Cara Masak Ikan Sardin Homemade Hanya Guna 3 Bahan Mudah.

Loading...

Untitled design 1 6 1 - Cara Masak Ikan Sardin Homemade Hanya Guna 3 Bahan Mudah.

Bagi anda yg suka mkn ikan sardin, menu Ikan Sardin homemade ni memang kena cuba. Barulah rasa lebih yakin, tanpa pengawet dan tentunya lebih sedap! Caranya mudah sahaja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Alia Farhan Said ni.

RESIPI IKAN SARDIN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan selayang/sardin – nak guna mackerel pun blh
  • Sos tomato – blh guna sos tomato readymade atau blh juga buat sos tomato homemade
  • Sos Cili – utk beri rasa pedas.
  • Air secukupnya

( jumlah sos bergantung pd jumlah ikan dan juga citarasa masing-masing. Blh ubah suai ikut selera.)

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ikan sardin dan buang kepala, sirip dan perut sebersih-bersihnya.

2. Goreng ikan terlebih dahulu namun jangan sampai terlalu garing. Angkat dan toskan minyaknya.

31206362 10155778104133220 5561294654688722944 n - Cara Masak Ikan Sardin Homemade Hanya Guna 3 Bahan Mudah.

3. Ambil periuk tekanan ( pressure cooker), masukkan sos tomato dan sos cili.

4. Kemudian masukkan ikan yg digoreng tadi dan masukan air pd paras ikan sahaja. ( Masak guna pressure cooker air tak akan berkurang. Sebab tu kena guna air pd jumlah yg sepatutnya sahaja.)

31369656 10155778104228220 2608107075040968704 n - Cara Masak Ikan Sardin Homemade Hanya Guna 3 Bahan Mudah.

5. Tutup penutup periuk tekanan dan pulas tombol ke SEAL. Set bahagian pressure dan pilih STEAM.

6. Tekan KEEP PRESSURE dan tambah masa ( tekan MIN) sehingga ke 59. ( utk periuk Phillip, settingnya sampai 59 sahaja. Selepas 59 minit, tambah lagi setting yg sama utk 30-35 minit lagi.

7. Bila dah siap, bunyi ‘beep’ akan berbunyi. Lpskan wap tekanan terlebih dahulu. Kemudian buka penutup dan keringkan air pd sardin menggunakan mode BAKE. Jika nak tekan butang CHICKEN pun blh.

8. Bila agak-agak air dah kering dan berpadanan, blh pdmkan api dan masukkan sardin dlm bekas bersesuaian.

31306729 10155778103848220 6721501699434872832 n - Cara Masak Ikan Sardin Homemade Hanya Guna 3 Bahan Mudah.

9. Sejukkan sardin terlebih dahulu sebelum disimpan di dlm peti sejuk beku.

10. Bila nak mkn, hanya perlu panaskan sahaja.

Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Alia Farhan Said

Link asal resipi: https://ift.tt/2u0gFsM

Loading...

Tags: #Bahan #Cara #Guna #Hanya #Homemade #IKAN #Masak #Mudah #SARDIN

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cara Masak Ikan Sardin Homemade Hanya Guna 3 Bahan Mudah."