Cara guna periuk noxxa mengikut jenis masakan

Loading...

Mama Zu cooking with love
June 28, 2018
Untuk panduan bersama
*36256321 2056186371313326 1136685158133399552 o 1 - Cara guna periuk noxxa mengikut jenis masakan
Cara guna periuk noxxa mengikut jenis masakan*
1. Nasi Arab..HP7 minit
2. Bihun goreng..Stir Fry & steam 4 minit
3. Nasi impit ..HP 25 minit
4. Kacang kuda..rendam semalaman..HP 10 minit
5. Ikan Utk laksa..HP 15 minit
6. Sup tulang…HP 45 minit..
7. Sup Ayam …HP 10 minit
8. Nasi putih…HP 7 minit
9. Bubur nasi ..HP 20 minit
10. Dodol, steam5 minit
11. Bubur kacang hijau, HP 11 minit
12. Pulut kuning HP 3minit + Steam 3 min (santan + garam)
13. Popcorn Hp 1 min
14. Kentang LP3
15. Rendang daging HP20minit
16. Nasi impit nona. HP30minit
17. Rebus telur 1 minit HP
18. Rendang ayam tua 35minit HP
19. Ayam golek hp15 steam 5
20. Sardin Homemade 90HP
21.kek coklat moist 15 steam
22. Daging batang pinang 5HP
23. Kerang rebus tanpa air 1HP
24.Makaroni HP 8.Air paras makaroni
#groupresepinoxxa
*RESEPI PERIUK NOXXA*
🍭 *BIHUN GORENG*
Tumis bahan guna fungsi stir fry (tekan stir fry kemudian tekan butang merah).
Bila garing masukkan bihun yg telah dibasuh.
Kemudian masukkan 3 cwn air (cwn penyukat pressure cooker). Masukkan sayur
Tekan fungsi steam 2 kali. Kemudian tekan butang merah
Bila skrin menunjukkan 0 lpskan pressure. Buka tutup gaul rata dan hidang
🍭 *NASI GORENG*
1. Tumis bahan guna fungsi stir fry (tekan stir kemudian tekan butang merah)
2. Masukkan beras yg telah dibasuh (sukatan:1cwn beras, 1 setengah cwn air)
3. Tutup tudung. Tekan fungsi high pressure 7 kali, kemudian tekan butang merah.
4. Bila skrin menunjukkan 0, off suis dan lpskan tekanan
🍭 *NASI PUTIH*
1. Masukkan beras dan masukkan air mengikut sukatan.
2. Tekan high pressure 7x. Kemudian tekan butang merah. Bila skrin menunjukkan 0 off suis dan lpskan tekanan.
🍭 *PULUT*
1. Masukkan pulut yg telah dibasuh.masukkan air
2. Tekan high pressure 3x. Tekan butang merah
3. Bila skrin menunjukkan 0, off suis dan lpskan tekanan
🍭 *APAM BALIK*
Bahan: 310 ml air, 150gm tpg gandum, 50gm tpg roti, 25gm tpg jagung, satu sudu teh baking powder, satu sudu teh soda, 2 sudu butter, 1 biji telur, 2 sudu creamer(susu segar), dan 50gm gula.Cara: Blend semua bahan. Masukkan anggaran dua senduk tepung dlm periuk. Tabur kacang, gula dan jagung. Masak guna stir fry
🍭 *BUBUR KACANG*
1. Rebus kacang hijau 10 minit (1 cwn kacang 6 cwn air).
2.Tekan fungsi high pressure 10x. Tekan butang merah.
3. Habis masa, off suis dan lpskan tekanan.
4. Buka tudung. Tekan butang stir fry kemudian tekan butang merah.
5. Masukkan santan dan gula, kacau sampai agak pekat, tutup suis.
🍭 *BUBUR NASI*
1 cwn beras : 6 cwn air.
1. Masukkan semua bahan.
2. Tekan high pressure 15x.
3. Kemudian tekan butang merah.
4. Bila skrin 0. Tekan butang merah. Release pressure. Buka tudung. Masukkan santan dan tekan butang stir fry. Tekan butang merah.
* Peringatan. 1.Jika menggunakan fungsi high pressure dan steam pastikan tombol utk melepaskan tekanan di atas tudung periuk selari dgn titik putih bulat. (jika guna fungsi steam, perkataan steam selari dgn titik di tudung. 2. Pastikan tekan butang merah utk mula sesuatu fungsi dan utk menamatkan sesuatu fungsi.
🍭 *NASI DAGANG*
1. Beras biasa (3 cawan) + Beras pulut (1 cawan) — kalau pakai beras nasi dagang, abaikan yg ni.
2. Santan (500g)

