Cara SEMAK Signal Telco Terbaik Di Kawasan Anda

Loading...

open signal 1 - Cara SEMAK Signal Telco Terbaik Di Kawasan Anda

Rangkaian telco yg meluas dan pantas amatlah penting di zaman smartphone kini. Telco dominan di Malaysia seperti Maxis, Celcom, dan Digi telah lama mengembangkan empayar mereka, lengkap dgn pelan prabayar dan pascabayar yg beraneka harga dan pakejnya. Tetapi, itu semua tidak lagi relevan apabila signal telco pilihan di kawasan anda adalah sangat lemah. Apa gunanya dapat melanggan pelan ala carte Hotlink 1 GB/RM5 sehari jika anda langsung tidak dapat mengakses laman web Google?

Public WiFi Hotspot Kan Ada?

Betul. Tetapi bukan semua tempat menyediakan khidmat WiFi, apatah lagi yg percuma. Tambahan lagi, tak bermakna anda dapat manfaatkan internet sepenuhnya kerana sudah tentu ada pengguna lain seperti anda yg menggunakan hotspot yg sama. Belum sebut lagi pasal isu privasi dan sekuriti; bahaya utk membuat transaksi perbankan menggunakan public WiFi.

Jadi Bagaimana?

IMG 0701 - Cara SEMAK Signal Telco Terbaik Di Kawasan Anda



Pengguna peranti Android dan iOS blh memuat-turun aplikasi OpenSignal (Percuma). App ini pd asalnya hanyalah utk menguji kelajuan internet anda (ala Speedtest.net app) tetapi kemaskini yg terbaru membolehkan app ini utk mencari hotspot berdekatan, menguji, merekod, dan membandingkan kelajuan internet sama ada WiFi atau selular, dan yg paling menarik; mencari signal telco terbaik di kawasan anda, lengkap dgn statistik Download & Upload speed, latency, dan reliability.

Cara Penggunaan?

1 – Pastikan cellular data, GPS, dan location services diaktifkan. Muat-turun app OpenSignal dan buka app.

2 – Pd navigation bar yg terpapar, pilih Coverage.

3 – Tap pd arrow berbentuk condong utk menandakan lokasi anda sekarang. Contoh: Alor Gajah, Melaka.

4 – Tap NetworkRank. Statistik telco akan terpapar mengikut susunan.

5 – Pd tab Simple dan Advanced, pilih Advanced utk melihat telco apakah yg terbaik dr segi Download, Upload, Latency, dan Reliability. Contoh: Digi merupakan telco yg terbaik di kawasan persekitaran Alor Gajah, Melaka.

IMG 0702 - Cara SEMAK Signal Telco Terbaik Di Kawasan Anda

Bagaimana Utk Kenalpasti Telco Terbaik?

Telco yg mempunyai ranking di atas tak bermakna ia adalah yg terbaik sepenuhnya. Faktor ini bergantung pd keperluan anda. Jika anda perhatikan screenshot di atas, Celcom adalah lebih stabil pd kadar 90% reliability dan 180ms latency, walaupun Digi mempunyai kelajuan muat-turun sehingga 3.73 Mbps. Penerangan lebih lanjut adalah seperti di bawah.

Download speed: Kelajuan maksimum muat-turun di kawasan itu (lagi tinggi lagi bagus)
Upload speed: Kelajuan maksimum muat-naik di kawasan itu (lagi tinggi lagi bagus)
Latency: Atau dgn nama lain, Ping, bermakna berapa lama masa yg diambil utk peranti anda berhubung dgn cell tower terdekat (lagi sedikit lagi bagus)
Reliability: Kestabilan rangkaian di kawasan itu bagi mengurangkan drop calls dan SMS delay (lagi tinggi lagi bagus)

Situasi 1: Jika anda seorang yg gemar memuat-turun lagu, mengakses Facebook dan YouTube, pilihlah telco dgn ranking Download tertinggi.

Situasi 2: Jika anda seorang yg gemar memuat-naik gambar dan video di Facebook, Instagram, dan YouTube, pilihlah telco dgn ranking Upload tertinggi.

Situasi 3: Jika anda jarang online tetapi anda mahu menggunakannya dgn segera apabila memerlukan, pilihlah telco dgn Latency (atau kadar Ping) yg rendah.

Situasi 4: Jika anda sering membuat panggilan atau SMS, dan tidak mahu ada sebarang drop calls ataupun delay dlm penghantaran SMS, pilihlah telco dgn kadar Reliability yg tertinggi.

Saya Tahu Apa Yg Saya Nak. Tetapi Telco Yg Saya Guna Sekarang Tidak Menepati Keinginan Saya.

IMG 0703 - Cara SEMAK Signal Telco Terbaik Di Kawasan Anda



Mudah. Jika anda menetap di kawasan itu buat beberapa hari (misalnya bercuti), anda hanya perlukan dapatkan kad SIM pilihan anda yg terbaik di kawasan itu. Ianya murah dan sangat berbaloi. Tetapi jika anda kerap berpindah dan menetap di kawasan itu utk seketika, bertukarlah rangkaian anda sekarang ke telco pilihan anda dgn percuma. Bukan sahaja anda dapat mengekalkan nombor yg asal, anda juga dapat menggunakan servis dan perkhidmatan yg terbaik dr telco baru anda.

Sebagai contoh, sebelum ini saya memakai rangkaian U Mobile, tetapi Digi adalah telco yg terbaik di kawasan Alor Gajah, Melaka. Cuma akses laman web Digi dan click Switch to Digi online. Isikan borang dan pihak Digi akan menghantar kad SIM yg baru ke lokasi yg anda mahu tanpa sebarang caj. Dan tanpa perlu bertukar nombor. Sangatlah mudah.

Apa Yg Perlu Saya Tahu?

Bukan semua telco menyediakan khidmat bertukar rangkaian secara online. Malah, ada juga mengenakan caj yg sedikit dan perlu membuat penukaran di pusat telco yg terdekat. Ini bergantung pd keperluan anda. Tetapi kos utk bertukar rangkaian sangatlah rendah dan ia adalah lebih baik dr membeli kad SIM yg baru. Jadi manfaatkanlah teknologi dan servis yg ada dan dapatkan perkhidmatan yg terbaik utk kegunaan harian anda.

Loading...

Tags: #anda #Cara #Kawasan #Semak #SIGNAL #Telco #Terbaik

author
Author: 
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr
    Tips Pilih Tilam Yg Betul Utk Masalah Tulang Belakang
    Assalamualaikum… Tidur tu satu nikmat. Lagi-lagi lps satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti
    Pengenalan Guru Nadi Negara angkat martabat guru – Maszlee
    Malah, kata beliau, KPM akan turun pdng ke setiap negeri di Malaysia utk

    Leave a reply "Cara SEMAK Signal Telco Terbaik Di Kawasan Anda"