Cara Mudah Periksa Paras Minyak Hitam Kereta

Loading...

Cara Mudah Periksa Paras Minyak Hitam Kereta | Topik periksa paras minyak hitam kereta ramai yg ambil mudah dan senang sedangkan ramai pengguna kereta masih tidak peka dan peduli cara periksa paras minyak hitam yg blh menyebabkan kerugian di kemudian hari.

Apabila memeriksa paras minyak di dlm enjin dgn tepat, kereta mestilah dlm paras atau keadaan rata (tidak senget), dan mestilah enjin dlm berkeadaan sejuk. Kalau dlm keadaan panas blh mengundang bahaya kepada anda.

a 3 - Cara Mudah Periksa Paras Minyak Hitam Kereta



Sesetengah orang enggan membuka ‘crankcase’ atas sepenuhnya, dan mereka selalu memeriksa ‘dipstick’ sejurus mematikan enjin kenderaan. Memeriksa paras minyak dgn cara ini memberi bacaan yg mengelirukan kerana kuantiti minyak (biasanya setengah liter) sebahagiannya masih terdapat di ‘oilway’ dan ‘passages’ di dlm enjin, dan mengambil masa utk mengalir turun ke ‘crankcase’. (di dlm gambar; bahagian berwarna biru menunjukkan di mana minyak masih mengalir turun ke dlm ‘sump’).

Dalam keadaan paras minyak enjin yg bukan sebenar seperti tertera pd ‘dipstick’, mereka kemudian menambah lagi minyak ke dlm enjin. ‘Oilways’ dan ‘passages’ yg kosong, dan kemudian enjin dipenuhi lebih minyak pelincir, melebihi paras penanda ‘MAX’ pd ‘dipstick’.

Apa yg berlaku apabila paras minyak pelincir enjin melebihi tahap ‘MAX’.



Anda telah menambah minyak pelincir ke dlm enjin setelah enjin panas dan selepas melihat paras minyak pd ‘dipstick’ yg tidak tepat, atau anda mengisi minyak pelincir melebihi tahap yg sepatutnya apabila anda menukar minyak hitam. Apakah perkara buruk yg berlaku? Masalahnya adalah ketika anda menghidupkan enjin kemudiannya, ‘windage’ pd ‘crankcase’ serta tekanan lain yg terhasil drpada pengoperasian minyak di dlm enjin, dsb.

Berikutnya, tidak beberapa lama kemudian, pelindung ‘bearing’ utama bahagian belakang akan pecah dan enjin akan bocor. Jika anda menggunakan gear manual, ini bermaksud minyak yg bocor akan terkena pd flywheel dan permukaan cakera klac. Klac yg berminyak membawa pd situasi yg tidak bagus. Ini amatlah rugi jika dibiarkan.

Jika anda masih tidak perasan kebocoran ini, ia seterusnya akan menjejaskan pelindung ‘bearing’ utama bahagian hadapan pula, serta enjin akan memercikkan lagi minyak (atau ia akan mula menumpahkan minyak di setiap laluan). Secara kasarnya drpada minyak yg bocor ia blh mendatangkan kerosakan terhadap kesuluruhan enjin termasuk cakera brek.

Pada masa yg sama ia juga blh memburukkan keadaan dlm enjin. Seperti yg blh kita lihat pd gambar rajah, paras minyak yg sebenar terletak berhampiran dgn ‘crank’ / engkol yg berpusing. Apabila minyak melebihi paras yg sepatutnya ‘crank’ akan tenggelam ke dlm minyak dan menghasilkan buih. Buih sangat diperlukan pd setiap kopi yg sedap 😛 tapi ia tidak bagus utk enjin.

Pencapuran minyak dgn udara akan mmberi tekanan kepada ‘bearing’ dan utk pengetahuan anda udara bukanlah bahan pelincir. Pd asasnya ‘bearing’ akan rosak secara berterusan lebih-lebih lagi apabila anda memandu di jalan raya. Anda akan tahu ‘bearing’ enjin anda rosak bila situasi ini betul-betul berlaku kepada anda.

Enjin anda akan berbau seperti minyak enjin yg terbakar dan bunyi bising akan kedengaran. Dlm situasi yg lebih teruk minyak enjin blh memasuki ruang pembakaran minyak petrol dan menjejaskan prestasi enjin dan keadaan bahagian pembakaran petrol.

Jadi waktu bilakah yg paling sesuai utk memeriksa paras minyak pelincir enjin.

Jika enjin kenderaan anda sejuk (contohnya setelah semalaman di garaj) anda blh terus periksa paras minyak enjin anda. Minyak pelincir telah pun mengalir sepenuhnya ke dasar tangki. Cuma pastikan kedudukan kenderaan yg rata.

Jika enjin masih panas (setelah dipandu) maka anda perlulah tunggu lebih kurang 30 minit supaya kebanyakan minyak betul-betul mengalir ke bawah. TETAPI ada sesetengah kenderaan (seperti di sarankan oleh pengilang kenderaan di dlm Buku Manual) perlu diperiksa ketika enjin beroperasi atau pd suhu tertentu seperti Porcshe Carrera ’92 dan beberapa lagi.

sumber 

Video Cara Mudah Periksa Paras Minyak Hitam Kereta Yg Betul



Carian Berkaitan

Minyak enjin mail, Minyak enjin di paras max, Minyak hitam kereta melebihi paras max
Loading...

Tags: #Cara #HITAM #Kereta #MINYAK #Mudah #Paras #Periksa

author
Author: 
    Ketua Juri Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak akan diambil tindakan – KPM
    Putrajaya, 15 Okt – Isu debat Bahasa Inggeris yg tular di media sosial
    Apa Itu Deepfake dan Inilah Bahayanya
    Aplikasi kamera saat ini sudah sedemikian canggih. Para pengguna sekarang bisa membuat kaki
    [Video] Tular di media sosial, kenali insan istimewa ini secara lebih dekat
    Luar biasa. Walaupun dilahirkan tanpa tangan, Puan Nor Farrah Syahirah Shah Ikon Inspirasi
    Kementerian Pendidikan digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak
    SHAH ALAM – Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

    Leave a reply "Cara Mudah Periksa Paras Minyak Hitam Kereta"