Cara Masak Parpu Telur & Ayam Masak Ros Utk Majlis Reunion Dlm Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 1.

Untitled design 4 1 - Cara Masak Parpu Telur & Ayam Masak Ros Utk Majlis Reunion Dlm Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 1.

Sedapnya Parpu Telur dan Ayam Masak Ros ni. Kalau nak masak utk saiz hidangan kecil, mungkin mudah. Namun mcm mana pula kalau masak kedua-dua lauk ni utk kenduri kecil-kecilan seperti majlis ‘reunion’ bersama kawan-kawan? Rasa Projek Gerenti Jadi yg dihoskan Aunty Aini dan Rozita Che Wan ada resipinya. Jom cuba.

1. PARPU TELUR

MENU EP 1 PARPU TELUR 1 - Cara Masak Parpu Telur & Ayam Masak Ros Utk Majlis Reunion Dlm Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 1.

BAHAN-BAHAN:
5 liter air
1/2 kg kacang dal
20 biji ubi kentang | dipotong
10 biji bawang merah besar | hiris
10 ulas bawang putih | hiris
1 paket kecil serbuk kunyit
50 biji telur
1/2 kg kacang panjang | hiris
1/2kg tomato | hiris
1 kotak santan pekat
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS DARAT:
2 biji bawang merah besar | hiris
5-6 ulas bawang putih | hiris
50gm halba campur
Segenggam daun kari
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Masukkan air ke dlm periuk dan biarkan mendidih.
2. Kemudian masukkan kacang dal, ubi kentang, bawang merah, bawang putih dan serbuk kunyit. Masak sehingga kentang empuk.
3. Kemudian masukkan telur satu persatu. Masak dan pastikan kuning telur tidak pecah.
4. Seterusnya masukkan hirisan kacang panjang dan juga tomato.
5. Tambahkan santan dan perasakan dgn garam secukupnya. Kacau perlahan sehingga sebati.
6. Dlm kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan tumis darat sehingga wangi.
7. Masukkan bahan tumis darat bersama dgn minyak tumisannya. Kacau dan sedia utk dinikmati.

Resipi Parpu Telur | Rasa Projek Gerenti Jadi Eps 1

Pernah mkn parpu telur? Parpu tu apa dia..haa parpu ni sama lah dgn kacang dhall..Ia antara lauk simple yg sedap lagi-lagi dimakan dgn nasi putih & sambal belacan..Memang ngam! Jom tengok resipi parpu telur dlm kuantiti yg byk. Mana tahu blh cuba buat utk majlis keramaian nanti. #majalahrasa #rasaprojekgerentijadi #rasatvep1

Posted by Rasa on Sunday, 12 May 2019

2. AYAM ROS

MENU EP 1 AYAM ROS 2 - Cara Masak Parpu Telur & Ayam Masak Ros Utk Majlis Reunion Dlm Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 1.

BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ayam | potong kecil dan goreng separuh masak
1 genggam rempah empat sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih)
5 biji bawang merah besar | hiris
10 ulas bawang putih | kisar
2 inci halia | kisar
5 batang serai | kisar
5 batang serai | ketuk
500gm cili kering | kisar
5 biji tomato | belah 4
15 biji cili merah | kisar
4 tin sup tomato
Garam dan gula secukup rasa
1 kat daun pudina
4 tin susu sejat cair
½ kg minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan rempah empat sekawan dan hirisan bawang merah.
2. Kemudian masukkan kisaran bawang putih, halia, serai dan juga serai yg telah diketuk. Tumis sehingga wangi.
3. Seterusnya masukkan cili kering kisar, tomato dan cili merah yg dikisar. Kacau dan masak sehingga seketika.
4. Masukkan sup tomato dan gaul semua bahan sehingga mendidih dan pecah minyak. Perasakan dgn garam dan gula dgn secukup rasa.
5. Masukkan ayam yg telah digoreng separuh masak. Gaul sebati.
6. Masukkan daun pudina utk menaikkan bau.
7. Tuang susu sejat cair sedikit demi sedikit utk melemakkan juadah. Biarkan mendidih seketika. Sedia utk dinikmati.

Resipi Ayam Masak Ros | Eps 1 Rasa Projek Gerenti Jadi

Haa siapa yg teringin nak masak ayam ros tapi dlm kuantiti yg byk, jom kita tengok Syakirin kongsi resipi ni khas utk kakak-kakak yg nak buat gathering atau kenduri nanti. #majalahrasa #rasaprojekgerentijadi #rasatvep1

Posted by Rasa on Wednesday, 15 May 2019

JOM TONTON RASA PROJEK GERENTI JADI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa: Projek Gerenti Jadi yg menampilkan selebriti tersohor Rozita Che Wan dan Aunty Aini sbg hos. Dlm setiap episod mereka akan bersama tetamu jemputan yg akan memasak lauk pauk enak dlm kuantiti yg byk. Sesuai anda cuba masak utk sebarang majlis kenduri atau keraian.

WhatsApp Image 2019 05 03 at 2.08.06 PM - Cara Masak Parpu Telur & Ayam Masak Ros Utk Majlis Reunion Dlm Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 1.

Jadi jangan lupa tonton rancangan Rasa: Projek Gerenti Jadi, setiap hari Isnin jam 12 tengah hari hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).

Loading...

Tags: #Ayam #Cara #Episod #Gerenti #JADI #Majlis #Masak #Parpu #Projek #Rasa #Reunion #TELUR

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.