Cara Masak Bubur Nasi Pecah Cantik Siap Dlm 15 Minit

Cara Masak Bubur Nasi Pecah Cantik Siap Dlm 15 Minit || Salam semua, macam lama sangat tak bersiaran, siapa yg perasan tu memang sah dia rindu kita. Ada ke hii, mood ke laut dlm sebab internet kawasan rumah ada orang buat jahat, bertahun dah tak kena, tiba – tiba pagi raya cina tu line internet dah tak ada. Segala kerja nak guna internet tergendala sekejap.

20190122 132409 01 - Cara Masak Bubur Nasi Pecah Cantik Siap Dlm 15 Minit

Kita ni tak blh bab kerja blogging kena duduk diam – diam suasana tenang baru blh buat kerja. Kerisauan juga sebab dah bertahun tak kena macam ni, bila kena takut jadi macam dulu. Sekali kena berhari – hari line internet tak ada, ya la bukan senang nak baiki sambung balik kan. Harap pencuri tu insof buat kerja tapi menyusahkan orang. Nak update kat telefon tak puas hati :D.

Oklah sekian bebelan panjang, sambung lah entri tertunggak ya. Siapa pernah masak bubur nasi paling pantas siap dimasak hii.

Sejak tahu cara nak masak bubur nasi yg pecah cantik, memang cara ni dah guna. Senang sikit, tak ambil masa lama, tapi utk penyediaan tu mkn masa sikit. Kalau planning nak buat bubur nasi esok hari, blh dah malam tu rendam beras sekejap.

Ini ikut cara sendiri, sebab ada cara orang dia letak air dlm beras terus simpan dlm peti beku semalaman

Biasanya rendam sekejap nak bagi kembang sikit beras sebelum simpan dlm peti beku. Kalau ada ruang dlm peti beku, blh buat banyak – banyak, bila nak masak bubur nasi, senang sikit. Tapi ada orang dia letak air dlm beras terus simpan dlm peti beku. Terpulang lah ya. Cuma tujuan sama jerr, letak dlm peti beku, terkstur beras dah lain, jadi macam mudah patah.

Siapa pernah buat cara macam ni, kalau tak rendam, bubur nasi tak pecah cantik. Nanti bila korang dah masak bubur nasi cara macam ini, korang akan tahu perbezaan tu.

Masak bubur nasi dlm pressure noxxa pun tak pecah cantik macam ni. Hii.

Cara masak bubur nasi pecah cantik siap dlm 15 minit

Bahan – bahan
1 cawan beras
4 – 5 cawan air

Cara – cara
1. Rendam beras dlm 2 -3 jam kemudian bilas bersih.
2. Masukkan dlm bekas tertutup dan simpan dlm peti beku semalaman.
3. Keluarkan dr peti beku, masukkan air dlm periuk dan letakkan beras ke dlm periuk.
4. Tutup dan buka api tunggu seningga mendidih.
5.  Bila dah mendidih, buka tudung dan kacau rata, beras dah mula hancur.
6. Kacau sehingga beras betul – betul pecah cantik. Ambil masa lebih kurang 15 minit.
7. Bila beras dah pecah cantik, jadi bubur nasi dah masak, blh tutup api.

20181016 121736 01 - Cara Masak Bubur Nasi Pecah Cantik Siap Dlm 15 Minit
C360 2019 01 22 14 22 30 296 01 - Cara Masak Bubur Nasi Pecah Cantik Siap Dlm 15 Minit

Jemput tonton di my youtube channel 


Loading...

Tags: #BUBUR #Cantik #Cara #Masak #MINIT #Nasi #Pecah #Siap

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Cara Masak Bubur Nasi Pecah Cantik Siap Dlm 15 Minit"