Cara Buat Tepung Boko Ubi Kayu Yg Asli, Sukat Guna Cawan Je

cover 1 - Cara Buat Tepung Boko Ubi Kayu Yg Asli, Sukat Guna Cawan Je

Sekarang ni kuih tepung boko ubi kayu tengah viral kan. Sana sini orang mula buat dan jual utk dptkan pendapatan sampingan.

Kalau nak rasa tepung boko ubi kayi yg asli, ini resipinya. Cubalah. Orang kata, resipi tradisi ni biar berpanjangan. Kan?

TEPUNG BOKO UBI KAYU

Untitled design 31 2 - Cara Buat Tepung Boko Ubi Kayu Yg Asli, Sukat Guna Cawan Je

Bahan-bahan
3 cawan air
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
3 cawan ubi kayu (diparut)

Cara membuat
1. Isikan air dlm periuk. Masukkan gula merah, gula pasir dan daun pandan. Masak sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Campur dgn 3 cawan ubi kayu parut. Gaul rata. Kukus 30 minit.

Bahan Lapisan Atas
1 cawan santan pekat blh guna santan kara.
1 cawan air
3 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam

Cara membuat lapisan atas
1. Satukan semua bahan. Gaul sebati dan masak atas api kejap sahaja sambil kacau. Api kecil.
2. Bila dah pekat sikit tutup api. Kacau sebati dan tuang atas ubi yg dikukus tadi. Siap.

Resipi oleh Amylia Haidir di Telegram KakiMakan

Komen anda


Loading...

Tags: #Asli #Boko #Buat #Cara #Cawan #Guna #Kayu #Sukat #Tepung

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Cara Buat Tepung Boko Ubi Kayu Yg Asli, Sukat Guna Cawan Je"