Cara Memohon ADAM50 Utk Bayi Baru Lahir 2018

Kerajaan ada menyediakan insentif kepada bayi yg lahir pd thn 2018 sehingga thn 2022. Insentif diberikan sebanyak RM200 dimasukkan ke dlm akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bayi. Ianya dinamakan ADAM50.

Di sini saya kongsikan secara ringkas bagaimana utk daftar ADAM50. Ini merupakan mengikut pengalaman saya sendiri.

x 65 - Cara Memohon ADAM50 Utk Bayi Baru Lahir 2018

Bayi Lahir Oktober 2018

Anak pertama saya dilahirkan pd bln Oktober 2018. Selaps sahaja keluar dr wad, saya menguruskan sendiri pembuatan surat beranak anak saya. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Ketika mendapat surat beranak di Jabatan Pendaftaran (JPN), pegawai berkenaan memberitahu mengenai ADAM. Katanya, jika hendak daftar ADAM50, kena pergi ke cawangan ASB terdekat ataupun blh ke Bank yg menjadi agen ASB. (Maybank, CIMB, Ambank, Hong Leong).

Apa lagi, saya tidak melengahkan masa, keesokan harinya saya pergi ke  bank Maybank dgn membawa Mykid. Perlu diketahui, blh bawa sama ada mykid ataupun surat beranak. Tapi, anak tak perlu bawa ye. Kesian anak nanti, yelah baru lahir kan. Takkan dah nak bawak keluar pulak.

Prosedur Daftar ADAM50

Untuk membuat ADAM50 ni, ayah ataupun ibu sahaja yg blh mendaftar ADAM50. Akan tetapi, Ayah dan Ibu perlulah mempunyai akaun ASB sendiri. Ini kerana, maklumat ASB anak berkenaan akan diletakkan di bawah penjaga (ibu atau bapa).

Jika ayah yg mendaftar, maka ianya di bawah ayah. Dan begitulah juga sebaliknya jika ibu yg mendaftar.

Bagaimanapun, anak akan mendapat nombor akaun ASB sendiri.

Baiklah, secara ringkas. Berikut merupakan dokumen yg perlu dibawa.

Surat beranak / Mykid anak.
Mykad ayah/ibu
Hadir sahaja di maybank, nyatakan hasrat utk mendaftar ADAM50. Anda akan diminta utk mengisi borang. Adalah dlm 3 borang yg perlu diisi. senang sahaja.

Nombor dah dipanggil, tunggu dlm 3-5 minit. Akhirnya semuanya selesai.

cara nak semak penyata atau tambah baki ASB ADAM50

Saya sendiri mempunyai ASB dan ada daftar online ASB. Maka, saya blh melihat penyata akaun anak yg telah didaftarkan ADAM50. Kalau nak tambah pelaburan , blh terus lakukan melalui online. Senang.

Bila RM200 akan masuk? 

Pada mulanya saya ingatkan insentif RM200 tersebut akan terus tertera dan dimasukkan dlm akaun ASB. Rupa-rupanya kena tunggu umur 28 thn barulah ianya dimasukkan. Cuma sekarang ianya berada dlm status ‘blocked”.

Baiklah, ini sahaja panduan ringka bagaimana anda blh mendaftar ADAM50 dgn mudah dan senang. Ikuti langkah-langkah ini. Dan jangan berlengah utk mendaftar. Ini kerana ini adalah kemudahan yg rugi jika kita biarkan ianya berlalu.


Loading...

Tags: #2018 #ADAM50 #Baru #Bayi #Cara #Lahir #Memohon

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Cara Memohon ADAM50 Utk Bayi Baru Lahir 2018"