Cara Masak Kuih Seri Muka Sedap Guna Acuan Lompang.

untitled design 9 16 32 436803 1 - Cara Masak Kuih Seri Muka Sedap Guna Acuan Lompang.

Bagi yg baru nak belajar buat Kuih Seri Muka, blh cuba resipi perkongsian saudari Wan Siti Halijah Dzulkifly ni. Caranya mudah dan blh kukus guna acuan kuih lompang. Senang kan? Jom lihat bahan-bahan yg diperlukan.

RESIPI KUIH SERI MUKA MUDAH

BAHAN BAWAH:

  • 1 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan cair
  • 1 sudu mkn minyak masak
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

1.Rendam beras pulut selama 1 jam. Kemudian toskan air dan masukkan ke dlm periuk nasi bersama bahan-bahan yg lain.
2.Bila pulut dah masak, masukkan ke dlm acuan lompang. Tekan pulut sehingga pdt menggunakan satu lagi acuan lompang yg telah dibalut plastik. Tidak perlu sapu minyak kerana pulut dah seakan berminyak.

BAHAGIAN ATAS:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 sudu mkn tepung ubi
  • 1 cawan air pandan ( 1 cawan air kisar dgn 5 helai daun pandan)
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula – lebihkan jika nak lebih manis
  • 1/2 sudu teh kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • Secubit garam dan pewarna hijau

CARA MEMASAK:

1. Satukan santan, telur dan gula. Kacau sehingga sebati barulah dimasukkan semua bahan-bahan yg lain.
2. Masak atas dapur seketika sehingga naik wap.

30729849 2039562942739769 99497109299920896 n - Cara Masak Kuih Seri Muka Sedap Guna Acuan Lompang.
3. Tapis bancuhan kemudian tuang ke dlm acuan lompang yg telah dimasukkan pulut tadi.
4. Kukus kuih selama 30 minit. Bila sampai 5 minit terakhir, buka penutup dan kukus tanpa penutup. Ia bertujuan utk mengeringkan air.

30716354 2039562996073097 3557608444494086144 n - Cara Masak Kuih Seri Muka Sedap Guna Acuan Lompang.
5. Sejukkan kuih dan blh dikeluarkan dr acuan.

30698468 2039562786073118 8092360358720700416 n - Cara Masak Kuih Seri Muka Sedap Guna Acuan Lompang.
6. Sedia utk dinikmati.

Anggaran jumlah kuih: 30 biji / acuan lompang

Kredit resipi & foto: Wan Siti Halijah Dzulkifly

Loading...

Tags: #Acuan #Cara #Guna #Kuih #Lompang #Masak #Muka #Sedap #Seri

author
Author: 
    Idea Hebat Pencuci Mulut Lemak Manis Santan Kelapa
    Menu pencuci mulut berasaskan santan kali ni memang gerenti sedap. Dahlah ringkas bahannya,
    Kek Buah Versi Bakar Dan Berpati Oren, Resipi Ni Mudah Dibuat.
    Kek buah memang paling legend dlm koleksi kek raya. Memang evergreen lah, langsung
    2 Biskut Badam Paling Enak & Rangup, Biskut Raya Betul-betul ‘Yummy’..
    Kacang badam atau ‘almond’ adalah kacang yg kaya dgn pelbagai nutrisi dan khasiat
    5 Hidangan Berbuka 4 Nasi + 1 Mi Terbaik Dari Azian Hasan
    Nak kelainan dlm hidangan berbuka, ni dia 4 aneka nasi istimewa dan mi

    Comments are closed.