ASSALAMUALAIKUM..

Kalau entri sebelum ini kongsi cara macam mana nak masak pulut noxxa, kali ini nak kongsi cara nak buat tapai pulut noxxa yg mudah. Pulut yg dimasak guna noxxa, ia tak pecah, tekstur pulut kembang elok cantik tak macam kita masak atas dapur.
Tapai pulut kalau tak tengok bonda buat memang kita sendiri pun macam tak berani juga nak buat, takut tak jadi hii. Bila dah biasa tengok bonda buat, sambil belajar juga. Sebab itu, ke semua nak tulis kat blog terutamanya bab – bab masakan ni, kena lah belajar, kalau kita sendiri tak belajar, kita juga yg tak ada ilmunya. Tapai pulut memang kegemaran semua lah, ke ada yg tak suka mkn tapai pulut ni.
Tapai pulut kalau orang dulu – dulu nak buat kena kukus lah pulut nak kembang cantik kan. Wani ingat dulu pun macam renyah juga nak buat tapai pulut ni. Walaupun ada macam – macam cara orang buat, ada yg letak gula, sebenarnya tak tahu apa peranan letak gula dlm tapai, adakah nak lagi maniskan tapai itu ?

Selalu tengok bonda buat tak letak gula, tapi tapai pulut bila dah “masak” memang rasa manis tu akan ada. Jadi, tak perlulah nak letak gula. Bila ada post video kat youtube ada yg tanya, tak letak gula ke, bila bagi tahu tak letak gula, nampak terkejut hii.
Jadi, bagi tahu lah kat dia, kita belajar masuk sains la ya. 😀 beras kan dia ada karbohidrat, bila bertindak balas dgn ragi bertukar jadi manis, cerita sains yg ringkas. hii. Sebab itu, tak masukkan gula nak buat tapai pulut ni. Secara automatiknya, tapai pulut akan manis.

Kebiasaannya tapai pulut kena “simpan” dlm 2 malam, kalau hari ketiga nak check buka tengok dah masak ke belum blh lah juga. Biasanya, lepas 2 malam dlm tengahari sikit, buka tengok memang nampak berair dah bawah bekas tapai. Cuba rasa, bila dah cukup rasa manis, masam dia sikit. blh lah keluarkan letak dlm peti.
Dalam tempoh penapaian, kalau kita ambil satu bekas, cuba sentuh bekas tu rasa panas, itu maksudnya penapaian sedang berlaku.
Dalam gambar di atas tu, macam tu lah simpan tapai, simpan dlm periuk :D. Tak tahu dah nak ambil bekas mana paling besarnya periuk. Selepas letak dlm periuk, bungkus pulak dgn kain.
Kalau korang nak tengok full video blh tonton video youtube di atas ya, dah siap step by step dr permulaan nak masak pulut sampai lah tapai pulut siap. Sila tonton ya. Silalah subsctibe juga di my youtube channel. 🙂
CARA BUAT TAPAI PULUT NOXXA YANG MUDAH
Bahan – Bahan
1.5 kg beras pulut
1 ketul ragi dijemur sekejap di bawah sinaran matahari nanti senang nak hancurkan
Bekas kecil secukupnya
Cara – Cara
1. Basuh beras pulut kemudian sejatkan dlm penapis
2. Masukkan ke dlm periuk noxxa dan masukkan air atas paras beras sikit.
3. Tutup dan putar tombol ke pressure, kemudian tekan HP 8 minit dan tekan button On
4. Lepas bunyi beep, putar tombol ke steam dan biarkan wap keluar
5. Buka tudung, beras pulut elok masak cantik. Kemudian sejukkan pulut atas dulang, biar sama rata jangan tebal sangat.
6. Pulut kena betul – betul sejuk ya. Sementara itu, ragi yg dah dijemur blh dihancurkan, seketul ragi tu tak habis guna, kalau pandai main tabur, memang seketul tak habis.
7. Pastikan tangan betul – betul kering, taburkan ragi seratanya ke atas pulut. Bahagian atas sahaja.
8. Pastikan juga sudu dan bekas betul – betul kering, tangan pun kena kering juga.
9. Ambil sesudu pulut dan masukkan ke dlm bekas, Ulang sampai habis ke semua pulut.
10. Simpan tapai pulut di dlm bekas lain yg tertutup. Kalau blh bungkus macam gambar di atas ya.
11. Setelah 2 malam 2 hari, blh buka check tengok samada dah “masak” ke belum. Biasanya dlm 2 malam dah masak dah.
12. Simpan dlm peti utk dimakan sejuk..
Tags: #Buat #Cara #Mudah #Noxxa #Pulut #TAPAI #yang