Cara Semak Nombor Akaun Penipu Online

Cara Semak Nombor Akaun Penipu Online | Kali ini saya ingin kongsikan satu laman sesawang khas buat pembeli – pembeli online utk menyemak sama ada penjual tersebut adalah potensi penipu atau pun tidak.

borang bantuan BMT 6 - Cara Semak Nombor Akaun Penipu Online

Maklumlah sekarang ni ramai pembeli online yg tertipu dgn penjual – penjual yg tak bertanggungjawab dan cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan pembeli. Kebanyakan pembeli yg sering ditipu adalah mereka yg baru menjinakkan diri dlm pembelian secara talian.

Mereka tiada pengalaman dan tidak tahu yg mana penjual yg betul atau penjual yg menipu, yg pasti mereka mudah tertarik dgn tawaran – tawaran yg tidak masuk akal sbg contoh IPHONE 6+ yg harga asalnya mencecah RM3000.00 dijual dgn harga yg murah kurang drpada RM1000.00. Kalau anda sendiri yg kali pertama tidak pernah jumpa tawaran sedemikian sudah pasti anda akan rasa tertarik kerana memang murah dan produk yg berkualiti tetapi hakikatnya adalah dusta belaka.

Sehubungan itu, utk mengelak drpada terkena tipu anda dinasihatkan utk menggunakan laman sesawang berikut:  http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/  masuk je nombor akaun bank penjual tersebut dan pasti akan keluar jika penjual itu pernah menipu orang lain dan telah dibuat report polis. Laman sesawang ini adalah official drpada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sekiranya nama si penjual tiada dlm laman sesawang ini tetapi anda rasa ragu ragu sama ada penjual tersebut betul atau tidak saya sarankan anda cuba tips berikut:

  • Lihat Profile facebook sama ada guna gambar betul atau fake
  • Lihat testimoni drpada pelanggan – pelanggan yg lain
  • Lihat Laman sesawang sama ada lengkap menyakinkan atau tidak
  • Cuba search nombor telefon penjual di www.facebook.com
  • Cuba search nombor akaun bank penjual di www.google.com
  • Cuba search nombor telefon penjual di www.google.com
  • Cuba compare harga barang yg dijual dgn laman facebook atau web lain
  • Cuba buat COD bagi barang – barang yg berharga melebihi RM 1000.00
  • Tanyalah kawan – kawan yg lain mungkin mereka pernah membeli atau mengetahui berkenaan penjual tersebut

Jika anda masih terkena tipu setelah anda buat research tersebut saya sarankan anda buat laporan polis utk dimasukkan senarai nombor akaun tersebut ke dlm laman sesawang polis http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ . Almaklumlah penipu online ni pun kadang – kadang bijak jugak mungkin mereka menggunakan nombor akaun bank orang lain sbg contoh akaun bank isteri, adik beradik dan sbgnya atau mungkin itu adalah penjual yg baru nak belajar menipu online. Sekiranya anda tidak membuat laporan polis mungkin orang lain akan turut terkena tipu sebaiknya biarlah anda rugi dan asbab anda orang lain terselamat.

Marilah ramai – ramai kongsikan laman sesawang ini utk memberi kesedaran kepada semua pembeli – pembeli online utk mengelak meraka semua terkena tipu. Ramai orang yg kurang duit dan kurang ilmunya dlm pembelian online apatalah lagi jika terkena tipu lagilah kesian.


Loading...

Tags: #Akaun #Cara #Nombor #Online #Penipu #Semak

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Cara Semak Nombor Akaun Penipu Online"