Cara Semak IMEI Handphone

Loading...

nombor IMEI 1 - Cara Semak IMEI Handphone

Cara Semak IMEI Handphone | Bagaimanakah cara utk mengetahui no IMEI telefon bimbit anda? Penting sangatkah IMEI ini?

Nombor IMEI: Pengenalan ringkas

IMEI adalah kata singkatan bagi ” International Mobile Equipment Identity “. Ia wujud dlm bentuk nombor dan unik – Setiap telefon mempunyai nombor IMEI yg berbeza.

APAKAH KEGUNAAN IMEI ?
IMEI digunakan oleh GSM utk mengenalpasti setiap telefon bimbit. Dlm erti lain kata IMEI digunakan utk mencegah aktiviti penjualan dan penggunaan telefon bimbit yg dicuri.

Kenyataan diatas amat penting dan harus diketahui oleh semua pengguna handphone.

Jika handphone anda dicuri, anda blh melaporkan kecurian tersebut dan menghantar nombor IMEI handphone tersebut pd service provider anda (celcom, Digi, Maxis dan sbgnya) utk disenarai hitamkan.

Jika IMEI tersebut disenarai hitamkan (blacklisted), handphone tersebut tidak dapat digunakan sampai bila-bila walaupun si pencuri tadi menganti SIM handphone tersebut.

STRUKTUR NOMBOR IMEI
IMEI terdiri drpada 15-16 digit nombor. Berikut merupakan contoh nombor IMEI.

Cara Mendapatkan Nombor IMEI
Berikut merupakan cara utk mendapatkan nombor IMEI utk telefon bimbit jenis Android dan juga iPhone.

UNTUK ANDROID
1. Dail *#06#
Seperti mana-mana telefon GSM anda blh mendapatkan nombor IMEI dgn mendail kod *#06# pd handphone anda. Nombor IMEI handphone anda akan keluar selepas anda habis mendail kod tersebut.

2. Daripada Setting Handphone
Untuk mencari nombor IMEI drpada setting pergi ke: Setting>About Device>Status. Skrol skrin anda sehingga anda jumpa IMEI.

3. Dlm Google Dashboard
Jika anda pernah memuat turun aplikasi drpada Google Play maklumat handphone anda ada tersimpan dlm Google Dashboard. Buka Google Dashboard dan log in. Pergi ke bahagian Android devices. Nombor IMEI anda akan terpapar di sini.

Cara ini amat berguna jika handphone anda hilang dan anda ingin melaporkan kehilangan handphone tersebut.

4. Dibawah Bahagian Bateri
Jika handphone anda adalah jenis yg baterinya blh ditanggalkan, selalunya nombor IMEI ada diletakkan didalam bahagian bateri tersebut.

5. Kotak Handphone
Jika anda masih lagi menyimpan bekas kotak handphone tersebut, cuba lihat pd bahagian tepi atau belakang. Selalunya nombor IMEI diletakkan pd bahagian ini.

UNTUK IPHONE
1. Dail *#06#
Seperti Android cara yg paling mudah utk mendapatkan IMEI handphone anda adalah dgn mendail kod *#06#.

2. Daripada bahagian setting
IMEI juga blh disemak pd bahagian setting. Pergi ke Setting>General>Device Information dan cari no IMEI.

3. Melalui iTunes
Selain drpada itu anda blh mendapatkan no IMEI melalui aplikasi iTunes. Masuk ke dlm akaun iTunes anda dan pergi ke bahagian “phone information”. Klik 2 kali pd iPhone anda utk mempamerkan no IMEI.

4. Belakang iPhone anda
Nombor IMEI juga ada tertera pd bahagian belakang iPhone anda seperti yg ditunjukkan dlm gambar berikut.

5. Pd bekas kotak handphone
Jika anda masih menyimpan kotak iPhone anda, cuba lihat pd bahagian belakang kotak tersebut. No IMEI ada dicetak pd bahagian bawah bersama-sama info lain seperti snombor siri.

Loading...

Tags: #Cara #Handphone #IMEI #Semak

author
Author: 
    Alieff Irfan akui filem separa lucahnya jejaskan maruah guru
    Filem ini telah pun dipadamkan di Youtube dan Facebook Video terbaharu personaliti Youtube
    Vicky Nitinegoro Ditangkap, Polisi: Kalau Gak Terbukti Narkoba Ya Dipulangkan!
    slidegossip.com – Model dan aktor tampan Vicky Nitinegoro kini tengah diamankan di Polda
    Diminta Jadi Ketua Umum Partai, Awkarin: Saya Gak Akan Ditunggangi Pihak Manapun!
    slidegossip.com – Selebgram kondang Awkarin kembali menyita perhatian publik. Setelah sebelumnya ia sempat
    Lucinta Luna Ketahuan Lagi Bernama Asli Muhammad Fatah dan Abash Adalah Wanita Bernama Dian Ayu?
    slidegossip.com – Nama Lucinta Luna sudah lekat dgn imej artis yg tak kenal

    Leave a reply "Cara Semak IMEI Handphone"