Cara Menyediakan Baja Organik Buatan Sendiri

vegetable garden design 1 - Cara Menyediakan Baja Organik Buatan Sendiri

Kembangkan keperluan runcit anda sendiri dgn baja buatan sendiri
Terdapat di kalangan kita yg meluangkan masa utk berkebun biarpun sedikit kerana hasil kawasan belakang rumah jauh lebih baik dan lebih murah berbanding mendapatkannya dr kedai-kedai runcit atau pasaraya. Bukan kerana aktiviti ini akan memberi kebaikan kepada jasmani dan minda atau hasil sampingan bahkan bukan juga kerana saranan kerajaan utk membuat kerja-kerja sampingan guna menampung perbelanjaan keluarga yg semakin mendesak. Cukuplah kalau dgn usaha ini kita memperolehi hasil tanaman yg segar dan tahu secara terperinci sumber baja yg digunakan utk membesarkan tanaman. Ini sangat penting kerana kita sedia maklum hasil tanaman yg dijual di luar sangat terdedah kepada penggunaan baja yg tidak sesuai utk kesihatan kita.
Secara jujur, kebanyakan drpada kita akan menggunakan baja yg sesuai utk tanaman mknan kegunaan sendiri dan tidak menggunakan baja sembarangan.

Terdapat juga kepercayaan bahawa kita perlu membelanjakan sejumlah wang  yang besar utk memiliki taman yg benar-benar sihat yg baik. Saya berpendapat bahawa salah faham ini adalah disebabkan oleh tanah di belakang rumah tidak berkualiti utk tanaman dan memerlukan baja yg banyak utk diusahakan.

Alasan ini agak komplikated. Blh dibincangkan utk satu topik khusus. Memadai dgn mengatakan bahawa jika tanah lemah, tumbuh-tumbuhan juga akan menjadi lemah.  Maka bermakna pengeluaran yg rendah, membawa kepada lebih banyak masa dan wang dibelanjakan walhal produktivinya sedikit.

Tanah Yg Sihat Bermakna Tanaman Harusnya Sihat
Ini bererti kita perlu perlu meronai tanah. Kebanyakan kita tidak membuat kompos sendiri di rumah, Terdapat pelbagai jenis baja tanaman yg dijual di pasaran yg didapati mengandungi bahan kimia yg blh merosakkan tanaman kita dan tidak mesra alam. Sbg tambahan, baja juga semakin mahal, dan ini seperti merealisasikan metos mengapa membangunkan tanaman di belakang rumah agak mahal. Ini tidak selalunya benar. Kita tidak perlu membelanjakan sejumlah wang yg banyak kerana percaya atau tidak kita sebenarnya dikelilingi oleh baja.

Hasilkan Baja Anda Sendiri
Menyediakan kawasan tanaman mknan organik sendiri adalah mudah dan menghiburkan. Kebanyakan drpada kita sudah maklum bahawa cara terbaik utk memiliki kawasan penanaman yg baik ialah dgn menggunakan kompos utk menyuburkan tanah. Sudah tentu dan memang benar. Kompos blh dihasilkan sendiri di rumah melalui sisa-sisa mknan, dan keratan akbar yg hampir-hampir bebas kos.

Pembajaan sememangnya diperlukan oleh seseorang utk menjayakan projek tanamannya. Jika demikian, dgn maklumat yg sedikit tentang cara-cara menghasilkan baja sendiri kita sebenarnya telah mengelak dr berbelanja lebih membeli baja di kedai.

Nutrien Berkhasiat utk Tumbuh-tumbuhan Prolifik
Kunci kepada satu taman yg cantik ialah tanah yg baik. Nutrien penting yg diperlukan utk pertumbuhan tanaman kebanyakannya terdapat dlm tanah. Nitrogen, fosforus, kalium, dan rendah tahap kalsium, magnesium, dan sulfur yg dipanggil makronutrien, dan ini adalah nutrien yg sangat dperlukan tumbuhan.

Mikronutrien kekal blh dibekalkan dlm jumlah yg kecil di semua kawasan malah diperlukan juga di kawasan tanah yg kurang subur.

Walaupun ia mungkin bukanlah topik yg paling menarik dlm hal berkaitan berkebun,  namun pengetahuan tentang asas baja merupakan perkara yg mesti ada pd setiap pekebun. Sama seperti kita yg memerlukan mknan berkhasiat – begitu juga dgn tumbuh-tumbuhan. Memahami sedikit tambahan pengetahuan mengenai baja blh membantu kita menjayakan taman tanaman berkembang besar, kuat, tanaman yg sihat dgn kos yg lebih rendah.

