Cara-Cara Buat Ikan Tenggiri Jeruk Secara Homemade.

Untitled design 9 1 - Cara-Cara Buat Ikan Tenggiri Jeruk Secara Homemade.

Jangan tak percaya. Anda blh hasilkan ikan tenggiri jeruk ni secara homemade. Biasanya beli je kan? Menerusi perkongsian Puan Suri Abdullah, anda blhlah buat sendiri. Lebih bersih, jimat dan anda pun blh berniaga. Ikan ni memang sedap. Goreng mkn dgn nasi memang layan. Malah, kalau nak masak Kailan Ikan Masin atau Nasi Goreng Ikan Masin pun blh. Jom lihat cara-caranya.

CARA BUAT IKAN TENGGIRI JERUK

18700246 803531293139295 636539611001554018 n - Cara-Cara Buat Ikan Tenggiri Jeruk Secara Homemade.

  • Ikan tenggiri – dibersihkan dan dipotong kecil
  • Cuka mkn
  • Garam kasar
  • Asam keping
  • Minyak masak

CARA-CARA:

1. Bersihkan ikan tenggiri. Kemudian keringkan di bawah cahaya panas terik matahari selama 2 jam.

19989661 829091267249964 4387088317456118180 n - Cara-Cara Buat Ikan Tenggiri Jeruk Secara Homemade.

2. Ambil ikan, celupkan dlm bekas berisi cuka. Kemudian letak dlm bekas. Susun jadikan 1 lapisan.

3. Taburkan garam kasar diatas ikan sehingga rata. Selitkan kepingan asam keping.

4. Kemudian celup lagi ikan dlm cuka dan susun menjadi lapisan kedua diikuti taburan garam dan asam keping. Ulang langkah sehingga ikan habis.

5. Tutup penutup bekas berisi ikan dan balut dgn kain berwarna gelap. Simpan pd suhu bilik selama seminggu.

6. Setelah cukup 7 hari, keluarkan ikan dr bekas dan buang airnya.

7. Letak ikan dlm bekas bersih dan tuang minyak masak. Dah siap!

18446567 798167213675703 5954011049889414697 n - Cara-Cara Buat Ikan Tenggiri Jeruk Secara Homemade.

8. Sedia dinikmati mengikut citarasa masing-masing.

19875105 829091887249902 7754079093018572396 n - Cara-Cara Buat Ikan Tenggiri Jeruk Secara Homemade.

Kredit resipi & foto: Suri Abdullah


Loading...

Tags: #Buat #CaraCara #Homemade #IKAN #Jeruk #SECARA #Tenggiri

author
Author: 
    Tutorial memasak – sate telur gulung bikin ketagihan
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Cara Masak Rendang Ayam
    jenis masakan padang yang pasti ada diwarung padang. dengan menggunakan ayam kampung terasa
    Resep Cara Memasak Ayam Kecap Enak
    Video ini menjelaskan bagaimana tentang resep dan cara memasak Ayam Kecap yang enak.
    RESEP PUDOT PUDING SEDOT ♥ Silky Smooth Puding
    RESEP PUDOT PUDING SEDOT ♥ Silky Smooth Puding Video membuat pudot puding sedot

    Comments are closed.