
Sos ikan atau nampla sauce adalah sejenis penambah perisa mknan yg digunakan dlm pelbagai jenis masakan seperti di dlm menu nasi goreng, mi goreng, kerabu dan tomyam. Diperbuat drpada ikan yg dijerukkan dgn garam dan diambil jusnya. Dikatakan jika lebih besar ikan yg digunakan utk membuat sos, lebih mahal harga sos ikan tersebut.
Di pasaran, kebanyakan sos ikan yg dijual adalah produk yg diimport dr negara jiran sekaligus menimbulkan rasa was-was tentang bahan serta cara-cara penghasilannya terutamanya bg masyarakat Islam. Oleh itu, bg anda yg sellau menggunakan bahan ini, adalah lebih baik jika hasilkan sendiri secara homemade. Dgn menghasilkan sendiri secara homemade, anda mampu mengawal jumlah garam yg digunakan. Malah kebersihan serta status halalnya lebih terjamin dan menyakinkan.
RESIPI SOS IKAN HOMEMADE @ NAMPLA SAUCE
BAHAN-BAHAN:
- 600gm ikan tenggiri
- 5 ulas bawang putih | dicincang kasar
- 1 biji limau nipis | diambil jusnya
- 5 helai daun salam
- 2 sudu kecil lada hitam
- 2 cawan air masak
- 1 sudu besar garam kasar
CARA MEMBUAT:
- Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan.
- Kemudian dlm satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
- Masukkan semua bahan ke dlm bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
- Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dlm botol. Simpan di dlm peti ais utk tahan lama.
INFO YANG ANDA PERLU TAHU:
- Sos ikan ini blh bertahan selama 4-6 bln sahaja. Ini kerana ia dibuat secara homemade tanpa ada penambahan bahan pengawet.
- Biarkan ada sedikit ruang pd bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet. Ia bg mengelakkan sos ikan yg anda hasilkan keluar dr bekas.
Komen anda
Tags: #Bersih #Buat #Cara #Halal #Homemade #IKAN #Lebih #Thai