Cara Semak Dan Daftar Portal MyASNB Utk Semak Baki & Penyata Online

borang bantuan BMT 18 - Cara Semak Dan Daftar Portal MyASNB Utk Semak Baki & Penyata Online

Cara Semak Dan Daftar Portal MyASNB Utk Semak Baki & Penyata Online | Kalau anda salah seorang yg masih belum daftar portal ini, digalakkan utk daftar secepat mungkin.

Seperti yg kita sedia maklum, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), yg mana merupakan pengurus dana amanah terbesar di Malaysia, telah pun melancarkan portal MyASNB pd akhir bulan Jun 2017 lalu.

Portal ini adalah utk digunakan oleh semua pelabur ASNB bagi urusan-urusan tertentu berkaitan 12 dana amanah yg dikendalikan ASNB, seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham Malaysia dan lain-lain dana yg dikendalikan.

Untuk senarai semua dana amanah yg diuruskan oleh ASNB, blh rujuk di sini: Dana Amanah ASNB

Jadi, jika anda merupakan pelabur kepada salah satu dana amanah yg dikendalikan oleh ASNB, maka digalakkan utk daftar portal MyASNB.

Lagipun, segala urusan berkaitan dana amanah ASNB selepas ini tidak lagi akan menggunakan buku akaun pelaburan seperti sekarang, sebaliknya akan menggunakan Kad Pengenalan MyKad sahaja (baca notis di sini)

Maksudnya, jika anda ingin melakukan transaksi pembelian atau penjualan unit pelaburan anda, sama ada di kaunter ASNB atau ejen-ejennya, buku akaun pelaburan tidak lagi akan digunakan, hanya perlu bawa MyKad sahaja.

Malah, mulai 2018, penyata agihan pendapatan, laporan thnan dan laporan interim bagi semua dana di bawah ASNB tidak lagi akan dihantar secara fizikal, tetapi akan dihantar secara elektronik menerusi emel atau portal MyASNB (baca notis di sini)

Atas sebab itulah, amat penting utk daftar portal MyASNB supaya dapat melihat penyata akaun pelaburan anda seperti baki, transaksi jual beli, agihan pendapatan, bonus dan maklumat peribadi.

Loading...

Tags: #Baki #Cara #Daftar #MyASNB #Online #Penyata #Portal #Semak

author
Author: 
    Sebut Orang Miskin Tularkan Penyakit? Yuri Dikritik Netizen: Corona Bukan Dari Orang Miskin Pak!
    slidegossip.com – Saat menyampaikan laporan terkini soal penanganan kasus corona atau covid-19, juru
    Dihina Tua dan Peot, Kirana Larasati Kasih ‘Tamparan’ Balik! Ini Kata-Kata Sadisnya!
    slidegossip.com – Kirana Larasati dikenal sbg artis yg rajin membagikan momen-momen aktifitasnya di
    Dulu Gak Percaya Tuhan Itu Ada, Kini 3 Artis Ini Peluk Islam! No 2 dan 3 Terlahir Muslim!
    slidegossip.com – Sejatinya semua makhluk hidup dan seisi alam semesta ini ada penciptanya.
    Basic Reading Material 02 (Flashcards)
    Reading is an important skill for success in any facet of life. Reading

    Leave a reply "Cara Semak Dan Daftar Portal MyASNB Utk Semak Baki & Penyata Online"