Cara Masak Kuah Laksa Penang Yg Paling Ringkas Tapi Sedap, Tak Perlu Bahan Banyak

Loading...

Cara Masak Kuah Laksa Penang Yg Paling Ringkas Tapi  Sedap, Tak Perlu Bahan Banyak || Salam semua, Siapa hantu laksa penang, pakat mengaku semua :D. Laksa Penang salah satu menu kegemaran. Kalau nak kena pilih antara laksa Kelantan dan laksa Penang, kita akan pilih laksa Penang dulu. 
Cara Masak Kuah Laksa Penang Yg Paling Ringkas Tapi  Sedap, Tak Perlu Bahan Banyak
Sebut kuah laksa Penang ni, rasanya mesti kena ada masam masin kan, kiranya cukup segala rasa. 
Sejak main try and error masak kuah laksa Penang,Macam- macam resepi juga letak itu letak ini nak bagi kuah laksa paling sedap kan. 
Ada resepi letak buah nenas, ada letak daun pudina.
Kalau setiap kali planning nak mkn laksa Penang, buah nenas selalu lupa nak beli. Bukan setakat lupa, kadang- kadang tak ada.
Dulu ingat tak ada nenas dlm kuah laksa Penang macam tak bangkit selera nak mkn. Ya la dah kita biasa kan, asyik tak ingat nak beli. 
Lama- lama masak kuah laksa Penang tanpa letak buah nenas dlm kuah, macam sedap pulak. Jadi, kiranya kalau terlupa nak beli tak apa dah hii.

Tapi terpulang lah kalau korang suka ada nenas dlm kuah tu blh letak ya. 
Bagi diri sendiri dah cukup sedap yg penting cukup masam masin kuah tu, yg penting juga belacan kena letak, kalau tak letak rasa itu bukan panggi laksa Penang. 
Cara Masak Kuah Laksa Penang Yg Paling Ringkas Tapi  Sedap, Tak Perlu Bahan Banyak

Satu lagi, lada burung mesti kena add on sekali utk blend. Sardin dlm tin pun tak guna, kalau versi malas sangat blh lah nak guna sardin dlm tin hii.

Guna ikan segar lagi bagus. Sedap dah bahan pun tak ada pelik mana, tak perlu bahan banyak. Jom lah  cuba buat kuah laksa Penang yg paling mudah.

Bahan-bahan Utk Rebus Ikan

10 ekor ikan kembung ( lagi banyak isi ikan lagi sedap )

5 keping asam keping.

Garam secukupnya.

Air secukupnya utk merebus ikan.

Cara – cara 
1. Ikan dimasukkan ke dlm periuk.Tambahkan air secukupnya utk merebus ikan.Masukkan  juga asam keping dan juga garam.

2. Kemudian rebus ikan sehingga masak. Bila dah masak tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dr periuk. Keluarkan juga asam keping.

3. Asam keping dlm rebusan ikan ni dah tak guna lagi. Asingkan isi ikan dr tulang dan kepala.Isi ikan pula kita bahagi 2.

4. 1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.
Tulang pula kita masukkan dlm pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.
Boleh ulang kisar 2 kali utk mendapatkan patinya.Lepas kisar, kita tapis.

Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yg kita dah kisar ke dlm periuk.

Bahan utk dikisar halus 

20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas blh kurangkan.
10 ulas bawang merah.
4 – 5 tangkai lada burung ( letak lada burung nak bagi pedas sikit ).

Semua bahan ini, di satukan di dlm pengisar dan kisar halus.

Bahan Utk Kuah Laksa

Air rebusan ikan *
Air tulang ikan *
Air isi ikan *
Air secukupnya *
Air asam jawa 1 mangkuk ( kena banyak sikit buat air asam jawa nak bagi kuah laksa masam ) *
Isi ikan yg di ramas kasar *
Bahan yg telah dikisar halus *
3 batang serai ~ di titik
2 kuntum bunga kantan ~ di belah 2
4 keping asam keping
1 inci lengkuas diketuk
1 mangkuk daun kesum
1 keping belacan, sebesar 50 sen nak bakar terlebih dahulu blh tak nak bakar pun tak apa, letak terus dlm periuk atau kalau nak tambah ikut rasa pun blh

Cara – cara 
1. Dlm periuk, satukan ke semua bahan yg bertanda *.
2. Masukkan juga bahan lain serai, bunga kantan, asam keping, lengkuas, daun kesum dan juga belacan.
3. Laksa ni kena ada rasa masam, masin dan manis, jika kurang rasanya blh lah tambah kan asam, garam atau gula mengikut selera masing-masing. Air blh letak sehingga nak kepekatan yg diingini.
4. Kacau sampai kuah mendidih dan masak, sekiranya tak masin blh tambah garam.
5. Siap utk dihidangkan bersama bahan lain seperti telur, bawang besar dihiris, timun dan juga limau nipis utk rasa yg lebih kick.

Jika menggunakan laksa beras kering, rendam laksa semalaman.

Kemudian di rebus sehingga lembut, tambahkan sedikit garam semasa merebus laksa.

Bila dah lembut  angkat dan toskan, cuci atau bilas dgn air, kemudian toskan semula.

Kalau yg mana ada noxxa, rebus laksa sepantas 6 minit blh baca click link di bawah
Cara Rebus Laksa Noxxa 6 Minit

Baca juga  >>> Laksa Penang Noxxa Mudah Dan Sedap

NOTA : utk rasa lebih pedas sikit dlm kuah, blend sekali cili api


Jemput tonton di my youtube channel dan jemput subscribe juga 🙂 

Loading...

Tags: #Bahan #Banyak #Cara #Kuah #Laksa #Masak #Paling #Penang #Perlu #Ringkas #Sedap #Tapi...

author
Author: 
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di

    Leave a reply "Cara Masak Kuah Laksa Penang Yg Paling Ringkas Tapi Sedap, Tak Perlu Bahan Banyak"