
Menu Ayam Goreng Berempah ni nampak mudah tapi utk dptkan serat-serat yg rangup dan bergumpal tu kena ada cara dan tekniknya. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni. Selamat mencuba.
CARA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam potong – potong 12-14
- 7-10 batang serai – potong dan kisar
- 3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
- 4 biji bawang merah – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 2-3 sudu mkn emping cili (chili flakes)
- 2 sudu mkn jintan manis – sangai dan kisar kasar
- 2 sudu mkn jintan putih – sangai dan kisar kasar
- 1 sudu mkn ketumbar – sangai dan kisar kasar
- 1-2 sudu mkn tepung beras @ tepung jagung (pilih salah satu sahaja)
- 1-2 inci halia – kisar
- Serbuk kari daging (agak-agak)
- Daun kari secukupnya
- Kiub pati ayam @ garam secukup rasa
- Serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan yg perlu dikisar. Satukan semua bahan diatas dan gaulkan bersama ayam.
2. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam. Namun jika nak cepat, tidak perlu perap.
3. Panaskan minyak yg byk dgn api besar. Goreng ayam yg diperap tadi.
4. Bila ayam dah kelihatan masak, perlahankan api. Bila warnanya dah kelihatan coklat dan rempah garing, blhlah diangkat.
5. Toskan minyaknya dan sedia utk dinikmati.
Kredit Resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Mohammad
Carian Berkaitan
resepi ayam goreng berempah chef wanTags: #Ayam #Berempah #Cara #GORENG #Masak #PERAP #Sedap