Cara Buat Kuih Koci Pulut Hitam Paling Mudah & Rasa Sedap.

Loading...

Untitled design 15 3 2 - Cara Buat Kuih Koci Pulut Hitam Paling Mudah & Rasa Sedap.

Kuih Koci Pulut Hitam antara kuih melayu yg digemari ramai. Kena yg sedap, mkn dua tiga biji pun tak cukup. Bg anda yg suka kuih ni dan nak belajar cara-cara buatnya. Jom lihat resipi perkongsian saudari Izza Howzin di bawah ini. Nampak sedap dan berbaloi utk dicuba.

KUIH KOCI PULUT HITAM

BAHAN INTI:

  • 2 biji kelapa
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu mkn tepung gandum

CARA MASAK INTI:
1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering.
2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata.


3. Setelah inti kering, pdmkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan.
NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.

BAHAN DOH KOCI:

  • 100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dgn air)
  • 500gm tepung pulut
  • 3 sudu mkn tepung gandum
  • Air secukupnya

CARA ADUN DOH:
1.Tapis pulut hitam yg dikisar tadi utk dptkan patinya. Kalau nak muda,h guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing.
2.Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Uli sehingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka).

BAHAN SANTAN:

  • 1/2kg santan
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
  • 3 sudu mkn tepung jagung
  • 3 sudu mkn tepung beras

CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dlm periuk. Kacau sebati.
2. Kemudian masak guna api sederhana sehingga pekat.

BAHAN LAIN:

  • Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi

CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI:
1. Didihkan air dlm periuk dan siapkan daun pisang.
2. Ambil doh dan letak inti yg telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dlm air mendidih.

28577072 1704948359555288 8774255828000253481 n - Cara Buat Kuih Koci Pulut Hitam Paling Mudah & Rasa Sedap.
3. Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dlm adunan santan yg dah dimasak tadi.

28660964 1704948519555272 1622499539107948198 n - Cara Buat Kuih Koci Pulut Hitam Paling Mudah & Rasa Sedap.
4. Golek-golekkan doh dlm santan sehingga rata dan bersalut.
5. Letak doh koci atas daun pisang.

28783340 1704948522888605 2967782718287127665 n - Cara Buat Kuih Koci Pulut Hitam Paling Mudah & Rasa Sedap.
6. Bungkus dgn elok dan buat sehingga habis adunan.

28471943 1704948449555279 5197568441404085953 n - Cara Buat Kuih Koci Pulut Hitam Paling Mudah & Rasa Sedap.
7. Siap dan sedia utk dinikmati.

28575649 1704948462888611 2215322132377124780 n - Cara Buat Kuih Koci Pulut Hitam Paling Mudah & Rasa Sedap.

Kredit resipi & foto: Izza Howzin

Komen anda

Loading...

Tags: #Buat #Cara #HITAM #Koci #Kuih #Mudah #Paling #Pulut #Rasa #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cara Buat Kuih Koci Pulut Hitam Paling Mudah & Rasa Sedap."