Sebelum kita melihat beberapa jenis baja buatan sendiri, Satu perkara umum yg perlu diperhatikan tentang baja ialah semua jenis baja samada buatan sendiri atau yg terdapat di pasaran terkelompok dlm dua kategori asas iaitu samada kimia/sintetik atau organik semulajadi.

Perbandingan Baja Organik Dgn Baja Sintetik
Baja kimia atau sintetik dihasilkan menggunakan bahan-bahan sintetik yg biasanya mengandungi bahan nitrogen, fosforus dan kalium yg sangat pekat (merupakah bahan-bahan N-P-K yg disenaraikan pd bungkusan baja).

Baja jenis ini bekerja dgn cepat kerana ia merupakan mknan tumbuh-tumbuhan secara langsung. Kelemahan baja ini ialah ia tidak membantu menambah nilai baikpulih tanah malah secara beransur-ansur blh memusnahkan organisma yg bermanfaat kepada tanah yg sihat. Melalui penggunaan baja ini terus menerus dlm kuantiti yg banyak, ia akhirnya akan membentuk tanah yg menghalang kepada pertumbuhan pokok.

Baja organik semula jadi yg sering digunakan ialah mknan alfalfa, atau emulsi ikan yg menyediakan nitrogen; serbuk tulang atau fosfat membekalkan fosforus; dan makaan hidangan laut atau mkn granit membekalkan kalium.

Kelemahannya ialah penggunaan bahan-bahan dr baja ini lebih perlahan. Baja organik sebaliknya tidak menyediakan mknan terus kepada tanaman sebaliknya menambah nutrien kepada tanah utk disesuaikan dgn pertumbuhan tanaman secara perlahan lahan dan berterusan.

Memahami Asas mengenai N-P-K

Terdapat juga banyak mikronutrien penting dlm baja yg baik, yg pd asasnya dikenali sbg N-P-K yg merupakan  kunci  kepada asas menghasilkan baja sendiri di rumah. N adalah utk nitrogen, P utk fosforus, dan K utk Kalium. Masing-masing mempunyai peranan penting dlm menyempurnakan kesihatan tanaman kita.

Nitrogen adalah nutrien yg paling penting kepada tanaman utk membesar dan subur – batang tinggi dgn pertumbuhan daun yg baik. Jika anda meneliti kandungan N-P-K produk komersial yg mengiklankan ‘Pertumbuhan Ajaib’ anda akan mendapati sebenarnya tidak ada keajaiban langsung – pertumbuhan yg luar biasa adalah sebenarnya disebabkan oleh nisbah N-P-K yg seimbang tetapi jumlah nitrogen pd kadar yg besar dlm campuran tersebut.

Fosforus diperlukan utk perkembangan sistem akar yg sihat dan kuat, dan utk menggalakkan pembungaan yg banyak. Baja khusus utk pembungaan biasanya mempunyai kandungan fosforus yg tinggi.
Kalium membantu pertumbuhan pokok, pengeluaran protin, tahan lasak, ketahanan penyakit, ketahanan serangan serangga dan penggunaan air yg cekap.  Tanaman tanpa kalium yg mencukupi membesar agak perlahan dgn daun kuning.

Sentiasa ingat satu peraturan asas yg blh digunakan utk penggunaan semua baja – ‘less is more’ Jika anda menggunakan terlalu banyak baja atau kepekatan yg terlalu kuat, anda sebenarnya lebih banyak menyebabkan kerosakan berbanding kebaikan kepada tanaman. Tindakan yg blh merosakkan tanaman bermula dr tanda-tanda daun terbakar – coklat, bergulung tepi daun dan daun yg layu dan jatuh dr batang. Sentiasa berhati-hati – ‘less is more’.

Kini, dgn pemahaman yg mudah utk maklumat di atas, anda sudah bersedia utk membuat baja anda sendiri. Berikut adalah beberapa penyelesaian yg blh membawa kejayaan:

Baja-Baja Mudah Dari Rumah
Terdapat banyak benda-benda yg biasa ditemui di dapur anda, dan di tempat lain sekitar rumah, bahawa bahan tersebut blh digunakan sbg baja tumbuhan.

