Cara Buat Roti Khurasan Secara Homemade. Sedap & Mudah.

Untitled design 1 2 1 - Cara Buat Roti Khurasan Secara Homemade. Sedap & Mudah.

Kalau ke pasar malam, pasti anda pernah jumpa Roti Khurasan ni. Ada sesetengah tempat panggil Roti Baghdad, Roti Arbak, Roti Tabligh dan byk lagi nama. Tapi bendanya sama je. Inti roti ni blh dipelbagaikan mengikut citarasa anda. Memang sedap kalau mkn panas-panas. Nak rasa? Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosliza Wahab ni.

RESIPI ROTI KHURASAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping dada ayam – cincang
  • 4 biji bawang merah – cincang
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • 2 biji bawang besar – dadu
  • Sedikit lobak merah – dadu
  • 1/2 biji lada benggala – dadu

  • 2 batang timun – dadu
  • 5 biji cili padi – hiris
  • Sos cili dan sos tomato secukupnya – ikut citarasa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis
  • Roti burger atau roti hotdog
  • Kulit popia secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing.

2. Kemudian masukkan isi ayam. Setelah nampak hampir masak, masukkan gula dan garam secukupnya.

3. Tambahkan sos cili dan sos tomato secukupnya. Gaul rata dan biarkan sehingga sedikit kering.

26114148 1826889954019331 5731156186175839239 n - Cara Buat Roti Khurasan Secara Homemade. Sedap & Mudah.

4. Masukkan timun, lobak merah, lada benggala, cili padi dan bawang besar. Masak sehingga sayur lembut. Angkat dan sejukkan inti.

26167545 1826889994019327 1349911029078764957 n - Cara Buat Roti Khurasan Secara Homemade. Sedap & Mudah.

5. Potong roti dan masukkan inti secukupnya.

26165227 1826890017352658 3892050266534951692 n - Cara Buat Roti Khurasan Secara Homemade. Sedap & Mudah.

6. Ambil kulit popia dan bungkus roti tadi. Sapu air pd kulit popia bg melekatkannya. ( empunya resipi guna 2 keping kulit popia utk bungkus 1 roti.)

7. Panaskan minyak masak dan goreng roti tadi. Pastikan minyak betul-betul panas supaya minyak tidak meresap ke dlm roti.

26055559 1826951080679885 116507123415667988 n - Cara Buat Roti Khurasan Secara Homemade. Sedap & Mudah.

8. Sedia utk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rosliza Wahab

Komen anda

Loading...

Tags: #Buat #Cara #Homemade #Khurasan #Mudah #Roti #SECARA #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cara Buat Roti Khurasan Secara Homemade. Sedap & Mudah."