Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya, Simpan Pun Kena Betul…

Loading...

Untitled design 6 10 1 - Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya, Simpan Pun Kena Betul…

Daun pisang ni memang penting peranannya dlm sajian masakan dan kuih muih tradisi kita. Mknan yg dibalut dgn daun pisau nampak hijau cantik serta wangi baunya.

Untitled design 45 - Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya, Simpan Pun Kena Betul…

Kuih abuk-abuk, tepung telita, pulut inti manis, kuih kochi, lepat, pulut panggan dan pelbagai jenis mknan memang lebih enak bila dibalut atau dijadikan acuan drpada daun pisang.

Untitled design 3 22 - Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya, Simpan Pun Kena Betul…

Makanan juga tahan lama dan lebih selamat dgn pembalut duit pisang berbanding plastik yg mengandungi bahan kimia. Ni min kongsikan petua mengenai daun pisang..

CARA PILIH DAUN PISANG DAN CARA NAK GUNAKANNYA :

  • Pilih daun pisang yg sama lebarnya dan tidak terlalu tua. Sebab daun pisang yg tua akan keras dan sukar dibentuk.
  • Sebelum digunakan, jemur sebentar di bawah sinar matahari atau layurkan (lalukan di atas bara api) sehingga ‘lembut’dan mudah dibentuk bila dibalut nanti.
  • Cuci bersih lalu lap daun pisang sehingga kering.
  • Potong dgn ukuran yg sama, agar kuih-muih dibungkus sama seragam saiznya.
  • Ketika membuat kelongsong atau pembalut, pastikan balikkan daun pisang iaitu bahagian berwarna hijau menghadap ke dlm agar aromanya wangi.
  • Jika perlu gunakan lidi kecil utk menyemat dan mengemaskan pembalut daun pisang ini.

Untitled design 2 21 - Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya, Simpan Pun Kena Betul…

TIP TAMBAHAN SIMPAN DAUN PISANG

Baki daun pisang tu jangan dibiarkan layu begitu sahaja. Kalau betul cara simpannya blh aje tahan lama dan kekal  hijau warnanya. Bg mak-mak yg bawa balik daun pisang dlm kuantiti yg byk dr kampung, lagi pulak disimpan dlm but kerete ,ingat tau kena ‘disejukkan’ dulu daun pisang ni.

Berikut petua yg dikongsikan dlm FB Roslan Mamak Haji

1. Ketika gulung daun pisang jangan terlalu byk, satu gulung dlm 10 helai cukup dan ikat dgn getah.

Untitled design 1 27 - Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya, Simpan Pun Kena Betul…

2. Kemudian rendam daun pisang dlm baldi yg diisikan dgn air utk hilangkan haba

21767939 680966315444795 4692197374896928384 n - Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya, Simpan Pun Kena Betul…

3. Selepas bawa balik ke rumah rendam sekali lagi dlm air selama 15 sehingga 20 minit

Petua yg dilakukan di atas mampu mengelakkan daun pisang drpada menjadi lebam.

Cara lain simpan di rak sayur-sayuran di bahagian paling bawah peti sejuk . Tapi sebelum itu gulung daun pisang dan kemudian bungkus dgn kertas surat khabar dan ikat dgn tali getah. Masukkan gulungan ini di dlm peti atau rak sayur dlm peti sejuk.

Ni pulak resipi bonus kuih yg menggunakan pembalut daun pisang, jom cuba.

KUIH ABUK -ABUK

Untitled design 5 17 - Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya, Simpan Pun Kena Betul…

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan biji sagu
  • 2 cawan kepala parut putih
  • 3 sudu mkn gula merah
  • 3 sudu mkn gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • 10 calong daun pisang, lidi penyemat

CARA MEMASAK :

  1.  Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2.  Gaulkan sagu dgn kelapa dan tambahkan garam.
  3.  Campurkan gula merah dgn gula pasir.
  4. Masukkan dua sudu campuran sagu dlm ke dlm calong daun pisang.
  5. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan disudahi dgn satu sudu campuran sagu.
  6. Tutup calong dan sematkan dgn lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.
  7. Kuih abuk-abuk siap dihidangkan.

Saiz hidangan : 4- 5 orang mkn

Masa memasak : 15 minit

Cara memasak : Kukus

Jenis masakan : Kuih tradisional

Keistimewaan : Rasa sagu yg lembut dgn inti gula, pencuci mulut yg lemak manis.

Anggaran kos : RM 6

INFO CHEF : Gunakan sagu biji putih asli. Bahan yg bermutu dan asli menjamin kualiti kuih abuk-abuk yg lebih enak.

Komen anda

Loading...

Tags: #Betul #Cara #daun #Gunakannya #Kena #PILIH #Pisang #SIMPAN

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya, Simpan Pun Kena Betul…"