CARA REBUS SUP TULANG NOXXA 42 MINIT

ASSALAMUALAIKUM..
20180826 114939 01 - CARA REBUS SUP TULANG NOXXA 42 MINIT

CARA REBUS SUP TULANG NOXXA 42 MINIT || Semalam hujan renyai – renyai sejuk sampai ke tulang rasa. Kali ini kongsi cara simple nak rebus sup tulang, tulang lembu yg diguna bukan bahagian rusuk tapi tulang kepala lutut lembu, harap blh faham lah bahasa tu :D. Sekali tengok, macam mana nak mkn dah tulang besar sangat. Tak apa ada solusinya. Utk buat apa – apa sup, setia sangat guna sup bunjut adabi. Guna sup bunjut adabi dah tak perlu letak apa – apa tambahan lain dah, cukup ke semua rempah dlm sup bunjut adabi.

Kalau masak sup tulang, kat rumah memang pantang nak main tumis bagai, nanti ada yg merajuk tak mkn, abah la tu, kita ni faham sangat sup tulang macam ni kan memang akan keluar lemak- lemak dia kan, kalau tumis pulak lagi lah berminyak, kononnya nak sihat buat lah sekali harung macam “raja berangkat”. :D. Tapi lemak tetap ada.

20180826 125617 01 - CARA REBUS SUP TULANG NOXXA 42 MINIT

Selepas rebus siap HP dlm 42 minit, dah lembut elok dah. Bab tulang lembu ni, HP memang kena dlm 40 minit ke atas sebab nak bagi lembut isi tulang semua tu.Kalau dapat bahagian lembu tua, memang lama lagi la kena masak sebab lambat nak lembut. Ada pernah pergi HP sampai dlm 50 minit baru lembut ya..

Kalau tulang kepala lutut lembu macam ini, macam ni lah caranya terpaksa hiris – hiris daging yg ada di celah tulang, baru blh mkn. Kalau seketul besar macam tu nak mkn macam mana kan. Dah banyak kali dah buat macam ni senang sikit nak mkn. Kalau dapat tulang rusuk lembu tu lain la.

Jemput tonton video di bawah ya. Nanti next entri nak kongsi yg paling mudah nak buat menu sup tulang macam ni, tak perlu tumis bagai hii.

20180826 131636 01 - CARA REBUS SUP TULANG NOXXA 42 MINIT
Isi daging yg telah dihiris, ambil celah – celah tulang jerr ni dapat banyak ini.
CARA REBUS SUP TULANG NOXXA 42 MINIT

Bahan – Bahan

Tulang lembu anggaran berat dlm 1 kg – 1 1/2 kg
1 paket Sup bunjut adabi 
Air secukupnya
Cara – Cara 
1. Masukkan tulang lembu ke dlm periuk noxxa dan masukkan air nak dekat paras dgn tulang lembu. 
2. Masukkan sup bunjut adabi
3. Putar tombol ke pressure, tekan high pressure 42 minit dan tekan on
4. Selepas bunyi beep, tekan off dan putar tombol ke steam utk lepaskan wap
5. Dah siap

Yang ini tunjuk cara simple nak rebus tulang lembu, kalau menu utk sup tulang lembu, biasanya memang buat simple sangat tapi sedap. 


Loading...

Tags: #Cara #MINIT #Noxxa #Rebus #TULANG

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "CARA REBUS SUP TULANG NOXXA 42 MINIT"