Cara Mudah Masak Asam Pedas Tetel Yg Sedap & Tak Liat.

untitled design 04 37 505939 1 - Cara Mudah Masak Asam Pedas Tetel Yg Sedap & Tak Liat.

Asam pedas ni ada bermacam-macam jenis. Ada Asam Pedas Kembung, Asam Pedas Pari, Asam Pedas Sotong, Asam Pedas Ayam dan byk lagi. Kalau Asam Pedas Daging pula, paling sedap guna daging tetel. Ada lemak-lemak sikit, lembut-lembut kenyal rasa dia. Memang best! Terasa nak cuba? Jom cuba resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni. Selamat mencuba!

RESIPI ASAM PEDAS DAGING TETEL

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging tetel
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 3-4 helai daun limau purut – buang tulang tengah
  • 3 batang serai – ketuk

BAHAN KISAR HALUS:

  • [email protected] tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

CARA MEMASAK:

  1. Rendam cili kering, jintan dan lada hitam dlm air panas terlebih dahulu sebelum dikisar halus.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
  3. Seterusnya masukkan daging tetel. Masak sampai air daging keluar.
  4. Tambahkan air asam jawa, serai dan daun limau purut. Biarkan mereneh seketika.
  5. Perasakan dgn garam dan gula melaka dgn secukupnya. Teruskan masak sehingga daging empuk.
  6. Angkat dan sedia utk dinikmati.

33751427 196639624298117 8908148976658677760 n 04 40 252477 - Cara Mudah Masak Asam Pedas Tetel Yg Sedap & Tak Liat.

INFO: Daging tetel blh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan blh masukkan ke dlm kuah nanti.

Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria


Loading...

Tags: #ASAM #Cara #liat #Masak #Mudah #PEDAS #Sedap #TETEL

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.