Cara Nak Masak Agar – Agar Pandan Noxxa, Cepat Dan Jimat Masa

Loading...

Cara Nak Masak Agar – Agar Pandan Noxxa, Cepat Dan Jimat Masa || Salam semua, Selamat bercuti dan selamat balik kampung. Utk entri lepas, ada kongsi cara nak buat ekstrak pandan secara homemade kan. Kali ini nak berkongsi cara nak masak agar – agar pandan Noxxa, memang cepat dan jimatkan masa. Banyak kali dah buat ni dlm noxxa, cuma baru berkesempatan rajin nak shoot video.

Cara Nak Masak Agar - Agar Pandan Noxxa, Cepat Dan Jimat Masa

Banyak resepi agar – agar, agar – agar pandan la yg blh masuk tekak. Semua blh mkn hii. Yg paling cepat nak rebus agar – agar dlm noxxa dan tak payah rendam. Cukup 6 minit high pressure dah hancur. Kerja pun jadi cepat sikit.

Cukup 1 loyang nak bawa ke rumah mak saudara. Walaupun dah guna pewarna asli dan bau daun pandan, still juga tambah pewarna hijau tiruan. Sebab biasanya tak nampak hijau sangat, kena tambah pewarna hijau sikit. Tapi bau memang bau pandan asli.

Cubalah ya resepi dah diolah ikut nak guna periuk noxxa ni. Jemput tonton juga video kat bawah dan jemput subscribe juga. Terima kasih. 🙂

Baca juga >>> cara buat ekstrak pandan asli secara homemade lagi selamat dan mudah

Cara Nak Masak Agar - Agar Pandan Noxxa, Cepat Dan Jimat Masa

Cara Nak Masak Agar – Agar Pandan Noxxa, Cepat Dan Jimat Masa

Bahan-bahan

30 gm agar – agar
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan air pandan (blender pandan)
1 sudu teh pewarna hijau epal
4 1/2 cawan air
1 1/2 cawan santan (campur pekat + cair)
1 biji telur

Cara – Cara

1. Masukkan agar-agar, gula,air dan air pandan ke dlm periuk noxxa.
2. Tutup dan tekan high pressure 6 minit tekan on, pastikan tombol ke pressure.
3. Selepas bunyi beep, tekan off, putar tombol ke steam utk lepaskan wap.
4. Buka tudung, kacau sekejap dan masukkan pewarna hijau sikit.
5. Dlm bekas yg lain, pukul telur. Masukkan telur yg dipukul ke dlm bekas santan. Gaul rata.
6. Masukkan santan yg telah dicampur dgn telur ke dlm periuk tadi. Semasa tuang sambil kacau cepat – cepat sikit, nak elakkan sebahagian telur jadi masak.
7. Tekan stir fry dan tekan on tunggu sehingga mendidih kuat sikit, nampak macam nak naik ke atas terus tekan off.
8.Angkat periuk dlm noxxa dan sebelum tu loyang dibilas dgn air sekejap. Sendukkan perlahan – lahan masukkan dlm loyang.
9. Sejukkan di luar sekejap sebelum masukkan di dlm peti bawah.
10. Selepas disejukkan blh potong dan siap utk dihidangkan

Loading...

Tags: #AGAR #Cara #Cepat #JIMAT #masa #Masak #Noxxa #Pandan

author
Author: 
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk
    Ini 10 Smartphone Dgn Tingkat Radiasi Terendah
    Beberapa waktu lalu, kita telah membahas 10 smartphone dgn radiasi tinggi yg berpotensi
    Awas, Ini Daftar 10 Smartphone Dgn Radiasi Tertinggi
    Radiasi smartphone beberapa thn lalu menjadi momok yg ditakuti oleh kebanyakan orang. Byk

    Leave a reply "Cara Nak Masak Agar – Agar Pandan Noxxa, Cepat Dan Jimat Masa"