4. Perjalanan Berterusan Sehingga Masuk Waktu Solat Kedua
Perjalanan sbg musafir perlulah berterusan sehingga sekurang-kurangnya pd waktu takbiratul ihram solat yg kedua. Sekiranya musafir tamat sebelum memulakan solat yg kedua, maka jamak tidak lagi dibolehkan kerana syarat membolehkannya telah pun hilang.

B. Jamak Ta’khir
1. Niat
Niat solat Jamak Ta’khir perlu dibuat di dlm waktu solat pertama (Zohor ataupun Maghrib). Sbg contoh, sekiranya anda sedang memandu dan berhajat utk solat jamak ta’khir, ambillah masa sekejap utk berniat sewaktu anda berada di dlm waktu solat pertama.

2. Masih Dlm Perjalanan Sehingga Kedua-dua Solat Selesai Didirikan
Sama seperti solat Jamak Taqdim, perjalanan sbg musafir perlulah berterusan sehingga waktu solat kedua. Jika tidak, syarat jamak akan hilang dan rukhsah solat akan terbatal.

3. Tertib (Tidak Wajib)
Berbeza dgn Jamak Taqdim, tertib tidak menjadi satu kewajipan. Oleh itu, mana-mana solat dibolehkan dibuat dahulu. Contoh:

  • Zohor dahulu, kemudian Asar;
  • Asar dahulu, kemudian Zohor;
  • Maghrib dahulu, kemudian Isyak; atau
  • Isyak dahulu, kemudian Maghrib.

Sebab: Meskipun adalah lazim utk bersolat mengikut urutan biasa (seperti Zohor kemudian Asar), hanya solat kedua yg ada solat berjemaah di dlm waktunya.

II. Solat Qasar
Solat Qasar bermaksud memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat, iaitu bg solat Zohor, Asar & Isyak. Manakala, solat Subuh dan Maghrib tidak blh diqasarkan sama sekali.

Syarat-Syarat Solat Qasar:

  1. Musafir telah melepasi sempadan tempat tinggal.
  2. Tiada niat bermukim melebihi  4 hari tanpa mengira perjalanan pergi dan balik.
  3. Tidak solat berjemaah dgn berimamkan orang yg solat dgn sempurna rakaatnya.
  4. Masih dlm keadaan musafir ketika solat Qasar dilakukan.

III. Solat Jamak & Qasar
Musafir adalah diharuskan utk mengerjakan solat secara Qasar dan Jamak sekaligus. Kaedahnya sama sahaja seperti solat Jamak, kecuali ianya ditambah Qasar sahaja.

Contoh:

  • Zohor (2 rakaat) & Asar (2 rakaat); atau
  • Maghrib (3 rakaat) & Isyak (2 rakaat).

Lafaz Niat Solat Jamak Qasar

A. Jamak Taqdim Beserta Qasar

1. Lafaz Niat Jamak Taqdim (Zohor & Asar)
Lafaz Niat Solat Jamak Taqdim

x 92 - Cara Solat Jamak & Qasar Yg Betul dr JAKIM

Usolli fardhol zhuhri rok’ataini jam’a taqdiimin qosron lillahi ta’aala

(Sahaja aku solat Fardhu Zohor dua rakaat jamak taqdim serta qasar kerana Allah ta’ala.)

Lafaz Niat Solat Jamak Taqdim

xx 12 - Cara Solat Jamak & Qasar Yg Betul dr JAKIM

Usolli fardhol ‘asri rok’ataini jam’a taqdiimin qosron lillahi ta’aala

(Sahaja aku solat Fardhu Asar dua rakaat jamak taqdim serta qasar kerana Allah ta’ala.)

2. Lafaz Niat Jamak Taqdim (Maghrib & Isya’)
Lafaz Niat Solat Jamak Taqdim

xxx 11 - Cara Solat Jamak & Qasar Yg Betul dr JAKIM

Usolli fardhol maghribi thalaatha roka’aatin jam’a taqdiimin lillahi ta’aala

(Sahaja aku solat Fardhu Maghrib tiga rakaat jamak taqdim kerana Allah ta’ala.)

*Lafaz solat maghrib sahaja yg sedikit berbeza berbanding solat Zohor, Asar & Isyak kerana “qasar” tidak disebut di dlm lafaz. Hal ini kerana solat Maghrib tidak blh dipendekkan.

