Cara Mudah Utk Membersihkan Air Fryer Ikut Pengalaman Sendiri || Salam semua,
Sekarang, air fryer dah berlambak di pasaran. Mungkin atas faktor utk menyediakan mknan dgn cepat, lebih – lebih lagi buat ibu bekerjaya yg begitu sibuk dan memang memerlukan gajet dapur seperti air fryer.

Kalau dulu, macam orang kaya – kaya yg pakai air fryer, sekarang harga dah mampu milik utk kegunaan di dapur. Jenama air fryer pun begitu banyak di pasaran.
Hari ini nak berkongsi sedikit tentang tips penjagaan air fryer macam mana. Masuk bulan 3 memang dah setahun dah guna air fryer Haier. Dah hampir setahun guna, macam – macam dah masak dlm air fryer.
Nasib baik la tak jadi tukun jugak hii, selalu guna sebab letak atas kabinet dapur. Jadi ada jerr benda nak goreng dlm tu. Setakat ini, alhamdulillah ok guna tak ada rosak. Nak jaga tu tak susah mana, nak cuci tu susah sikit hii, sebabnya kalau jenis yg malas – malas sikit, memang tak tercuci la air fryer. Nak tak nak dah kotor kan kena lah cuci nak bagi bersih.
Tips nak cuci air fryer ni tak ada susah sangat pun yg penting rajin. Barang gajet dapur ni kalau malas nak jaga baik tak payah pakai :D. Barang nak tahan lama kan kena jaga elok – elok ya.
Lagi satu, kalau ada setengah orang siap ada berus khas macam – macam kan, tapi kita tak guna apa – apa pun just guna tisu dan juga wet tissue terutamanya nak lap bahagian atas kat lingkaran tu.
Jom lah baca tips yg biasa buat nak cuci air fryer cara saya.
Cara Mudah Utk Membersihkan Air Fryer Ikut Pengalaman Sendiri
1. Utk penjagaan basket pan, Kalau goreng mknan jenis berminyak, selepas menggoreng, biarkan sejuk terlebih dahulu kemudian baru bilas dgn air paip utk buang segala kotoran yg melekat
2. Sekiranya perlu, blh rendam sekejap dgn air nak bagi mudah tanggal.
3. Selepas rendam, tuang kan air panas ke dlm basket pan dan juga jaringan nak bagi minyak yg melekat keluar
4. Kemudian terus cuci dgn cecair pencuci, biasa guna sunlight utk tanggalkan kotoran minyak yg degil. Buat macam ni mudah sikit minyak degil tanggal kalau nak banding cuci dgn air paip sejuk
5. Sekiranya ada goreng daging burger atau daging kambing, lebik baik biarkan lemak yg turun dlm basket semalaman sebab lemak ini akan beku. Keesokannya,ambil tisu dapur buang lemak beku dan basuh macam cara nombor 3
6. Satu lagi, biasanya lama- lama kita guna air fryer bakul dia tu, memang akan terlekat baki – baki gris yg di celah- celah jaring tu. Nak tanggalkan senang jer, selepas basuh, basket jaring tu masih basah- basah, ambil cotton bud guna nak cuci celah – celah tu, tekan biar kuat sikit. sampai gris melekat di cotton bud. Itu jerr cara yg buat, paling tidak pun tanggal la juga sikit – sikit drpada tak buat langsung.
7. Kalau rajin, bersihkan seminggu sekali terutamanya di bahagian lingkaran dan juga dlman air fryer tu, kalau guna kerap sangat air fryer, kalau tak guna kerap sangat blh jarakkan sikit nak bersihkan.
Kadang – kadang kita tak perasan gris melekat kat celah jaring tu, bila banyak sangat baru perasan.
Kepada sesiapa yg bercadang nak beli air fryer, direkomenkan sangat – sangat ya, memang mudahkan kerja dapur, macam kita yg family kecik ni, oven tak terusik dah, berhabuk huu. asyik sayang kat air fryer lebih ni. 😀
Biasa nak cuci celah celah lingkaran ni guna tisu basah ataupun wet tissue, kalau guna wet tissue, selepas lap, pastikan cuci sekali lagi dgn tisu basah biasa nak hilangkan bau wet tissue
Nak cuci basket guna berus lembut dan cecair pencuci yg biasa digunakan utk menghapuskan minyak degil adalah sunlight. Cecair pencuci kegemaran.
Ini lah cara yg biasa buat nak tanggalkan gris yg melekat di basket. Guna cotton bud, Selepas basuh basket semua, tengah basah tu, ambil cotton bud terus cuci yg mana ada lekat gris celah – celah tu.
Itu saja tips mudah dan senang lah, tak ada buat pelik bagai, ada nampak kat youtube cara nak cuci siap dgn air bagai tu, tak pernah buat cara macam tu, ada siapa yg ikut tak cara tu, katanya senang nak tanggalkan gris yg melekat celah – celah lingkaran tu. Terfikir juga nak buat tapi tak berani nak buat pulak.
Walaupun lap dgn tisu tonyoh sikit kuat- kuat, tapi masih ada juga lah kesan gris tu, nak buat macam mana yg nak hilang tu syukurlah.
Ok selamat mencuba. :). Korang pun blh kongsi tips masing – masing 🙂
Carian Berkaitan
cara membersihkan air fryerTags: #Cara #FRYER #Ikut #Membersihkan #Mudah #Pengalaman #sendiri