Air Akuarium
Menyiram tumbuh-tumbuhan anda dgn menggunakan air akuarium yg diambil keluar dr tangki apabila membersihkannya. Hanya air tawar sahaja. Jangan gunakan air dr tangki air masin. Sisa ikan sangat sesuai dan membantu tanaman anda tumbuh dgn segar dan cepat membesar.

Pisang
Pisang bukan sahaja lazat dan sihat utk manusia, tetapi ia juga memberi banyak faedah kepada tumbuhan lain. Apabila menanam bunga ros, timbus sebiji pisang (atau hanya kulit) dlm lubang di samping bunga ros tersebut. Pertumbuhan bunga ros memerlukan baja yg dapat dibekalkan oleh kulit pisang yg umum tahu kulit pisang tersebut membekalkan kalium yg sangat diperlukan tumbuhan utk membesar.

Serbuk Kopi

coffee grounds - Cara Menyediakan Baja Organik Buatan Sendiri
Serbuk kopi

serbuk kopi yg terpakai mengandungi kira-kira dua peratus nitrogen, kira-kira satu pertiga drpada satu peratus drpada asid fosforik, dan sejumlah kecil kalium (biasanya kurang drpada satu peratus). Serbuk kopi ini amat sesuai kerana sedikit berasid terutama kepada tumbuh-tumbuhan seperti beri biru, evergreen, azaleas, bunga ros, camellia, avokado, dan banyak veriati pokok buah-buahan.

Azalea merupakan tanaman perdu berbunga dr genus Rhododendron, dan salah jenis tanaman yg menyukai naungan sehingga Azalea ini dapat tumbuh baik disekitar tanaman/pohon besar. Saya mencadangkan anda mengeringkan serbuk kopi dan kemudian menabur serbuk tersebut di sekitar tumbuh-

tumbuhan anda. Elakkan ditabur berkelompok tebal utk mengelakkan kecenderungan tompokan tersebut berkulat apabila basah.

azalea 110141 640 - Cara Menyediakan Baja Organik Buatan Sendiri
Azalea

Serbuk tea yg telah digunakan juga berfungsi baik sbgmana serbuk kopi. Taburkan hampas daun teh di sekeliling pangkal tumbuhan yg sesuai terhadap asid, termasuk tomato dan bunga ros. Adalah dimaklumi bahawa hampas kopi adalah baik utk tumbuh-tumbuhan, tetapi daun teh mengandungi ketiga-tiga nutrien besar, N-P-K, serta beberapa mineral surih. Ini bermakna tea sesuai utk menjadi sebahagian komponen dlm menghasilkan baja buatan sendiri.




Air Masakan

airBrebusanBjagung - Cara Menyediakan Baja Organik Buatan Sendiri
Air rebusan jagung yg banyak manfaat.

Banyak nutrien dilepaskan ke dlm air ketika kita merebus mknan. Air yg digunakan utk mendidih kentang, sayur, telur atau jagung blh digunakan sbg baja. Cuma perlu diingat utk menyejukkannya sebelum
disiram pd tanaman anda.
Air rebusan jagung misalnya selain sbg baja tanaman dan mknan ternakan juga bermanfaat utk menyembuhkan berbagai macam penyakit, seperti batu ginjal, batu hempedu, tekanan darah tinggi dan diabetes.
Berikut cara penggunaan air rebusan jagung sbg ubat.

Batu ginjal
Caranya, sediakankan 4 tongkol jagung muda berserta rambutnya sebanyak 1 genggam dan daun pokok pecah beling yg masih segar 8 helai. Kemudian, rebus semua bahan tersebut dgn 110 ml air. Saring air rebusan tersebut, dan minum setiap hari. Apabila batu ginjal yg berbentuk butiran mirip kerikil dan berbuih keluar, hentikan minum ramuan ini, dan beralihlah kepada amalan minum daun misai kucing. 
Diabetes
Caranya dgn meminum air rebusan jagung tanpa dipisahkan dr tangkainya secara rutin, dua atau tiga kali dlm seminggu. Jagung memiliki rasa manis semulajadi yg baik utk pengidap diabetes. 

