Cara Mudah Buat Tat Telur, Enak Rasa Dan Tidak Hanyir

image 7 1 - Cara Mudah Buat Tat Telur, Enak Rasa Dan Tidak Hanyir

Sukanya menikmati tat telur. Baunya saja sudah cukup buat anda terliur nak menikmatinya segera. Kalau dah suka blh hadap semua sekali dlm satu masa. Pastri yg rangup, inti kurang manis dan tidak hanyir menjadikan tat ini sangat enak dinikmati pd bila-bila masa. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.

BAHAN-BAHAN:

Inti tat:

  • 5 biji telur
  • 250ml krim putar
  • 175gm gula kastor
  • 125ml susu segar
  • 1 sudu mkn tepung gandum
  • 1/2 sudu teh esen vanilla

Kulit Tat:

  • 150gm tepung gandum
  • 6 sudu mkn mentega sejuk | dipotong dadu
  • 125ml air sejuk
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula halus

CARA MEMASAK:

1.    Bagi menyediakan kulit tat, panaskan ketuhar pd suhu 180C.

2.    Pada masa yg sama, campurkan tepung gandum, garam dan gula ke dlm mangkuk besar.

3.    Kemudian cubitkan mentega sejuk dgn campuran tepung sehingga bergumpal dan tambah air sejuk sedikit demi sedikit sedikit sehingga adunan lembut.

4.    Kepalkan menjadi bola dan bungkus dgn pembalut plastik. Simpan di dlm peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.

5.    Tabur sedikit tepung dan uli doh sederhana tebal dan letakkan doh ke dlm acuan. Cucuk- cucukkan pai dgn garfu supaya kulit pai masak sempurna.

6.    Bakar selama 15 minit sehingga kulit tat kelihatan separuh masak. Sejukkan seketika sebelum diisi dgn inti.

7.    Untuk menghasilkan inti tat, satukan  kesemua bahan dan pukul sehingga sebati. Tapis dan tuang ke dlm kulit pai yg telah dimasak tadi.

8.    Masukkan kembali ke dlm ketuhar dan bakar sehingga tat masak.

Komen anda

Loading...

Tags: #Buat #Cara #Enak #Hanyir #Mudah #Rasa #TELUR #tidak

author
Author: 
    Resepi Puding Milo Oreo
    Ade yg Kate Puding Oreo Milo ni tengah viral skg. Betul ke? Rasenye
    RESEP TTEOKBOKKI – Rice cake – Gochujang
    Hai guys kali ini sy mo share resep Tteokbokki (spicy Korean Food) salah
    Nasi Goreng, Indonesian Fried Rice Recipe
    Nasi Goreng is just an exotic name for Fried Rice…so we hear! But
    Resepi Sagu Gula Melaka
    Atas permintaan ramai yg suruh akak buat semula sagu gula melaka.. ni khas

    Leave a reply "Cara Mudah Buat Tat Telur, Enak Rasa Dan Tidak Hanyir"