Lafaz Niat Solat Jamak Taqdim

xxxx 6 - Cara Solat Jamak & Qasar Yg Betul dr JAKIM

Usolli fardhol ‘isyaa’i rok’ataini jam’a taqdiimin qosron lillahi ta’aala

(Sahaja aku solat Fardhu Isyak dua rakaat jamak taqdim serta qasar kerana Allah ta’ala.)

B. Jamak Ta’khir Beserta Qasar
1. Lafaz Niat Jamak Ta’khir (Zohor & Asar)
Lafaz Niat Solat Jamak Qasar Ta’khir

x 93 - Cara Solat Jamak & Qasar Yg Betul dr JAKIM

Usolli fardhol zhuhri rok’ataini jam’a ta’khiirin qosron lillahi ta’aala

(Sahaja aku solat Fardhu Zohor dua rakaat jamak ta’khir serta qasar kerana Allah ta’ala.)

Lafaz Niat Solat Jamak Qasar Ta’khir

xx 13 - Cara Solat Jamak & Qasar Yg Betul dr JAKIM

Usolli fardhol ‘asri rok’ataini jam’a ta’khiirin qosron lillahi ta’aala

(Sahaja aku solat Fardhu Asar dua rakaat jamak ta’khir serta qasar kerana Allah ta’ala.)

2. Lafaz Niat Jamak Ta’khir (Maghrib & Isyak)
Lafaz Niat Solat Jamak Qasar Ta’khir

xxx 12 - Cara Solat Jamak & Qasar Yg Betul dr JAKIM

Usolli fardhol maghribi thalaatha roka’aatin jam’a ta’khiirin lillahi ta’aala

(Sahaja aku solat Fardhu Maghrib tiga rakaat jamak ta’khir kerana Allah ta’ala.)

*Sama seperti niat utk jamak taqdim, qasar tidak dilafazkan kerana solat Maghrib tidak blh dipendekkan. Jadi, anda hanya perlu menyebut solat jamak.

Lafaz Niat Solat Jamak Qasar Ta’khir

xxxx 7 - Cara Solat Jamak & Qasar Yg Betul dr JAKIM

Usolli fardhol ‘isyaa’i rok’ataini jam’a ta’khiirin qosron lillahi ta’aala

(Sahaja aku solat Fardhu Isyak dua rakaat jamak ta’khir serta qasar kerana Allah ta’ala.)

IV. Hikmah di Sebalik Solat Jamak & Qasar
Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yg diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. ~ Hadis riwayat Ahmad.

Antara hikmah-hikmah di sebalik dibenarkan menjamakkan & mengqasar solat adalah:

Meringankan beban umat Islam dlm melakukan solat fardhu sewaktu bermusafir.
Hadiah dan tanda Allah S.W.T. maha penyayang.
Keringanan diberikan supaya solat dpt dilaksanakan di dlm apa jua keadaan.
Memberikan galakan kepada umat Islam utk bermusafir di atas apa saja tujuan yg baik dan ziarah-menziarahi  bg menambahkan keimanan, mencari rezeki, serta mengeratkan hubungan silaturrahim.
Anda juga blh merujuk kepada panduan yg telah dikeluarkan oleh PLUS & disahkan oleh JAKIM ini (klik pd gambar utk besarkan):

x 94 - Cara Solat Jamak & Qasar Yg Betul dr JAKIM

Panduan Solat Jamak Qasar PLUS yg disahkan oleh JAKIM | aliff.co

Anda juga blh melayari laman web rasmi JAKIM utk mendapatkan maklumat lanjut.

Semoga ilmu yg dikongsikan ini dpt memberikan manfaat kepada kita semua. Selamat bermusafir, dan selamat beribadat!

Loading...

Tags: #Betul #Cara #JAKIM #Jamak #Qasar #Solat

author
Author: 
    Drama Senafas Rindu Episod 9
    Drama Senafas Rindu Episod 9. Dlm episod kali ni, Anne masih tak stabil.
    “Sembunyi Pawagam Tayang Versi Kedua ‘Misteri Dilaila’ Kurang Beretika” – Filemkita
    Laman Twitter Filemkita menyatakan bahawa tindakan utk merahsiakan pawagam mana yg menayangkan versi
    Drama Senafas Rindu Episod 10
    Drama Senafas Rindu Episod 10. Fariz tak pernah putus asa utk dapatkan Anne.
    Drama Senafas Rindu Episod 11
    Drama Senafas Rindu Episod 11. Anne nak berhenti Kolej ? Seriusly ? Tak

    Leave a reply "Cara Solat Jamak & Qasar Yg Betul dr JAKIM"