Batu Hempedu
Caranya, ambil 5 tongkol jagung muda dan 5 gram kumis kucing segar. Kemudian rebus kedua bahan tersebut dgn 110 ml air. Saring dan minum setiap hari selama dua minggu. Insyallah akan dialami sendiri khasiatnya melalui kesihatan yg semakin baik.
Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
Caranya dgn merebus 5-7 tongkol jagung muda dan rambutnya sebanyak 1 genggam dgn 110 ml air. Saring dan minum air rebusan tersebut selama seminggu.
Ok. Jangan banyak petua kerana tajuk ini semata-mata memfokus kepada penghasilan baja buatan sendiri.

Kulit Telor/Cengkerang Telor

kulitBtelor - Cara Menyediakan Baja Organik Buatan Sendiri
Kulit telor membekalkan kalsium kepada tanaman

Cengkerang mengandungi lebih kurang 1% nitrogen, tentang asid fosforik setengah peratus dan unsur surih lain yg menjadikan bahan ini merupakan baja yg praktikel. Kalsium merupakan nutrien tumbuhan yg penting yg berperanan utama dlm pembentukan sel dan pertumbuhan. Perkembangan akar memerlukan kalsium, Sementara kalsium ini akan habis digunakan dlm proses pertumbuhan pokok.  Oleh itu, ini adalah cara yg ideal utk ‘kitar semula’ kulit telur anda. Hanya perlu menghancurkan kulit telur menjadi serbuk dan menaburkan di sekitar tanaman anda.

Abu Kayu

AbuBkayu - Cara Menyediakan Baja Organik Buatan Sendiri
Abu kayu membekalkan kalium dan kalsium utk tanaman

Abu kayu blh ditaburkan ke tanah utk membekalkan kalium dan kalsium karbonat. Kayu keras adalah yg terbaik. Jangan gunakan abu di kawasan yg anda khaskan utk tanaman yg sesuai kepada tanah berasid. Ini disebabkan abu adalah alkali dan blh meningkatkan kealkalian di dlm tanah.


Teh Hijau
Satu penyelesaian yg blh membantu utk pertumbuhan tanaman tumbuhan air iaitu teh hijau yg blh digunakan utk tumbuhan air setiap empat minggu. Gunakan satu uncang teh ke 2 gelen air.

Rambut
Rambut adalah sumber yg baik drpada nitrogen dan ia mempunyai keupayaan lain iaitu sbg penghalau rusa. Satu sumber yg baik utk rambut ini bukan sahaja rambut sendiri tetapi juga di kedai gunting rambut atau salun kecantikan tempatan. Agensi pembekal rambut ini akan mendapat sedikit sebanyak kelegaan kerana rambut yg bertimbun di salon mereka telah anda kurangkan. Namun ianya tidak terhad kepada rambut manusia sahaja, rambut binatang seperti bulu kuda, dan kucing turut dapat berfungsi sama.

matches PNG4778 - Cara Menyediakan Baja Organik Buatan Sendiri

Mancis Api
Untuk menjadikan ini sbg baja, hanya perlu meletakkan keseluruhan macis ke dlm lubang tanah atau merendam mancis ini ke dlm air. Magnesium akan terhurai melalui larutan air dan blh berfungsi sbg baja kepada tanaman.

Susu Tepung

Susu tepung bukan sahaja baik utk kegunaan manusia tetapi juga utk tumbuh-tumbuhan. Ianya merupakan sumber kalsium yg perlu dicampur dlm ke tanah sebelum menanam. Oleh kerana susu itu adalah dlm bentuk serbuk, ia mudah utk digunakan oleh tanaman anda.

Beberapa Resipi Mudah menghasilkan Baja Buatan Sendiri 
Ini merupakan beberapa resipi membuat baja yg sedikit lebih kompleks yg saya amalkan.
Resipi 1
Bahan-bahan:

Loading...

Tags: #Baja #Buatan #Cara #Menyediakan #Organik #sendiri

author
Author: 
    Vocabulary: Flashcard of sports
    Print sets of flashcards for sports, extreme sports or sports equipment, or print
    Vocabulary level 1: Fruits
    Let’s learn all about fruit!! Lesson Summary; Word Bank, Let’s Talk, Word Search,
    Arti Kata Gaul Atika
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Atika, baik itu di dunia
    Dalam Islam Hukumnya Haram, 5 Artis Muslim Ini Pelihara Anjing! No 4 Kini Berhijab!
    slidegossip.com – Anjing dikenal sbg salah satu hewan yg setia dan midah diajarkan

    Leave a reply "Cara Menyediakan Baja Organik Buatan Sendiri"