Cara Masak Pulut Kuning Cantik Tanpa Kukus & Tak Perlu Rendam Dahulu.

Loading...

20 RESIPI SARAPAN11 1 - Cara Masak Pulut Kuning Cantik Tanpa Kukus & Tak Perlu Rendam Dahulu.

Cara masak pulut kuning, biasanya kita perlu merendam beras pulut sebelum dikukus. Ia bg memastikan pulut kuning yg dimasak menjadi sempurna.

Namun ada dikalangan kita yg tak ada periuk kukusan utk masak hidangan ni. Jangan risau, versi ini sangat mudah. Jom lihat cara-caranya menerusi perkongsian dr saudari Faidhatul Arfah Ahmad ini.

Hi ! Arfah nak share dgn korang cara masak pulut yg paling senang, simple di abad ini. Tak payah nak pening kepala nak rendam pulut dulu 2 jam. Rebus air kukus etc. Tak sampai 40 minit pulut dah blh mkn dgn riangnya ahahahaha.

CARA MASAK PULUT TANPA KUKUS DAN TAK PERLU RENDAM TERLEBIH DAHULU

20139698 314201305691453 411152190224149093 n - Cara Masak Pulut Kuning Cantik Tanpa Kukus & Tak Perlu Rendam Dahulu.

  1. Ikut koranglah berapa cawan pulut yg korang nak buat mkn cucikan dan masukan ke dlm kuali.
  2. Masukan air ke dlm kuali byk manapun takpe ikut suka uols dan bukakan api. Blh letakan pewarna kuning / serbuk kunyit atau biarkan warna putih sahaja, terpulang yaa. Kemudian gaul-gaulkan pulut tersebut, jika korang letak pewarna tujuanya supaya warna itu nanti kena sekata pd keseluruhan pulut kite itu.
  3. Pastikan tunggu sehingga air rebusan pulut tu betul-betul mendidih / mengelegak terus tutupkan api. Apabila air rebus pulut sudah mendidih jangan biar terlalu lama sangat yaa takut pulut kembang nanti apabila kita nak masak dlm rice cooker.
  4. Kemudianya, tapiskan pulut kite tu, buangkan air rebusan tadi. Sebab kite taknak guna air dah.
  5. Masukan pulut kite ke dlm rice cooker. Jika tak nak santan tak payah letak santan dan tidak perlu tambah langsung air okeh . Tapi arfah buat pulut santan. Santan tu letak bersama sedikit garam kemudian gaulkan dgn pulut kite tadi agar sebati. Santan tu letak betul-betul paras pulut sahajaa atau kurang dr paras pulut yee, jangan sampai pulut tengelam dgn santan sebab takut nanti pulut kite tu lembik pulak kang.
  6. Kemudianya, masak di dlm rice cooker sehingga rice cooker dr button “cooking” menjadi, “keep warm”. Dlm 10 minit – 15 minit cenggitu, bergantung jugak kepada berapa byk pulut kita masak.
  7. Bila pulut dah masak / button keep warm yeaahh masa itu uols letakan gula dan gaul-gaulkan rata. Kemudianya tutupkan sekejap periuk rice cooker kite tu semula, tapi tak payah lama sangat. Tujuan letak gula itu nanti cantik elok je pulut kite berkilat gojess hihihi . Anddd, pulut anda sudah siap & blh di mkn dgn bahagianyaaaaa.

InsyaAllah, kalau korang masak pulut mengunakan kaedah ini walaupun pulut tidak di rendam dahulu. Tetapi, pulut akan masak elok, tidak kembang dan tesktur pulutnya cantik dan sangat-sangat menjimat masa.

Setengah orang suka jugak kan masak pulut di dlm rice cooker kalau nak cepat, tetapi yg versi kene sukat air tu kan, kalau tak pandai nak agak sukatan kuantiti air memang pulut akan kembang hihihi :’).

Moga-moga perkongsian ini memberi manfaat dan selamatt mencuba guys ⚘.

Kredit resipi: Faidhatul Arfah Ahmad

Loading...

Tags: #Cantik #Cara #Dahulu #Kukus #Kuning #Masak #Perlu #Pulut #Rendam #TANPA

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.