Cara Buat Kuih Bakul Homemade. Sedap & Dijamin Halal.

Untitled design 4 1 - Cara Buat Kuih Bakul Homemade. Sedap & Dijamin Halal.

Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, Kuih Bakul antara manisan yg wajib ada dan ditunggu-tunggu oleh seluruh kaum utk menikmatinya. Namun ada kalanya, agak susah nak jumpa Kuih Bakul yag dihasilkan oleh orang muslim. Jadi bg anda yg nak cuba buat sendiri, resipi perkogsian saudari Hidjrah Ali ni blh dicuba.

RESIPI KUIH BAKUL HOMEMADE

27355581 945709118927826 8691500011637491758 o - Cara Buat Kuih Bakul Homemade. Sedap & Dijamin Halal.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung pulut (sebungkus)
  • 190gm gula pasir
  • 400gm gula merah
  • 500ml air
  • 200ml santan
  • Beberapa helai daun pisang

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan gula pasir, gula merah serta air ke dlm periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk.
  2. Sementara itu, masukkan tepung pulut ke dlm mangkuk.
  3. Tuangkan larutan gula dan santan tadi ke dlm tepung pulut. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan tepung pulut yg telah sebati itu ke dlm kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.
  5. Sementara itu, alas tin dgn daun pisang, pastikan daun pisang melebihi bahagian atas tin agar mudah mengikatnya di sekeliling tin. (daun pisang dikelepetkan ke bawah)
  6. Didihkan air dlm periuk kukusan dan kecilkan api.
  7. Tuangkan adunan ke dlm tin yg telah dialas tadi. Kukus selama 8 jam. Pastikan air yg ditambah ke dlm pengukus adalah air mendidih.
  8. Penutup kukus hendaklah dibungkus dgn beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.
  9. Bila cukup masa, angkat kuih dan sejukkan. Sedia utk dinikmati.

27336642 945709145594490 5500174288933842495 n - Cara Buat Kuih Bakul Homemade. Sedap & Dijamin Halal.

Kredit resipi & foto: Hidjrah Ali

Komen anda

Loading...

Tags: #Bakul #Buat #Cara #Dijamin #Halal #Homemade #Kuih #Sedap

author
Author: 
    Cara Masak Yang Unik
    Cara Masak Yang Unik Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Membongkar resep gorengan tempe krispy abang-abang
    Gorengan tempe krispy bener-bener garing tahan lama renyahnya tanpa menggunakan plastik hanya mengandalkan
    Resepi Siakap Tiga Rasa ala Thai
    Resepi Penuh : https://buatoranglapo.com/2017/02/03/ikan-siakap-3-rasa-ala-thai/ #enjoymusicwhilelearningrecipe #awesomemusic #janganjogetkuatsangat #learnrecipe #belajarmemasak #howtocook #howto #akuyangmasakkauyangmakan #akuyangmasakkauyangpanas
    Resepi Roti Puri | Poori Recipe
    0:32 rest dough for 15 minutes rehatkan adunan selama 15 minit Roti Puri

    Leave a reply "Cara Buat Kuih Bakul Homemade. Sedap & Dijamin Halal."