Cara Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam.

untitled design 2 23 59 170669 1 - Cara Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam.

Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun blh tau. Hasilnya memang sama mcm yg menggunakan telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur masin tu. Berminyak je. Menurut empunya resipi iaitu saudara Are Peace,  utk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yg digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yg diperlukan. 

TELUR AYAM MASIN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 30 biji telur ayam gred B – basuh bersih dan keringkan.
  • 1kg garam kasar

  • Air secukupnya (anggaran sehingga telur tenggelam)

CARA-CARA:

1. Masukkan garam kasar dan air dlm periuk. Masak sehingga garam larut.

2. Pdmkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya. Jangan guna air garam yg masih panas kerana ia hanya akan merosakkan telur.

3. Masukkan telur yg telah dibasuh bersih  ke dlm bekas bersesuaian. Sebaiknya bekas plastik yg mempunyai penutup. Tuang air garam sehingga paras menenggelamkan telur.

26167288 1653573468018997 8834995885500090137 n - Cara Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam.

4. Tutup bekas dan biarkan telur masin anda di tempat gelap selama 14 hari.

5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dgn air biasa. Ia bg mengelakkan telur terlebih masin. Kemudian blhlah disimpan dlm peti sejuk. Bila nak mkn, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.

26169056 1653573378019006 8819550795298750143 n - Cara Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam.

INFO: Petua nak bg telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yg gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dlm kabinet dapur.

26167784 1653721984670812 6140258571630452671 n - Cara Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam.

Kredit resipi & foto: Are Peace

Nak cuba lebih byk resipi mknan berjeruk yg blh buat secara homemade? Klik disini.

Loading...

Tags: #Ayam #Buat #Cara #Guna #Homemade #Masin #TELUR

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.