Cara Mudah Buat Murtabak Ayam Mini Guna Kulit Popia

untitled design 18 14 18 765521 - Cara Mudah Buat Murtabak Ayam Mini Guna Kulit Popia

Jom cuba buat Murtabak Ayam Mini secara homemade. Maklumlah, bila tiba Ramadan, murtabak antara hidangan ringan yg digemari ramai. Jika ahli keluarga ramai, blh tahan juga harganya kalau dibeli. Jadi apa kata, cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Saya CikPuan Hanani ni. Mudah je. Jom lihat bahan-bahan yg diperlukan.

MURTABAK AYAM MINI BERKEJU

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit popia secukupnya
  • 2 biji telur
  • Kepingan keju cheddar
  • Daun sup & daun bawang secukupnya – hiris
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit tepung gandum – bancuh dgn sedikit air utk dijadikan gam

BAHAN INTI:

  • Isi ayam @ daging – cincang
  • Ubi kentang – potong dadu
  • Lobak merah – potong dadu
  • 1 paket kecil rempah kari daging
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 biji bawang besar – potong dadu
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak masak utk menumis

CARA MEMASAK:

1. Bg menyediakan inti, panaskan kuali dan tuang sedikit minyak masak. Tumis bawang yg dihiris sehingga wangi.

2. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis rempah sehingga pecah minyak.

3. Seterusnya masukkan isi ayam, kentang dan lobak merah. Masukkan air sehingga separas dgn bahan-bahan yg dimasak.

4. Setelah inti hampir kering, perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Blh juga letak serbuk perasa.

5. Masak sehingga inti betul-betul kering. Sejukkan.

6. Utk membuat murtabak, pecahkan telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan inti yg dimasak tadi.

7. Masukkan daun sup dan daun bawang jika suka. Kacau sebati.

32332587 1657016274414924 5796409539657990144 n - Cara Mudah Buat Murtabak Ayam Mini Guna Kulit Popia

8. Ambil kulit popia, letak atas dulang. Letak sekeping keju di tengah-tengahnya.

32579354 1657016244414927 758852804885348352 n 1 - Cara Mudah Buat Murtabak Ayam Mini Guna Kulit Popia

9. Ambil 3 sudu mkn inti yg dicampur dgn telur tadi dan letak di atas keju.

32474115 1657016324414919 4906346978528460800 n 1 - Cara Mudah Buat Murtabak Ayam Mini Guna Kulit Popia

10. Lipat kulit popia denga kemas dan sapu bancuhan tepung gandum pd lipatan terakhir.

32440424 1657016221081596 5808011436030427136 n 1 - Cara Mudah Buat Murtabak Ayam Mini Guna Kulit Popia

11. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Masak murtabak mini sehingga masak dan berwarna keemasan.

32456354 1657016371081581 2737897344593821696 n 1 - Cara Mudah Buat Murtabak Ayam Mini Guna Kulit Popia

32294564 1657016347748250 8512919716644257792 n - Cara Mudah Buat Murtabak Ayam Mini Guna Kulit Popia

Kredit resipi & foto: Saya CikPuan Hanani


Loading...

Tags: #Ayam #Buat #Cara #Guna #Kulit #Mini #Mudah #Murtabak #Popia

author
Author: 
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:
    Tomat Lebay – Nasi Goreng !
    Ini Video Waktu Tomat Lebay masih kecil heheh … Tomat Lebay – Bakwan
    Tutorial memasak TERONG BALADO – Resep memasak Terong Balado
    Cara Membuat: Iris terong ungu masing-masing menjadi 4 bagian kira-kira 10cm, tiap bagian
    Cara Membuat Bihun Kuah – Resep Mudan dan Enak
    Cara Membuat Bihun Kuah – ingin membuat masakan yang stu ini tapi masih

    Comments are closed.