Cara Buat Pankek Yg Sedap, Lembut & Super Gebu

pancake 1 - Cara Buat Pankek Yg Sedap, Lembut & Super Gebu

 Cara Buat Pankek Yg Sedap, Lembut & Super Gebu

es Keluarga anda suka mkn pankek yg sedap sewaktu sarapan? Resipi yg dikongsi dr saudari Yus_Rania ni antara yg blh dicuba. Ia menggunakan bahan-bahan yg mudah malah hasilnya sangat mengagumkan. Tidak perlu lagi beli tepung pankek dlm kotak tu. Buat sendiri tentunya lebih jimat dan berkha

BAHAN-BAHAN:

130gm tepung gandum

1/4 sudu teh serbuk vanilla / vanilla cream
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 1/2 sudu mkn gula pasir
1 biji telur gred A – dipukul
130-150ml buttermilk (boleh gantikan dgn susu cair yg dicampur dgn 2 sudu mkn jus limau nipis dan dibiarkan selama 10 minit.)
 2 sudu mkn mentega – dicairkan

Sedikit marjerin – utk oles pd kuali

CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan-bahan kering seperti tepung gandum, serbuk vanilla, baking powder, baking soda, garam dan gula pasir. Gaul rata. 2. Kemudian masukkan telur, buttermilk dan juga mentega cair. Adun sehingga sebati. Jangan terlebih kacau bg elak pankek menjadi bantat. 3. Panaskan kuali tahan lekat menggunakan api sederhana. Oles sedikit marjerin pd kuali dan tuang adunan dgn secukupnya. 4. Bila pankek mula berlubang-lubang, terbalikkan adunan dan masak pankek sehingga berubah warna menjadi coklat keperangan. 5. Angkat dan nikmati bersama topping kegemaran. Pankek ini juga enak dimakan begitu sahaja. INFO: Jika tiada serbuk vanilla @ vanilla cream, blh juga guna 1/2 teh esen vanilla

5 TIP MEMBUAT PANKEK YANG MENGEMBANG TEBAL DAN GEBU

Pankek! Ia merupakan mknan kegemaran yg biasanya dinikmati sewaktu sarapan pagi. Berita baik kerana pankek ni sebenarnya sangat mudah dibuat. Tidak perlu ada mesin pengadun atau ketuhar pun. Jika bosan dah mkn sarapan dgn Nasi Lemak, Nasi Goreng atau kuih muih, menu pankek gebu dan sedap ni puanpuan blh cuba. Tapi bagaimana nak buat pankek yg gebu, lembut dan sedap? Ini petua-petuanya. Jom cuba.

1. ASINGKAN BAHAN BASAH & KERING Utk membuat pankek, ramuan yg diperlukan tidak sukar. Terdapat dua jenis ramuan iaitu bahan kering yg terdiri drpada tepung, serbuk penaik, gula serta garam dan bahan basah iaitu telur, mentega cair dan susu. Pisahkan dua jenis bahan dlm mangkuk yg berbeza. Selepas anda satukan bahan kering, satukan pula kesemua bahan basah dan adun. Kemudian barulah disatukan bahan basah dan kering. Adun rata

pancake3 - Cara Buat Pankek Yg Sedap, Lembut & Super Gebu

2. ADUN CAMPURAN BAHAN PERLAHAN-LAHAN Satukan bahan basah dan kering kemudian adun perlahan-lahan sehingga sebati. Elakkan kacau berulang kali atau secara berlebihan kerana jika terlebih adun, ia akan menyebabkan tepung membentuk gluten yg keras. Ia akan menyebabkan pankek anda menjadi keras dan tidak gebu.

3. GUNA BAKING POWDER YANG MASIH BARU Utk membuat pankek yg lembut, paling penting adalah utk memberi perhatian kepada kualiti bahan-bahan, termasuk serbuk penaik. Pastikan serbuk penaik yg anda guna adalah yg baru atau sekurang-kurangnya dihasilkan kurang dr 6 bln. Penggunaan serbuk penaik yg lama akan menyebabkan pankek menjadi tidak naik dan kurang gebu.

 4. GUNA KUALI TAHAN LEKAT & MARJERIN Membuat pankek mempunyai cara yg berbeza utk membuat lempeng biasa. Apabila memasak lempeng, anda biasanya menggunakan kuali biasa sahaja namun utk membuat pankek, sebaiknya gunakan gula rata yg tahan lekat. Malah penggunaan marjerin atau mentega juga adalah lebih baik berbanding menggunakan minyak kerana ia lebih cepat panas.

5. JANGAN TEKAN PANKEK YANG SEDANG DIMASAK DALAM KUALI Pankek sedia dibalikkan bila muncul lubang atau gelembung halus pd permukaan doh. Elakkan menekan pankek ketika dimasak kerana ia akan menjadikan tekstur pankek menjadi kemek, mampat dan tidak gebu. Tuang adunan dan biarkan ia masak. Balikkan sekali lagi dan biar masak sepenuhnya sebelum dinikmati. Mudah kan nak buat pankek yg enak?

Ha…Lepas ni blhlah hasilkan utk suami dan anak-anak. Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #Buat #Cara #Gebu #Lembut #Pankek #Sedap #Super

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cara Buat Pankek Yg Sedap, Lembut & Super Gebu"