3. Garam
4. Halia (dimayam halus)
5. Halba (2 sudu)
6. Bawang putih dan merah
*** Bahan 3 – 6 bergantung kepada kesukaan. kalau suka, masuk lebih.
Cara masak:
1) Basuh beras, masukkan dlm periuk. masukkan air separas beras. Blh masukkan santan sikit. dlm 50g atau 100g santan.
2) Set Pressure 7 minit.
3) Bila masa dah tamat, biar sekejap. Lps tu keluarkan tekanan.
4) Masukkan santan yg dah dicampurkan garam, halba, halia, bawang. kacau sehingga sebati dan santan meresap ke semua bahagian. kalau susah nak kacau dlm periuk, masukkan nasi ke dlm bekas yg lebih besar.
5) Nasi dagang SIAP!
🍭 *DODOL*
Bahan:
1. Gula merah 1.5kg
2. Gula pasir 12 sudu mkn
3. Air 3 mug
4. Daun pandan 3 helai.
5. Tepung pulut 1kg
6. Tepung beras 6 sudu mkn
7. Santan 3 kg
cara:
1. Gaul semua bahan sehingga sebati, masukkan dlm periuk.
2. Steam 10 minit. Kemudian guna fungsi stir fry selama 2 jam suku.
🍭 *CHOCOLATE MOIST CAKE*
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu coklat UHT(sejuk)
1 cawan minyak masak (Minyak mazola pun okay)
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
1 camt serbuk vanilla
Bahan C 3 biji telur (Gred A)
Cara-caranya
1. Masak bahan A dgn api perlahan sehingga larut, sejukkan.
2. Pukul telur sehingga kembang. Kalau takde mixer, pakai blender pun blh.
3. Masukkan bahan A yg telah sejuk. Kacau sehingga rata.
4. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau rata lagi.
5. Tuangkan ke dlm periuk NOXXA, dan tekan butang steam selama 15 minit.
🍭 *CREAM CARAMEL*
Bahan A (Caramel)
1/2 cawan gula pasir
6 sudu besar air
Bahan B
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
5 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
5 keping roti (Tak kisah jenama apa)-Taknak letak pun blh.
5 biji telur (Gred A)
Cara:
Caramel:
1. Tekan butang stir fry, masukkan gula dan kacau sehingga gula menjadi cair dan berwarna keperangan.
2. Masukkan air dan kacau.
3. Tutup suis, dan keluarkan periuk utk sejukkan caramel.
Puding:
1. Panaskan susu cair + air (Guna api perlahan, jangan sampai mendidih), ketepikan dan sejukkan.
2. Blend telur, gula dan roti sehingga halus.
3. Masukkan bahan blend ke dlm adunan susu cair, kacau sebati.
4. Masukkan semua bahan ke dlm periuk noxxa
5. Steam 8 minit (Tanpa roti, steam 12 minit)
6. Bila beep berbunyi, tutup suis dan keluarkan periuk. Rendam di dlm bekas berisi air. Keluarkan cream caramel selepas 10 minit.
🍭 *KEK GULA HANGUS*
Bahan gula hangus:
1/2 cawan noxxa- 1 cawan noxxa gula pasir
1 cawan noxxa air
2 sudu besar mentega
Bahan kek:
1 setengah cawan noxxa tepung gandum *
1 sudu kecil soda bikarbonat *
1 sudu kecil baking powder *
* (Diayak)
1 setengah cawan noxxa susu pekat
5 biji telur (Gred B/C)
I sudu kecil esen vanilla
Cara:
Caramel
1. Tekan butang stir fry, masak gula sehingga keperangan dan masukkan air.
2. Masukkan mentega dan kacau sebati. Keluarkan periuk dan sejukkan caramel.
Kek:
1. Blender telur, gula dan susu pekat sehingga sebati.
2. Masukkan bahan yg diayak sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
3. Masukkan esen vanilla, tuang adunan ke dlm periuk yg berisi gula hangus.

