CARA GORENG IKAN BILIS DAN “REBUS” TELUR DALAM AIR FRYER

ASSALAMUALAIKUM..
20181014 120711 01 - CARA GORENG IKAN BILIS DAN "REBUS" TELUR DALAM AIR FRYER

Salam semua..

Geram sangat tengok orang lain goreng ikan bilis dlm air fryer, nampak cantik kejadiannya dah la garing, crispy dan tidak berminyak. Wani pun mula lah bereksperimen. Sebelum ini, ada sekali bereksperimen pergi buat suhu rendah hii, tapi tak menjadi lah ya nampak macam garing tapi mentah pulak :D.

Kali kedua bereksperimen yeay dah menjadi garing, crispy jerr, tapi masa tu tak masuk sekali dgn telur lagi. Kali ini cuba buat masukkan sekali dgn telur 2 biji. Ikan bilis siap basuh bersih – bersih masukkan dlm bekas stainless steel. Bekas tu percuma, hadiah sekali dgn air fryer. Elok siap masukkan letak dlm bekas macam ini, baru ikan bilis tak berterabur kat bawah, jaring basket tu luas la jugak, takut ada yg ikan bilis jatuh bawah.

Bila buat macam ini, senang kita nak kacau balik semasa tengah menggoreng tu ya.

C360 2018 10 14 12 31 18 230 01 - CARA GORENG IKAN BILIS DAN "REBUS" TELUR DALAM AIR FRYER

Ikan bilis ni tak ingat dah guna yg mana, kalau ikan bilis jenis cantik, memang cantik macam ni lah kejadiannya. Sebab ada terbeli yg jenis lain, bila goreng macam tak berapa sikit. Adoi ke situ pulak, tak kisah lah korang ya asalkan nama ikan bilis. tapi ini ikan bilis yg dah dikopek buang kepala semua. 😀

C360 2018 10 14 12 48 34 206 01 - CARA GORENG IKAN BILIS DAN "REBUS" TELUR DALAM AIR FRYER
Ini kejadian selepas “rebus” telur dlm air fryer. Double yeay sebab masak dgn sempurna. Nampak tak tu bila dah belah 2 cantik kejadiannya. Jimat masa sebab goreng sekali dgn ikan bilis :). Yg mana tak clear lagi, korang blh tonton video di bawah ya.


CARA GORENG IKAN BILIS DAN “REBUS” TELUR DALAM AIR FRYER

Bahan – bahan 
Ikan bilis secukupnya dibasuh bersih ( ikan bilis terpulang nak banyak mana tapi biar muat dlm bekas jangan sendat sangat )
2 biji telur

Cara – cara
1. Ikan bilis yg siap dibasuh bersih letak dlm bekas tahan panas. Telur pun basuh bersih
2. Kemudian letak dlm basket telur dan ikan bilis
3. Tolak masuk dlm air fryer dan putar tombol suhu ke 180 C dan setkan masa dlm 10 minit terlebih dahulu.
4. “rebus” telur dlm air fryer ambil masa 10 minit.
5. Setelah cukup 10 minit, keluarkan telur dr basket dan rendam dlm air sejuk, ambil sudu kacau balik sekejap ikan bilis
6. Letak balik dlm air fryer dan putar tombol tambah dlm masa 7 minit macam tu.
7. Dah siap masak dah cukup garing tak apa dah. Kalau selepas 7 minit macam tak garing lagi, tambah lah masa ya, sebab bergantung kepada banyak mana ikan bilis yg nak digoreng

Jemput tonton di my youtube channel 

Loading...

Tags: #Bilis #Cara #Dalam #FRYER #GORENG #IKAN #Rebus #TELUR

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "CARA GORENG IKAN BILIS DAN “REBUS” TELUR DALAM AIR FRYER"