Cara Kukus Pulut Kuning Yg Sedap, Lembut & Tak Berderai.

untitled design 6 05 55 501807 1 - Cara Kukus Pulut Kuning Yg Sedap, Lembut & Tak Berderai.

Pulut kuning yg lembut, sedap dan cukup lemaknya memang enak. Namun tak ramai yg mahir dlm memasak hidangan ni. Sesekali teringin nak mkn bersama rendang, mcm tak berbaloi utk tempah. Jadi jom belajar masak Pulut Kuning yg sedap, lembut dan berkilat ikut resipi yg dikongsi oleh saudari Nana Sabrina Sarsan ni. Memang mudah ikut terutamanya bg yg baru pertama kali nak cuba masak menu ni.

CARA MASAK PULUT KUNING YANG MUDAH

BAHAN PULUT:

  • 1kg beras pulut
  • 1 keping asam keping
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • Sedikit pewarna kuning

BAHAN SANTAN:

  • 2 kotak kecik santan kara
  • 3 1/2 kotak air (kotak santan kara)
  • 3 sudu mkn gula
  • 1 sudu teh garam
  • 4 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras pulut sehingga bersih. Kemudian rendam beras pulut bersama asam keping, serbuk kunyit dan pewarna kuning selama 1 malam ( tidak blh kurang). Paras air mestilah lebih sedikit dr paras beras pulut.

2. Utk memasaknya, basuh beras pulut yg direndam sebanyak 2 kali. Buang asam keping dan toskan beras pulut seketika.

3. Panaskan periuk kukus sehingga air mendidih. Jika lubang periuk kukusan anda kecil, hanya perlu oles minyak disekeliling periuk. Namun jika periuk kukus berlubang besar, lapik dgn daun pisang atau aluminium foil. Kemudian cucuk dgn lidi utk membentuk lubang kecil dan sapu minyak pd daun atau aluminium foil. Ia bertujuan utk memudahkan anda mengacau pulut.

4. Masukkan beras pulut ke dlm periuk dan buatkan lubang di tengah seperti dlm gambar di bawah. Ia bertujuan utk mewujudkan aliran wap. Tutup periuk.

23754797 10212852627248783 2349410832687668765 n 05 48 373471 - Cara Kukus Pulut Kuning Yg Sedap, Lembut & Tak Berderai.

5. Sepanjang tempoh memasak, kacau pulut 3-4 kali. Setiap kali dikacau, pastikan ruang tengah kukusan dibiarkan kosong supaya ada aliran wap. Kukus sehingga pulut separuh masak sahaja.

6. Sementara menunggu pulut separuh masak, blh mula memasak santan. Satukan semua bahan dan masak dgn api perlahan. Masak dlm masa 20 minit sehingga santan mendidih. Pastikan guna api kecil kerana jika besar, santan akan pecah minyak dan berketul.

23755740 10212852627528790 72327260299462546 n 05 50 552248 - Cara Kukus Pulut Kuning Yg Sedap, Lembut & Tak Berderai.

7. Bila pulut sudah separuh masak, angkat pulut dan masukkan ke dlm besen.

8. Terus masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau sehingga betul-betul sebati. Kacau laju dgn cepat.

23843560 10212852627768796 1550373836595507564 n 05 52 428749 - Cara Kukus Pulut Kuning Yg Sedap, Lembut & Tak Berderai.

9. Kukus kembali pulut kuning selama 7-10 minit sehingga ia betul-betul masak.

23722794 10212852628048803 160179956833627052 n 05 46 948501 - Cara Kukus Pulut Kuning Yg Sedap, Lembut & Tak Berderai.

10. Angkat dan sedia utk dinikmati bersama rendang, serunding atau sambal tumis.

23659596 10212852626968776 8551019420813502473 n 05 45 096741 - Cara Kukus Pulut Kuning Yg Sedap, Lembut & Tak Berderai.

INFO: Utk dptkan pulut kuning yg berkilat, santan perlu dimasak lama tapi jangan sampai pecah minyak.

Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan


Loading...

Tags: #Berderai. #Cara #Kukus #Kuning #Lembut #Pulut #Sedap

author
Author: 
    Kakaolu Kek Tarifi – Pamuk Gibi Kakaolu Kek – Kolay Kek Tarifleri
    MALZEMELER (su bardakları 200ml’dir) 2,5 su bardağı un 1 su bardağı toz şeker
    Bihun Goreng Kicap, Sedap Kau!
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Cara memasak samyang ramen masak mie samyang pedas
    Karena tidak ada cara memasak mie samyang dibalakang bungkus, maka kali ini iseng-iseng
    RESEP SUP BIHUN [CHINESE STYLE]
    1/2 bungkus Bihun (cabe brand) 6 biji Udang (bersihkan kotoran,jangan buang kulitnya) 250gram

    Comments are closed.