4. Kacau sebati.
5. Steam 12-13 minit.
6. Selepas bunyi beep, keluarkan periuk dan rendam dlm bekas berisi air. Keluarkan kek selepas 10 minit.
🍭 *CILI BLEND NOXXA*
Hp cili kering 10 minit
Blend besama bawang merah + putih
blend trs ngan bwng merah + putih +air+ minyak…
2 bks ltk tmpat frozen utk stok…1 bks tmpat sejuk biasa sblh bwh…utk kegunaan seharian…
Senang nk msk tinggal ceduk jeee…
Kita kan supermom…x de bibik…keh3…
🍭 *NASI ARAB MANDY NOXXA*
Cara ini menggunakan pc Noxxa. Kalau tak ada pc Noxxa blh masak dgn rice cooker ye. Tapi rebus dulu ambil air mcm buat nasi ayam. Kalau guna pc Noxxa blh masak terus.
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam. belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dgn rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron
Cara2nya penyediaan ayam
Gaulkan ayam dgn semua bahan rempah. Kalau nak sedap jangan beli yg serbuk. Elok kita beli yg biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning.
Nasi
4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dgn bahan-bahan yg sama dgn perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa
Cara penyediaan Nasi Mandy Ayam
1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan air serta garam dan kunyit. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan. Kacau sedikit nasi biar sebati dan blh lah letak kembali ayam di atas nasi. Jangan lupa keluarkan periuk blh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.
Sos
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
(Semua bahan ini dimesin halus
🍭 *KARI TULANG DAGING LEMBU*
Bahan A:
1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yg ada isi)
2 cawan pati santan
4 – 5 biji kentang
2 biji tomato – dibelah 2
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B: (disatukan di dlm blender dan dikisar, dijadikan pes)
4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya
Bahan C: Menumis
3 biji bawang merah (bawang kecil) – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang serai dititik.
Penyediaannya:
1. Perap tulang daging lembu dgn Bahan B selama 1 jam. Letakkan 1 sudu teh gula.
Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:
1. Masukkan minyak secukupnya ke dlm periuk. Tekan fungsi STIR FRY’ dan tunggu sehingga minyak panas.
2. Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai. Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari. Tumis sehingga bawang kekuningan.
3. Kemudian masukkan tulang daging lembu yg diperap dgn rempah tadi dan gaul rata. Masak sehingga pecah minyak.
4. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dgn garam dan gula.
5. Off fungsi stir fry. Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit. Tutup periuk dan set cap ke PRESSURE. Tekan on.
6. Selepas 30 minit berlalu, release steam. Alihkan cap ke STEAM. Biarkan wap keluar habis, baru tudung periuk blh dibuka.
7. Buka tudung dan kacau rata. Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE’, Set 2 minit.
Buka tudung dan kacau rata. Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE’, Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk.
8. Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah Empuk.
*Nasi Beriani Noxxa*
Bahan-bahan diperlukan
2-3 sb minyak sapi + sedikit minyak masak
1 labu bawang besar di mayang
2-3 labu bawang putih di mayang
sedikt halia di hiris halus
sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang n cengkih)
2-3 helai daun salam (bay) kering
sepaket rempah beriani (saya guna cap MAGGI atau IMAN)
sedikit serbuk kunyit utk warna kuning yg cantik
garam secukup rasa
1 kilo beras seeloknya beras Basmathi
kismis dan gajus
1 caw susu cair
Cara menyediakan dan memasak:
on kan stir fry dan masukkan minyak sapibila dah panas tumis 4 sekawan sehingga wangimasukkan bawang besar, putih n halia…tumis sehingga layumasukkan rempah n goreng sehingga garing sketmasukkan beras, air dan susu…ikut sukatan biasa masak nasi masukkan juga garam, daun bay dan kunyittukar ke function high pressure..tutup dan pressure selama 8 minitbila dah cukup masa lps kan stim, buka dan masukkan kismis dan gajus…pastu keep warm sehinnga masa mkn
*Nasi Lemak Noxxa*
3 cawan beras – dicuci
1 cawan santan
3 cawan air
1 inci halia – dihiris atau dititik
1 labu bawang – dihiris kasar
1 batang serai – dititik
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa.
Caranya
1. masukkan kesemua bahan ke dlm periuk Noxxa.
2. Pastikan tombol berada pd pressure.
3. Tekan High Pressure. Setkan pd 7minit.
4. Tekan ON.
5. Selepas 7 minit, periuk berbunyi, aku tekan OFF. Pusing tombol ke Steam utk mengeluarkan stim dlm periuk. Bila tiada lagi stim (ia berhenti berbunyi), buka tudung periuk, dan siap utk dimakan.
*RENDANG AYAM NOXXA*
Bahan-bahan:
1.5 kg. daging ayam
1/2 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai – diketuk
2 helai daun kunyit – dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Bahan-bahan dikisar:
4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
10 gram bawang putih
20 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
20 gram halia muda
4 batang serai – dihiris
10 gram cili padi
Air secukupnya
(Bahan-bahan di atas disatukan di dlm blender dan dikisar halus)
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan yg dikisar di dlm periuk dlman.
2. Kemudian masukkan ayam dan serai yg dititik.
3. Masukkan santan pekat.
4. Kacau rata dgn menggunakan senduk kayu atau senduk plastik.
5. Tutup periuk dan putar tombol pengawal tekanan ke PRESSURE.
6. Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan masukkan 8 minit. Sentuh butang ON.
7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM. Tujuannya adalah utk membebaskan wap dan membolehkan tudung blh dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak blh dibuka). Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.
8. Kacau rata. Pd masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.
9. Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON. Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).
10. Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF
#noxxa #senangkankerja
Loading...

Tags: #Cara #Guna #JENIS #Masakan #Mengikut #Noxxa #periuk

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cara guna periuk noxxa mengikut jenis masakan"