Cara Paling Mudah Buat Putu Bambu Sedap Secara Homemade.

Untitled design 8 2 1 - Cara Paling Mudah Buat Putu Bambu Sedap Secara Homemade.

Terasa nak mkn Putu Bambu atau Putu Piring homemade tapi tak ada acuan? Usah risau, guna je acuan lompang  yg ada di rumah. Jadilah namanya Putu Lompang. Ha…Mudah je nak buat ni. Empunya resipi; Eiriya Azira hanya guna 3 bahan je dan sedikit ubah suai pd resepi asal. Rasanya sedap mcm yg dibeli dekat pasar malam. Bg yg nak cuba, blh ikut langkah-langkah di bawah ni.

RESIPI PUTU LOMPANG

BAHAN-BAHAN:

  • Kelapa
  • Tepung beras
  • Gula melaka

* jumlah tepung dan kelapa ikut citarasa. Jika nak hasilkan byk, lebihkan jumlahnya.

CARA MEMASAK:

1. Sangai tepung beras tanpa minyak. Jangan sampai hangit tau. Sejukkan seketika.

26001293 1766825516957304 7299405702224842731 n - Cara Paling Mudah Buat Putu Bambu Sedap Secara Homemade.

2. Hancurkan atau parutkan gula melaka sampai hancur. Nak tumbuk pun blh.

3. Masak air bersama daun pandan dlm periuk. Biar air tu jadi wangi.

4. Ambil tepung yg telah disangai tadi. Bila dah sejuk sikit, gaulkan dgn kelapa parut. ( sis ubah resipi asal).

5. Kemudian masukkan sedikit garam.

6. Ambil air panas yg dimasak bersama daun pandan tadi. Renjis-renjiskan dlm tepung dan gaul sampai jadi mcm serbuk roti.

25594144 1766825553623967 6881970357723527808 n - Cara Paling Mudah Buat Putu Bambu Sedap Secara Homemade.

7. Ambil acuan lompang dan sapu sedikit minyak masak. Masukkan sedikit adunan tepung ke dlm acuan. Tekan sikit supaya pdt.

25659873 1766825586957297 7277997058638453539 n - Cara Paling Mudah Buat Putu Bambu Sedap Secara Homemade.

8. Seterusnya letak gula melaka diikuti adunan tepung. Jumlahnya cukup sekadar menutup permukaan gula. Tekan-tekan supaya mampat. Ulang langkah sehingga habis.

25594236 1766825626957293 9124595633629144791 n - Cara Paling Mudah Buat Putu Bambu Sedap Secara Homemade.

9. Kukus putu tadi selam 3-4 minit. Kemudian terbalikkan acuan dan kukus lagi selama 2-3 minit. Bila terbalikkan acuan, kuih tak akan jatuh kerana sewaktu isi tepung tadi, adunan sudah dimampatkan.)

26001280 1766825683623954 5521262804060251587 n - Cara Paling Mudah Buat Putu Bambu Sedap Secara Homemade.

10. Angkat dan keluarkan putu dr acuan. Sedia utk dinikmati.

25659357 1766825480290641 445340500687018966 n - Cara Paling Mudah Buat Putu Bambu Sedap Secara Homemade.

NOTA:
Semasa isi tepung ke dlm acuan, kalau blh jangan penuhkan acuan sebab putu ni tak blh tebal sangat. Acuan lompang kan tinggi. Jadi kalau blh jangan penuh. Sebab takut nanti putu tak masak dan rasa tepung je.

Kredit resipi & foto: Eiriya Azira 

Komen anda


Loading...

Tags: #Bambu #Buat #Cara #Homemade #Mudah #Paling #Putu #SECARA #Sedap

author
Author: 
    Mee Goreng Daging Sedap
    Detail recipe, please click my blog at http://www.aziekitchen.com/2017/11/mee-goreng-daging-yang-sedap.html Please follow me at :
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam

    Leave a reply "Cara Paling Mudah Buat Putu Bambu Sedap Secara Homemade."