CARA MASAK SUP TULANG DAGING NOXXA YANG MUDAH DAN SEDAP

Loading...

ASSALAMUALAIKUM..
cara masak sup tulang daging noxxa yg mudah dan sedap
Salam semua

CARA MASAK SUP TULANG DAGING NOXXA YANG MUDAH DAN SEDAP || Entri yg lepas dan lepas, faham lah ya kalau sebut entri lepas – lepas dah berkongsi cara nak rebus sup tulang, kali ini nak kongsi resepi paling senang nak buat sup, tak ada tumis – tumis bagai hanya guna sup bunjut sahaja pun sudah sedap. Kalau post entri mknan memang takkan habis blog ni. hii.

Biasanya kalau tak guna tulang rusuk lembu, guna tulang bahagian lain, macam ni lah buat hiris – hiris asingkan dr tulang nak bagi senang mkn. Cara paling simple, guna lah sup bunjut adabi ya, paling pantas, ringkas dan mudah tak perlu tambahan lain.

Cuma masukkan potongan ubi kentang dan lobak merah nak bagi nampak colorful soup. Resepi di bawah ya. Inilah resepi sup paling senang dan mudah, Masak bubur nasi pun dah sedap dgn sup macam ini.

CARA MASAK SUP TULANG DAGING NOXXA YANG MUDAH DAN SEDAP

Bahan – Bahan

Tulang lembu anggaran berat dlm 1 kg – 1 1/2 kg
1 paket Sup bunjut adabi
Air secukupnya
Daun sup secukupnya
Limau nipis potong
Lada burung merah dipotong bulat
2 biji ubi kentang dipotong 2
1/2 batang lobak merah dipotong bulat
Garam secukup rasa

Cara – Cara

1. Masukkan tulang lembu ke dlm periuk noxxa dan masukkan air nak dekat paras dgn tulang lembu.
2. Masukkan sup bunjut adabi
3. Putar tombol ke pressure, tekan high pressure 42 minit dan tekan on
4. Selepas bunyi beep, tekan off dan putar tombol ke steam utk lepaskan wap
5. Dah siap. Keluarkan dan sejukkan sebelum dihiris. Kalau tulang tu tulang rusuk lembu tak payah ya
6. Masukkan isi daging yg telah dihiris kedalam air rebusan tulang dan masukkan ubi kentang.
7. Tekan high pressure selama 4 minit dan tekan on. Selepas bunyi beep tekan off dan sedia utk lepaskan wap.
8. Buka tudung, kemudian tekan stir fry, tekan on dan masukkan potongan lobak merah.
9. Biarkan mendidih dlm 2 minit bagi lobak merah lembut sikit dan sup pun mesra. Dah siap, blh tekan off.
10. Masukkan garam bukit secukup rasa. Selepas masak semua, baru masukkan garam.
11. Sedia utk dihidangkan dgn daun sup dan letak perah jus limau nipis dan juga sedikit hirisan lada burung siam merah.

Jemput tonton di my youtube channel ya 🙂

Loading...

Tags: #Cara #Daging #Masak #Mudah #Noxxa #Sedap #TULANG #yang

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Leave a reply "CARA MASAK SUP TULANG DAGING NOXXA YANG MUDAH DAN SEDAP"