Cara Semak Dan Mohon Bantuan Musim Tengkujuh Secara Online Dan Borang Permohonan BMT

Cara Mohon Bantuan Musim Tengkujuh Secara Online Dan Borang Permohonan BMT | Berita baik buat 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah. Semasa pembentangan Bajet 2017, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Musim Tengkujuh RM200 sebulan utk 3 bulan. Bantuan yg diperkenal buat kali pertama ini akan dibayar bermula bulan November 2017 sehingga Januari 2018. Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2017 Online dan juga link muat turun borang secara manual.

Lembaga Getah Getah Malaysia (LGM) sbg agensi pelaksana telah membangunkan Sistem Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (Sistem Online) bertujuan utk memudahkan permohonan dibuat oleh Pekebun Kecil. Sbg alternatif, pemohon juga blh mengisi borang BMT yg blh dimuat turun di Laman Web LGM.

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 1 - Cara Semak Dan Mohon Bantuan Musim Tengkujuh Secara Online Dan Borang Permohonan BMT

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2017 secara online dan pengisian borang secara manual. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM261 juta bagi memastikan kebajikan para pekebun kecil terpelihara ketika musim tengkujuh.

Permohonan BMT telah dibuka mulai 1 September 2017 yg lalu. Mereka yg layak tetapi masih belum memohon adalah disarankan utk membuat permohonan sebelum 30 September bagi membolehkan utk menerima bantuan.

Syarat Permohonan BMT
Sebelum memohon. sila pastikan anda adalah :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pekebun Kecil
  3. Pemilik / Pengusaha Tanah
  4. Mempunyai tanah kebun
  5. Perlu berdaftar bersama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
  6. Mempunyai kad permit pengesahan transaksi getah (PAT-G)

1. Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Secara Online

Pemohonan blh membuat permohonan BMT secara atas talian dgn mengkases sistem permohonan di http://bmt.lgm.gov.my/

Nota : Permohonan BMT oleh Pengusaha

Pengusaha yg memohon Bantuan Musim Tengkujuh hendaklah memuat naik gambar resit yg sah. Kegagalan utk memuat naik resit yg sah akan menyebabkan kelewatan ataupun permohonan tuan/puan tidak dapat diproses. Tuan/Puan juga dinasihatkan supaya memasukkan nombor telefon pd ruangan yg disediakan.

resit jual beli getah - Cara Semak Dan Mohon Bantuan Musim Tengkujuh Secara Online Dan Borang Permohonan BMT
2. Muat Turun Borang Permohonan BMT
Pemohon yg layak juga blh mendapatkan borang permohonan seperti di bawah di Laman Web Rasmi Lembaga Getah Malaysia: http://www.lgm.gov.my/

Isi borang dan hantar ke di mana-mana cawangan pejabat Lembaga Getah Malaysia (LGM).

borang bantuan BMT 19 - Cara Semak Dan Mohon Bantuan Musim Tengkujuh Secara Online Dan Borang Permohonan BMT

Senarai Semak Permohonan BMT

Berikut adalah senarai semak permohonan BMT buat perhatian pengusaha dan pemilik.

  1. Borang permohonan yg lengkap dan telah ditandatangani/ online
  2. Salinan buku akaun bank yg AKTIF atau penyata bank
  3. Salinan Kad PAT-G
  4. Resit rasmi jualan getah (ASAL) bagi pengusaha sahaja* (seperti contoh di atas)

senarai semak permohonan bmt - Cara Semak Dan Mohon Bantuan Musim Tengkujuh Secara Online Dan Borang Permohonan BMT

Semakan Status Permohonan BMT
Permohonan dan semakan status permohonan BMT juga blh dibuat dgn memuat turun aplikasi telefon pintar dikenali sbg E-Bantuan.

Cara Hubungi
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan BMT, sila hubungi :-

Pejabat Cawangan LGM berhampiran click Direktori/ Hotline BMT 1-800-88-8474

ATAU

Malaysian Rubber Board
18th Floor Bangunan Getah Asli (Menara)
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Telefon : 03-9206 2000

Selamat membuat Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Online buat pekebun dan penoreh getah. Semoga permohonan bantuan anda berjaya dlm meringkan beban kewangan pd musim tengkujuh nanti.

Loading...

Tags: #Bantuan #Borang #Cara #Mohon #Musim #Online #Permohonan #SECARA #Semak #Tengkujuh

author
Author: 
    Wordless Wednesday #36
    The post Wordless Wednesday #36 appeared first on wanzawawinet.
    Setelah Cinta Itu Pergi Episod 17
    Drama Setelah Cinta Itu Pergi Episod 17 : Tamat sudah drama Jika Masih Ada
    Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur lembut Dan Sedap Macam KFC
    Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur lembut Dan Sedap Macam
    Download Jodoh-jodoh Annisa
    Salam drama,Siapa jejaka pilihan Annisa?Sinopsis -Jodoh-jodoh Annisa Download drama. Ep 1 follow admya

    Leave a reply "Cara Semak Dan Mohon Bantuan Musim Tengkujuh Secara Online Dan Borang Permohonan BMT"