Cara Masak Daging Asam & Bo Tai Chanh Sedap Secara Homemade.

Loading...

untitled design 2 21 02 336065 1 - Cara Masak Daging Asam & Bo Tai Chanh Sedap Secara Homemade.

Rasa: Jelajah Rasa Nusantara episod ke 8, Adam Didam dan Ili Sulaiman sekali lagi meneroka sajian Malaysia dan Vietnam yg kelihatan sama. Utk kali ini Adam belajar cara-cara penyediaan Daging Asam manakala Ili mempelajari teknik-teknik menyediakan hidangan Bo Tai Chanh yg merupakan sejenis salad yg menjadi kegemaran rakyat Vietnam. Agaknya apa perbezaan antara kedua-dua hidangan ini ya? Nak cuba? Jom lihat resipi-resipi yg dikongsikan di bawah ini.

whatsapp image 2019 03 15 at 2.34.46 pm 21 05 465191 - Cara Masak Daging Asam & Bo Tai Chanh Sedap Secara Homemade.

1. DAGING ASAM

BAHAN PERAP:

  • 1 keping daging batang pinang
  • 3-4 biji bawang merah kecil – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 1 inci kunyit – kisar
  • 2 batang serai – kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN AIR ASAM:

  • Asam jawa
  • Belacan
  • Air
  • Bawang kecil
  • Cili padi
  • Tomato
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Kisar bahan perap ( kecuali daging, garam dan gula ) sehingga halus. Lumurkan pd daging, tabur garam dan gula secukupnya. Gaul rata dan perap seketika.

da10 21 56 939776 - Cara Masak Daging Asam & Bo Tai Chanh Sedap Secara Homemade.

da11 21 57 911146 - Cara Masak Daging Asam & Bo Tai Chanh Sedap Secara Homemade.

2. Letakkan sedikit minyak ke dlm kuali, panggang daging selama 10 minit (5 minit setiap bahagian) dgn api sederhana besar. Biarkan daging rehat seketika.

da12 21 58 869996 - Cara Masak Daging Asam & Bo Tai Chanh Sedap Secara Homemade.

3. Utk hasilkan air asam, masukkan air, asam jawa, diikuti dgn belacan, bawang kecil, cili padi, tomato, garam dan gula.

4. Hiris daging nipis dan hidangkan bersama air asam.

da13 21 59 846040 - Cara Masak Daging Asam & Bo Tai Chanh Sedap Secara Homemade.

da3 21 48 756491 - Cara Masak Daging Asam & Bo Tai Chanh Sedap Secara Homemade.

Tonton video resipi Daging Asam:

2. BO TAI CHANH ( SALAD DAGING VIETNAM)

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm stik tenderloin
  • 3 sudu mkn jus limau atau lemon.

BAHAN SAYUR-SAYURAN:

  • ¼ cawan bawang putih -cincang kasar
  • ¼ cawan batang daun ketumbar -cincang kasar
  • ¼ cawan daun ketumbar -cincang kasar
  • Daun salad, lobak merah dan tomato
  • 1 cawan taugeh
  • ½ cawan bawang 
  • 1 batang serai
  • 1 biji cili padi

BAHAN HIASAN:

  • 4 biji limau nipis
  • 2 sudu mkn kacang tanah yg digoreng
  • 2 sudu mkn bawang goreng
  • 2 helai daun limau purut – cincang kasar
  • 1 paket keropok udang

BAHAN SOS NUOC CHAM

  • 2 sudu mkn sos ikan
  • ½ sudu teh gula
  • Cili padi merah secukupnya
  • Bawang putih hancur secukupnya

CARA MEMASAK

1. Utk menyediakan sos Nuoc Cham, masukkan jus limau, sos ikan, gula, lada dan kacau sebati. Ketepikan seketika.

2. Utk daging, perap daging dgn jus limau selama 10 minit. Masukkan ke dlm peti ais.

3. Masukkan sayur dan herba di dlm mangkuk bersesuaian. Gaulkan bersama sos Nuoc Cham.

b6 21 41 722019 - Cara Masak Daging Asam & Bo Tai Chanh Sedap Secara Homemade.

4. Asingkan daging yg diperap dgn sos limau sebentar tadi, tumis seketika bersama masukkan herba, cili, serai, bawang dan taugeh.

5. Satukan bahan yg digaul bersama daging dan hidangkan bersama bawang goreng, kacang tumbuk, dan daun limau purut.

b7 21 43 081235 - Cara Masak Daging Asam & Bo Tai Chanh Sedap Secara Homemade.

6. Hidangkan bersama nuoc cham dgn sedikit sos limau. Sedia utk dimakan!

Tonton video resipi Bo Tai Chanh:

Cuba Juga:

  • Resipi Nasi Lemak & Nasi Uduk dlm Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1
  • Resipi Ayam Masak Kicap & Chicken Adobo dlm Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 2
  • Resipi Mi Celup & Pho dlm Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 3
  • Resipi Somtam & Kerabu Mangga dlm Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 4
  • Resipi Singgang Asam Pedas Terengganu & Sinigang Filipina dlm Rasa: Jelajah Rasa Nusantara  Episod 5
  • Resipi Sate Ayam &  Sate Pdng dlm Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 6
  • Resipi Char Kuetiaw Pad Thai dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 7
Loading...

Tags: #ASAM #Cara #Chanh #Daging #Homemade #Masak #SECARA #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cara Masak Daging Asam & Bo Tai Chanh Sedap Secara Homemade."