Cara Masak Ayam Tandoori Homemade Yg Lembut & Sedap

Loading...

Untitled design 5 2 1 - Cara Masak Ayam Tandoori Homemade Yg Lembut & Sedap

Sebut sahaja ayam tandoori, terbayang keenakan hidangan ini. Andai ke kedai mamak utk mkn roti nan, hidangan ayam ini pastinya menjadi pilihan utk digandingkan bersama. Memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kena pula dgn hirisan bawang serta sedikit perahan limau nipis, perghhh..memang padu! Tapi bila beli,  harganya memang agak Puan Tahrunnisah Jali. Sedap, lebih bersih dan blh mkn puas-puas.

RESIPI  AYAM TANDOORI HOMEMADE

BAHAN A:

  • 4 keping paha ayam ( whole leg) | basuh, buang kulit & kelar kasar
  • 2 sudu mkn minyak masak

BAHAN B:

  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu mkn jus limau nipis atau lemon

BAHAN C:

  • 6 sudu teh yogurt asli ( pekat)
  • 2 sudu teh campuran pes halia bawang putih | 5 ulas bawang putih dan 3cm halia yg dikisar lumat.
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh pewarna merah

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan B sehingga sebati dan lumurkan pd ayam. Pastikan sapu rata pd kelaran dan isi ayam keseluruhan. Perap seketika.

18119572 10209041313697420 6742429920632576919 n - Cara Masak Ayam Tandoori Homemade Yg Lembut & Sedap

2. Dlm bekas berlainan, campur semua bahan C. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.

18157065 10209041311537366 7780218844794580193 n - Cara Masak Ayam Tandoori Homemade Yg Lembut & Sedap

3. Lumur campuran bahan C pd ayam. Masukkan 2 sudu mkn minyak masak. Perap semalaman ataupun paling kurang 4 jam sebelum dibakar.

17992015 10209041313577417 6632622341771914568 n - Cara Masak Ayam Tandoori Homemade Yg Lembut & Sedap

Untuk membakar Ayam Tandoori, biasanya di kedai, ia akan dibakar di dlm tandoor ( dapur khas utk membakar yg menyerupai tempayan besar). Jika tiada, blh gunakan ketuhar. Caranya ialah:

  1. Susun hirisan lobak merah atau saderi di permukaan dulang pembakar. Ia bertujuan ayam yg dibakar nanti tidak melekat pd dulang dan membina ruang diantara dulang dan isi ayam kerana ayamakan mengeluarkan air yg byk sewaktu dibakar.
  2. Bakar ayam tandoori tadi pd suhu 230C selama 25-30 minit.
  3. Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di permukaannya. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yg digunakan juga jenis ketuhar.
  4. Sekiranya ada pemanggang, setelah ayam masak blhlah dipanggang seketika bg mendapatkan kesan terbakar / hangus pd permukaan isi ayam tandoori.
  5. Angkat, sedia utk dinikmati mengikut citarasa masing-masing.

Untitled design 10 6 - Cara Masak Ayam Tandoori Homemade Yg Lembut & Sedap

Info: Selain dinikmati bersama roti naan, ayam ini juga sesuai dihidangkan bersama nasi. Utk memudahkan proses memasak, anda juga blh hasilkan perapan lebih awal.

Kredit gambar & resipi: Puan Tahrunnisah Jali

Loading...

Tags: #Ayam #Cara #Homemade #Lembut #Masak #Sedap #Tandoori

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cara Masak Ayam Tandoori Homemade Yg Lembut & Sedap"