Cara Perap Kepak Ayam Madu Sedap mcm Pasar Malam

Untitled design 3 3 1 - Cara Perap Kepak Ayam Madu Sedap mcm Pasar Malam

Pernah tak anda ke pasar malam semata-mata nak beli kepak ayam madu tu? Mkn panas-panas memang layan sungguh! Nak cuba buat secara homemade? Jom cuba resipi perkongsian saudara Haerme Abd Rahman dan lihat bahan-bahan yg anda perlukan.

CARA PERAP KEPAK AYAM MADU PASAR MALAM

Ini resepi saya berniaga dulu, kepak ayam madu. Resepinya cukup ringkas, pulangannya insyallah lumayan. Cuma sekarang dah pencen. Berniaga benda lain pulak. Nama saja madu, tapi pakai gula. Kahkah…Cubalah, share dgn kawan kau yg lain. – Haerme Abd Rahman ( pemilik resipi)

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg kepak ayam
  • 2 labu bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 10 batang serai
  • 2 sudu mkn serbuk kunyit
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 1 cawan gula putih dan gula perang ( lebih kurang)
  • 2 sudu mkn serbuk cili
  • Pewarna merah secukupnya

23316324 575202986204845 1265103336710789548 n - Cara Perap Kepak Ayam Madu Sedap mcm Pasar Malam

CARA MEMASAK:

1. Kisar semua bahan ( kecuali kepak ayam dan pewarna) sehingga halus.

2. Titiskan sedikit pewarna pd ayam dan tuang bahan kisar. Perap semalaman.

23319208 575202976204846 9174904616762900915 n 1 - Cara Perap Kepak Ayam Madu Sedap mcm Pasar Malam

3. Utk memasaknya, nyalakan arang dan bakar kepak ayam sehingga masak.

4. Sedia utk dinimati.

23316499 575203036204840 5494196249405575085 n - Cara Perap Kepak Ayam Madu Sedap mcm Pasar Malam

NOTA:

1. Lagi lama ayam diperap, lagi enak rasanya.

2. Paling sedap jika dibakar menggunakan arang kerana ayam akan rasa asap dan sedikit hangus. Berbanding jika dimasak menggunakan ketuhar.

3. Jika masak menggunakan ketuhar, guna suhu 170C-200C dan bakar kepak ayam selama 15-20 minit bergantung kepada saiz dan berat ayam.

Kredit resipi & foto: Haerme Abd Rahman

Komen anda

Loading...

Tags: #Ayam #Cara #Kepak #MADU #malam #pasar #PERAP #Sedap

author
Author: 
    Cara Membuat Bihun Goreng – How To Make Indonesian Style Fried Rice Vermicelli II Cook Like Kayka
    cook like kayka, bihun goreng, how to prepare bihun goreng sederhana, Indonesian style
    Pepe, Kek, and the Rise of an Elder God
    The Pepe/Kek phenomenon is far more than just an amusing meme; it’s a
    MEE GORENG
    My take on making Mee Goreng . If you enjoy, give it a
    Cara Masak Yang Unik
    Cara Masak Yang Unik Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "Cara Perap Kepak Ayam Madu Sedap mcm Pasar Malam"