Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar

Loading...

Untitled design 1 4 1 - Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar

Suka mkn Kari Ayam yg dijual di restoran Nasi Kandar? Saudari Niza Zaini ada kongsikan resipinya. Caranya sangat mudah dan tidak renyah. Selain ayam kampung, blh juga menggunakan ayam biasa. Cubalah. Hasilnya pasti tidak mengecewakan.

RESIPI KARI AYAM KAMPUNG STAIL NASI KANDAR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam kampung – dipotong kecil dan gaul garam kunyit
  • 3 paket kecil serbuk kari daging
  • Sedikit kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji bawang merah besar – hiris
  • 6-7 tangkai cili kering – basuh
  • 3 biji cili hijau – belah 2
  • 2-3 biji ubi kentang – potong kecil
  • 2 biji tomato – belah 4
  • 3-4 ulas bawang putih – kisar
  • 1 inci halia – kisar
  • 1-2 tangkai daun kari
  • Sedikit santan – jika suka
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak utk menumis

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau.

46798348 1945518022169014 2885486096060252160 n - Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar
2. Masukkan bwawang merah, cili kering dan cili hijau. Masak sehingga sedikit layu.

46693824 1945518055502344 4581689052004089856 n - Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar


3. Seterusnya masukkan daun kari. Gaul sebati sehingga wangi.

46637897 1945518088835674 914751596515033088 n - Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar
4. Tambahkan ubi kentang. Kacau seketika.

46622818 1945518128835670 4997570189814923264 n - Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar
5. Masukkan ayam yg telah diperap bersama kunyit tadi. Gaul sekali lagi.

46877275 1945518162169000 6629078835063160832 n - Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar
6. Kemudian masukkan bawang putih dan halia kisar.

46846123 1945518248835658 8370658318057734144 n - Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar
7. Masukkan rempah kari. Elakkan terlalu kacau keran takut bahan-bahan menjadi hancur. Hanya kacau perlahan-lahan sahaja.

46800977 1945518308835652 745084445404430336 n - Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar
8. Masukkan air dgn secukupnya. Perasakan dgn garam serta serbuk perasa. Biarkan mendidih sehingga ayam dan kentang empuk. Jika suka, blh tambah sedikit santan. (Resipi asal tidak guna santan)

46519438 1945518358835647 7284187611151728640 n - Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar
9. Bila ayam telah lembut dan kentang empuk, pdmkan api dan sedia utk dinikmati.

46782242 1945518442168972 4296182355132940288 n - Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar

Kredit resipi & foto: Niza Zaini

Komen anda

Loading...

Tags: #Ayam #Cara #Kampung. #KANDAR #Kari #Masak #Nasi #STAIL

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar"