Cara Mudah Dan Cepat Nak Masak Sambal Sardin Guna Ikan Sardin Adabi, Sedap Berbaloi

Cara Mudah Dan Cepat Nak Masak Sambal Sardin Guna Ikan Sardin Adabi, Sedap Berbaloi||
Salam semua, lama rasanya tak mkn ikan sardin dlm tin, sejak isu ada cacing dlm ikan sardin dlm tin, agak lama juga berhenti mkn. Jenama ikan sardin dlm tin dah berlambak – lambak di pasaran kan, sampai kita pun naik keliru.

Akhirnya tewas sebab dah lama tak mkn ikan sardin. hii Dan pilihan terakhir sekarang adalah ikan sardin Adabi.

C360 2018 12 14 13 27 33 162 01 - Cara Mudah Dan Cepat Nak Masak Sambal Sardin Guna Ikan Sardin Adabi, Sedap Berbaloi

Nak cari yg halal toyyiban tu bukan senang, Adabi memang dah jenama yg sejak dulu – dulu lagi, memang pilihan mak – mak kita juga ni. Sampai lah sekarang. Walaupun agak mahal sikit, tapi agak berbaloi lah sebab apa, ikan sardin Adabi memang sedap lah bau tumisannya tu, buka sahaja penutup kat atas, semerbak bau, ia tak macam dgn ikan sardin lain.

Sekarang produk Adabi dah banyak, macam – macam ada dah.

Resepi mudah dan cepat cara kita, ada nak tahu tak, walaupun ramai yg pandai masak ni, dah nama ikan sardin kan yg dah siap, cuma kita perlu tumis dan add on bahan lain utk lagi sedap. Tapi tak tahulah takut korang pun ada lagi add on bahan lebih sedap.

Kalau mkn ikan sardin tak ada lauk lain pun tak apa, bukan setakat mkn dgn nasi, cicah dgn roti ke, lempeng ke memang menyelerakan. Jomlah siapa nak cuba tu versi kita hii, yg mudah cepat dan senang tapi ambil masa sikit sebab nak empukkan ubi kentang tu. Kalau tak dlm 10 minit dah siap.

Yang mana nak goreng dgn minyak pun blh, nak goreng dlm air fryer pun blh, macam seakan sama jerr bau hangus – hangus macam tu, cuma yg air fryer tak ada minyak.

Jemput tonton di my youtube channel dan jemput subscribe juga. terima kasih.

Cara Mudah Dan Cepat Nak Masak Sambal Sardin Guna Ikan Sardin Adabi, Sedap Berbaloi

Bahan – Bahan
1 tin sardin Adabi
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
3 tangkai lada burung hijau dan merah
2 biji ubi kentang kupas kulit dan belah 4
1/2 labu bawang kuning dipotong baji
1 sudu besar cili giling
Air secukupnya
Garam secukupnya

Cara – Cara
1. Pertama sekali, ikan sardin diasingkan dr sos dan goreng terlebih dahulu, kalau ada air fryer, lagi selamat tak ada letup – letup. Cara nak goreng dlm air fryer, blh tonton video di bawah ya
2. Bawang putih dan lada burung diketuk
3.Panaskan minyak, dan tumis daun kari sehingga wangi, masukkan  lada burung dan bawang putih yg diketuk. Tumis sampai naik bau
4. Masukkan cili giling, tumis lagi sehingga naik bau
5. Masukkan lebihan sos sardin adabi, air secukupnya dan ubi kentang
6. Tutup dan biarkan sehingga ubi empuk
7. Bila ubi kentang dah empuk, masukkan ikan sardin dan kacau rata
8. Masukkan bawang besar, sampai layu sikit, masukkan garam secukup rasa
9. Siap utk dihidangkan


Loading...

Tags: #Adabi #BERBALOI #Cara #Cepat #Guna #IKAN #Masak #Mudah #Sambal #SARDIN #Sedap

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Cara Mudah Dan Cepat Nak Masak Sambal Sardin Guna Ikan Sardin Adabi, Sedap Berbaloi"