CARA REBUS PERUT LEMBU NOXXA 30 MINIT

ASSALAMUALAIKUM..

20180825 123000 01 - CARA REBUS PERUT LEMBU NOXXA 30 MINIT

Salam semua buat pembaca 🙂

CARA REBUS PERUT LEMBU NOXXA 30 MINIT || Cerita hari raya korban lepas tak habis lagi. Biasa buat apa dgn perut lembu ni eh, Kalau kat sini tak ada menu lain dah, kena buat menu air asam. Nak buat air asam perut lembu memang elok sangat guna perut lembu yg fresh bukannya beli di sejuk beku macam kat pasar raya tu. yg itu memang tak sesuai nak buat air asam perut lembu sebab tak sedap. Ini kisah hari raya haji tak habis lagi. dapat la jugak perut babat semua campur.

Jadi nak masak sekali harung guna noxxa. Tak lain tak bukan resepi yg sesuai ialah air asam perut lembu, Memang sinonim dah di Kelantan semua bermenu air asam. Lembu korban yg kena sembelih ini lembu muda, daging pun masak lembut elok tak adalah masak terlalu lama sangat. Kalau yg lambat nak masak, daging liat dan lambat nak lembut,  ni bergantung kepada usia lembu, kalau lembu tua, daging pun memang liat lambat nak lembut. Perasan kan. Ke kita pulak cakap sorang – sorang. :D.

Ada rezeki nak mkn air asam perut lembu, terlebih dahulu kenalah bersihkan perut lembu dgn bersih buang segala kotoran.

20180825 132724 01 - CARA REBUS PERUT LEMBU NOXXA 30 MINIT

Seperti biasa rebus guna noxxa, mungkin ada lagi yg masih tak tahu kan. Kalau atas dapur memang mahu berjam – jam lah jugak. Gambar atas ini perut lembu yg dah masak, Cukup 30 minit high pressure. memang dah lembut elok dah.

20180825 140517 01 - CARA REBUS PERUT LEMBU NOXXA 30 MINIT

Perut lembu yg dah siap dihiris. Dan sedia utk dibuat air asam perut. Nantikan next entri ya utk air asam mudah yg biasa buat. 🙂

CARA REBUS PERUT LEMBU NOXXA 30 MINIT 

Bahan – bahan 

Perut lembu 
air secukupnya 
Cara – cara 

1. Perut lembu dicuci bersih 
2. Letak dlm inner noxxa dan masukkan air secukupnya, air jangan banyak sangat cukuplah sekadara paras perut lembu. Tak perlu sampai tenggelam, Perut lembu akan keluarkan air. 
3. Tutup tudung dan tombol ke pressure
4. Tekan High Pressure selama 30 minit dan tekan on
5. Selepas bunyi beep tekan off dan blh lepaskan wap tombol ke steam 
6. Dah siap. Memang lembut elok dah HP dlm 30 minit. 

Jemput tonton CARA REBUS PERLUT LEMBU NOXXA 3O MINIT DI MY YOUTUBE CHANNEL 

Loading...

Tags: #Cara #lembu #MINIT #Noxxa #Perut #Rebus

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "CARA REBUS PERUT LEMBU NOXXA 30 MINIT"